Gambar yang dirakamkan oleh Mingguan Malaysia ini menunjukkan beberapa buah bangunan berwarna biru yang dijadikan tempat pengumpulan sarang burung. Namun menurut sumber, ia kelihatan mencurigakan kerana dibina di atas tanah kerajaan yang diceroboh dan dipercayai terlibat dengan kegiatan judi haram secara aktif. Kawasan Kuala Sangga ini juga didakwa terlibat dengan kegiatan penyeludupan dadah dan senjata.
KUALA LUMPUR 18 Okt.
Kita mungkin tidak percaya. Kawasan yang terkenal dengan mi udang di barat-tengah negeri Perak itu didakwa lubuk penjenayah yang dikawal sepenuhnya oleh kumpulan mafia.
Tiga rangkaian kawasan itu di pekan Kuala Sepetang, Bagan Panchor dan Pulau Kuala Sangga dipercayai tersembunyi aktiviti jenayah daripada penceroboh tanah kerajaan, penyeludupan, pengedaran dadah, perjudian haram sehingga kemasukan pendatang asing tanpa izin (PATI) secara beramai-ramai.
Siasatan Mingguan Malaysia mendapati, kegiatan haram itu dipercayai dilakukan oleh sindiket yang cukup berpengaruh sehingga mampu menutup mulut seluruh penduduk tempatan daripada mendedahkan perbuatan mereka kepada pihak berkuasa.
Lebih parah, satu sumber mendedahkan, walaupun pihak berkuasa menyedari hal tersebut, namun mereka sendiri sama ada tidak berani mengambil tindakan atau sengaja membiarkan sindiket-sindiket tersebut bermaharajalela kerana didakwa telah ‘dibeli’.
Pencerobohan tanah kerajaan negeri yang diwartakan sebagai rizab hutan bakau misalnya berlaku di Perkampungan Tersusun Bagan Panchor Tambahan di Mukim Sungai Tinggi, yang didakwa diteroka untuk dibangunkan dengan penempatan haram.
Kerajaan negeri bukan sahaja kerugian berjuta-juta ringgit akibat pengelakan cukai tanah malah tanah rizab yang disimpan bagi memulihara keseimbangan ekosistem untuk dinikmati generasi akan datang, dimusnahkan.
Sudahlah menceroboh tanah, sindiket ini didakwa berani pula menjalankan aktiviti penyeludupan dan pengedaran dadah serta kegiatan jenayah lain.
Menurut sumber, beliau mendapat maklumat terdapat satu gudang di perkampungan tersebut yang dipercayai sama ada menjadi tempat penyimpanan dadah seludup atau tempat pemprosesan dan pengedaran dadah.
Sumber itu mendakwa, kawasan tersebut dikawal rapi sehinggakan apabila terdapat orang luar dikesan cuba memasukinya, mereka akan diekori dan jika tersilap langkah mungkin tidak dapat keluar dari situ.
Wartawan Mingguan Malaysia sendiri yang ditemani sumber dalaman yang mahir dengan selok-belok kawasan tersebut berkali-kali diingatkan supaya sentiasa berwaspada.
Pekan Kuala Sepetang turut didakwa menjadi antara pusat penyeludupan terbesar di negara ini. Antara kegiatan penyeludupan yang dipercayai berlaku di situ ialah dadah, senjata api, rokok, arak dan diesel.
Di Bagan Panchor, Kuala Sepetang juga keadaannya sama dipercayai dikuasai oleh sindiket berpengaruh sehinggakan pihak berkuasa dikatakan tidak berani mengacau kawasan berkenaan.
Berdekatan Kuala Sepetang, tepatnya di Pulau Kuala Sangga pula didakwa dijadikan pusat perjudian haram selain merupakan lokasi penyeludupan.
Soalnya, sampai bila aktiviti jenayah ini dibiar berterusan? Kebal sangatkah sindiket-sindiket berkenaan sehingga pihak berkuasa tidak berani mengambil tindakan?
Jika demikianlah halnya, maka generasi masa depan akan hidup diancam bahaya dek perangai penguat kuasa undang-undang dikawal dan ‘dicucuk hidung’ oleh penjenayah.
SUMBER BERITA

9 ulasan:
ha apa tunggu lagi pi siasat la
Dah lama. Tapi tiada siapa peduli.
apa lg...op cantas la
Eh ini bahaya ni....Mana Menteri Dalam Negeri yang juga orang Perak. Takkan dia tak tahu...Ini akibatnya kalau betullah pengautkuasa dah dibeli...Inilah pengkhianat nombor satu negara ....
mana zahid komedi..xnak komen ke..
benda ni dah lama da,seingat sy masa sy sekolah rendah lg benda ni dah terjadi dah.org atas dah tau tapi dok kenyang makan duit sampai nak jalan pun dah tak larat.sekarang nak salah sapa.tepuk dada fikir sendiri la
tunggu apa lg buat la operasi besar-besaran.xkan nak tunggu mensyuarat dengan menteri2,pegawai2 DO,pegawai2 atasan baru nak jalankan ops.ni cek nak habaq mai,sy ni penduduk kmp menteri benda ni dah lama dah seingat sy masa sy sekolah rendah lg.sekarang ni sy dah umur 36thn,selama 36thn semua pegawai kerajaan TIDO KE ATAU KENYANG MAKAN DUIT.nak tggu bape tahun lg baru nak ops.atau pun nak tggu bape banyak duit yg nak dpt dr dia org
Saya dah lama tinggal kat sini pun tak ada berita tentang mafia apa2pun.. ini pengarang pula yg buat pandai tulis ikut suka hati dia.tak siasat betul2 dulu baru buat kenyataan. Yg nama 'Tanpa Nama' tu lagi bodoh...kerajaan tanggung pelajaran kita suruh kita belajar bagi otak penuh dgn ilmu, bukannya mengarut tanpa usul periksa. Yang buat kenyataan tanpa usul periksa namanya FITNAH. Apa hukumnya fitnah dari segi agama? Fikirkan la....
Catat Ulasan