27 September 2012

Terkini ! Belanjawan BN capai hutang kerajaan cecah RM697 bilion atau 66 % dari KDNK ( Video )

Negara akan bankrap sekiranya rakyat memberi mandat kepada BN pada PRU13 jadi  rakyat perlu  Abai Bajet 2013 Najib...


Ketua Pembangkang, Anwar Ibrahim menyifatkan Bajet 2013 yang akan dibentangkan esok oleh Perdana Menteri, Najib  tidak boleh diambil serius kerana kesemua unjuran Bajet 2012 terdahulu yang disasarkan tidak dapat dicapai.

Sambil menempelak Bajet yang akan dibentang Najib , Anwar menegaskan kegagalan unjuran yang dibuat oleh kerajaan Barisan Nasional di mana unjuran pertumbuhan dan defisit tidak pernah dicapai seperti mana yang dijanjikan.

Oleh yang demikian, Anwar bersetuju dengan sasaran 6 peratus pertumbuhan yang akan dicapai oleh negeri-negeri yang ditadbir Pakatan Rakyat seperti Selangor, Pulau Pinang, Kelantan dan Kedah.

Isu utama kata Anwar ialah isu integriti kerana apa yang bakal diumumkan oleh Najib sudah tidak relevan dengan perkembangan ekonomi semasa dengan mengambil kira kelembapan ekonomi di China dan India selain krisis kewangan yang melanda negara di Eropah yang masih dalam proses pemulihan.

Hutang kerajaan termasuk hutang anak syarikat berkaitan kerajaan (GLC) pula kata Anwar akan mencecah RM697 bilion atau 66 peratus daripada saiz Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK).

Sedangkan Perlembagaan hanya membenarkan hutang kerajaan hanya setakat 55 peratus dari KDNK.

Ini dibimbangi akan menambah beban defisit ekonomi dan kewangan semasa kerajaan dan Anwar meminta Najib  bertanggungjawab di atas sebarang keputusan yang akan dibuat dalam bajet 2013.

Tegas Anwar, Pakatan Rakyat komited memansuhkan kutipan tol, pendidikan percuma dengan menghapuskan Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) dan perlaksanaan caruman Wanita Nasional yang dianggarkan bernilai RM21 bilion.

Selain itu, 1Malaysia Development Berhad (1MDB) akan dibatalkan supaya tidak bertindih dengan peranan Khazanah Nasional kerana ia hanya helah Najib untuk mengawal kuasa dan memantau projek dalam syarikat mega ini.







Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, sejak 1988 hingga 2011, belanjawan negara mencatat pertumbuhan negatif pada kadar 2.89 peratus daripada Kadar Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK).
Anwar dalam soalan tambahannya kepada Timbalan Menteri Kewangan, Donald Lim Siang Chai menyatakan, rekod positif dicatat hanya pada tahun 1997, iaitu pada kadar 2.4 peratus.
Gambaran ini membimbangkan. Profil kredit meningkat. Amaran ini harus diambil secara serius. Kalau kita lihat Laporan Ketua Audit Negara (LKAN), unjuran tahun demi tahun tidak sampai sasaran,” katanya.
Anwar turut merujuk amaran perunding kewangan antarabangsa, Standard & Poor agar Malaysia menurunkan kadar kredit.
Kewangan awam negara rendah secara relatif kepada persekitaran yang pelbagai. Malaysia kini setanding atau lebih tinggi kadar hutang seperti krisis yang melanda Itali,” kata Anwar memetik Fitch Ratings.
 Credit Suisse pula menyatakan sasaran Malaysia tidak tercapai. World Economic Forum menyatakan imbangan belanja kerajaan jatuh ke tangga 96 dari 110 (negara).
Sebagai perbandingan, semasa pentadbiran Anwar, hutang domestik berjaya dikekang di bawah RM80 bilion sehingga tahun 1997 dan RM88.197 bilion pada tahun 1998.

Rekod Anwar sebagai Menteri Kewangan amat impresif. Hutang keseluruhan Kerajaan Persekutuan sebenarnya berkurang antara tahun 1992 sehingga tahun 1996  selepas meningkat secara berterusan selama hampir 20 tahun".

Jadi, apakah kita masih mahu beri BN satu lagi peluang, kerana dalam keadaan ekonomi dalam negara yang semakin teruk sekarang, kita perlukan seseorang yang mampu mengawal dan mentadbir kewangan dengan bijak, bukan seorang yang bijak menghabiskan duit negara.

Kedahkini
            

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...