Antara intipati cadangan belajawan PR:
KUALA LUMPUR 26 September: Pakatan Rakyat membela golongan wanita dengan memperuntuk RM3 bilion melalui skim Caruman Wanita Nasional.
“Kita cadangkan jaringan keselamatan sosial komprehensif untuk suri rumah dikenali sebagai Caruman Wanita Nasional. Ia adalah keselamatan sosial komprehensif yang diperkenal di negara ini.
“Dua tahun permulaan, pelaksanaan ini melibatkan pendaftaran sukarela untuk mewajibkan setiap suami menunaikan caruman kepada isteri mereka,” kata Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Ketua Pembangkang itu berkata demikian ketika membentang Belanjawan Pakatan dengan tema ‘Ekonomi Rakyat Negara Berkat’.
Untuk itu, katanya, suami perlu mencarum kepada isteri dengan kadar minimum RM120 sehingga RM1,200 mengikut kemampuan.
“Bagaimanapun, Kerajaan Persekutuan akan menyumbangkan RM600 setahun tanpa mengira tahap sumbangan suami.
“Skim ini memberi penjimatan awal sekurang-kurangnya RM5,000 bagi setiap suri rumah dalam tempoh lima tahun pertama sumbangan.
“Ia boleh dikeluarkan apabila melibatkan kematian pasangan, perceraian, hilang upaya kekal, kehilangan kekal pendapatan dan lain-lain.
“Jika tidak, suri rumah boleh keluarkan simpanan mereka pada usia 50 yang dijangka mencecah RM30,000,” katanya.
Bajet Pakatan tak berasaskan dasar kaum
Bajet alternatif 2013 Pakatan Rakyat mengandungi peruntukan untuk tindakan afirmatif yang tidak berasaskan kaum, kata Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Membentangkan dua hari lebih awal daripada bajet nasional, Anwar berkata, tindakan itu diambil ekoran pengalaman mentadbir negeri-negeri Pakatan Rakyat.
"Negara mesti bergerak ke fasa baru kerana dasar bumiputera telah disalahguna untuk memperkayakan beberapa pihak sahaja.
"Sokongan (kepada yang memerlukan) melalui tindakan afirmatif, akan diteruskan tetapi tidak perlu berdasarkan etnik untuk membantu golongan miskin," katanya.
Tambahnya, di Selangor dan Pulau Pinang, dasar seperti skim mikro kredit tidak berasaskan kaum, tetapi sebahagian besar bumiputera menerima manfaatnya.
"Ini bermaksud, kaum India yang layak juga akan dibantu, dan ini tidak merompak hak orang Melayu," katanya.
Bajet alternatif itu juga mensasarkan tindakan untuk membatalkan 1Malaysian Development Berhad (1MBD) yang ditubuhkan kerajaan, dengan semua kepentingannya diambil alih oleh cabang pelaburan persekutuan Khazanah Malaysia.
Menteri kewangan akan membentangkan bajet 2012 Jumaat ini.

Tiada ulasan:
Catat Ulasan