23 September 2012

Najib Tidak Berani Sentuh Taib Kerana Simpanan Tetap BN..?


Najib  Arah SPRM Jangan Siasat Taib Mahmud?


DAP mempersoalkan sama ada keengganan Perdana Menteri Najib menjelaskan dakwaan kekayaan berbilion ringgit ketua menteri Sarawak merupakan isyarat supaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) tidak menyiasatnya.

"Dengan isyarat jelas daripada Najib hari ini. Adakah SPRM berani menyiasat Taib... Dan adakah ada mana-mana anggota parlimen BN yang berani menyokong siasatan penuh SPRM terhadap laporan BMF?" soal pemimpin popular DAP Lim Kit Siang.

Lim mengulas tindakan Najib menolak dakwaan bahawa terhadap Abdul Taib Mahmud dengan berkata terdapat banyak dakwaan dibuat dan ia tidak perlu dilayan.

NGO berpangkalan di Switzerland Bruno Manser Fund (BMF) pada 19 September menganggarkan aset keluarga Taib sebanyak USD21 bilion (RM64 bilion).
 Dakwaan tersebut disini

Kekayaan Taib sahaja dianggarkan sebanyak USD15 bilion (RM46 bilion), sekali gus menjadikannya lelaki terkaya di Malaysia, mengatasi hartawan Robert Kuok yang berpangkalan di Hong Kong dengan USD12.5 bilion.

Ia laporan pertama mengupas secara terperinci aktiviti perniagaan dan kekayaan peribadi 20 anggota keluarga Taib di Malaysia, Australia, Kanada, Hong Kong, United Kingdom, Amerika Syarikat dan lain-lain negara.

Usaha Malaysiakini mendapatkan komen pejabat ketua menteri berhubung dokumen BMF setakat ini belum berjaya.

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...