25 September 2012

Kantoi Lagi..! Selangor Tak memerlukan Air Mentah dari Pahang

PAHANG UGUT SEKAT BEKALAN AIR - RM80JUTA SETAHUN,SELANGOR PUN TAK PERLU AIR WARNA " Kopi Susu" 
Sungai Semantan

SHAH ALAM 25 SEPT: Kerajaan Selangor mengalu-alukan dan menyokong penuh cadangan Kerajaan Pahang untuk membatalkan perjanjian penyaluran air mentah dari Pahang ke Selangor.

Exco Kesihatan, Pekerja Ladang dan Kerajaan Prihatin, Dr Xavier Jayakumar berkata Selangor sendiri tidak memerlukan air mentah dari Pahang.

“Kerajaan Selangor berpendapat ‘idea’ pemindahan air mentah dari Sungai Semantan di Karak, Pahang ke Taman Perkasa, Hulu Langat di Selangor melalui terowong sepanjang 44.6 km di bawah banjaran Titiwangsa tersebut hanyalah untuk “memberikan kerja-kerja kontrak”.

“Ia untuk keuntungan kepada syarikat-syarikat kroni Umno-BN dan bukannya demi kepentingan rakyat Selangor,” kata Dr Xavier dalam kenyataan medianya.

Tambah beliau, Kerajaan Pusat tidak pula membuka tender bagi kerja-kerja tersebut yang bernilai 3.936 Bilion ini.

Sebaliknya heboh menjaja kononnya mereka ‘telus’ membuka tender bagi kerja-kerja pembinaan Loji Langat 2 baru-baru ini.

“Kita juga mempertikaikan bagaimana kononnya ‘pakar-pakar perancang’ dari Kementerian Tenaga, Teknoloji Hijau dan Air tidak terfikir langsung bahawa mereka sebenarnya memindahkan air mentah (air Sungai Sementan yang berwarna teh susu) sejauh 44.6 km. 
“Di mana ia sekadar untuk diproses dan dirawat oleh sebuah loji di Hulu Langat, Selangor,” katanya.

Ujar Dr Xavier, rakyat Selangor harus tahu bahawa mereka terpaksa membayar RM80 juta setahun bagi mendapatkan air sungai Semantan berwarna teh susu tersebut yang berharga 10 sen bagi setiap meter padu.

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...