'bajet mesra rakyat, bajet PRU13' atau bajet RM ( rosmah )....?
Mungkin ini bajet terakhir sebelum PRU13 juga bajet terakhir kerajaan BN sekiranya
gagal untuk mempertahankan PUTRAJAYA dalam pilihan raya yang selewatnya 28 April 2013,
Dalam beberapa jam lagi, Datuk Seri Najib Tun Razak akan membentangkan belanjawan keempat sejak dilantik sebagai Perdana Menteri. Di atas kertas politik negara, Bajet 2013 akan menjadi belanjawan terakhir Kerajaan Pusat sejak mendapat mandat dalam Pilihan Raya Umum 2008, yang menyaksikan tsunami politik.
Mengulas debaran menanti perkembangan petang ini, dua penyelidik pilihan raya dan pandangan umum berpandangan bahawa sama ada suka atau tidak, Bajet 2013 tidak boleh lari daripada persepsi ia adalah "bajet pilihan raya."
Berdasarkan senario politik negara ini, di mana segala-galanya dikaitkan dengan politik, bajet juga sebahagian daripada dunia politik tempatan khususnya pilihan raya. Lebih-lebih lagi PRU13 akan diadakan bila-bila masa.
"Sama ada kita suka atau tidak, ini adalah bajet pilihan raya. Di mana-mana negara pun, kerajaan yang memerintah atau parti yang memerintah akan menggunakan peluang yang ada untuk memberi insentif, yang secara tidak langsung bertujuan menarik pengundi," kata Pengarah Eksekutif Merdeka Center, Ibrahim Suffian ..
Ini termasuklah dalam pemilihan jawatan Presiden Amerika Syarikat sekarang. "Pemilihan Presiden Amerika Syarikat juga bercakap mengenai ekonomi dan cukai... jadi saya tidak nampak jika Datuk Seri Najib tidak menggunakan bajet kali ini untuk memikat pengundi... ini peluang terakhir beliau sebelum PRU13," kata Ibrahim.
Ibrahim berkeyakinan bahawa Bajet 2013 akan memfokus kesemua segmen masyarakat berbanding belanjawan dibentangkan tahun lalu.
"Pastinya bajet ini bajet pilihan raya. Persoalan ialah skop yang bajet ini... segmen rakyat yang akan mendapat manfaat," kata beliau yang yakin golongan pertengahan akan diberi perhatian.

Apa kata pemimpin PR tentang bajet petang nanti : DISINI
Tiada ulasan:
Catat Ulasan