28 Julai 2012

Terkini! Ahli Majlis Tertinggi Umno letak jawatan hari ini

Ahli Majlis Tertinggi Umno letak jawatan hari ini

PETALING JAYA – Ahli Majlis Tertinggi Umno, Datuk Lajim Ukin hari ini mengumumkan meletakkan semua jawatan dalam parti tersebut.

Walaubagaimanapun, Lajim yang juga timbalan menteri perumahan dan kerajaan tempatan menyerahkan kepada kepimpinan Umno untuk menentukan sama ada dapat mengekalkan atau tidak jawatan timbalan menterinya itu, lapor akhbar The Star versi online.

Perkembangan ini memberikan tamparan hebat kepada perdana menteri (PM), Datuk Seri Najib Razak dalam keadaan pilihan raya umum (PRU) yang akan berlangsung tidak lama lagi.

Lajim turut berkata beliau tidak akan menyertai mana-mana parti politik tetapi akan bekerja dengan parti pembangkang, Pakatan Rakyat (PR) demi kepentingan negeri Sabah, lapor The Star lagi. -


Beliau berkata demikian depan ratusan penyokong, kebanyakannya pemegang jawatan penting di peringkat cawangan dan bahagian Umno, di rumahnya di Likas di sini, kira-kira jam 6 petang tadi.

“Mulai sekarang, saya letak semua jawatan dalam Umno kerana tidak lagi yakin parti itu mampu membela rakyat Sabah,” katanya.

Bercakap kepada Keadilan Daily pula, Lajim menyatakan komitmennya terhadap Pakatan Rakyat bagi memulihkan Sabah dari belenggu penindasan dan ketidakadilan.

Beliau juga menggerakkan Pakatan Perubahan Sabah (PPS) – sebuah gerakan yang menolakkan pentadbiran Barisan Nasional (BN) di Negeri Di Bawah Bayu itu.

Selain PPS yang didominasi golongan Melayu-Islam, wujud juga Angkatan Perubahan Sabah (APS) – dominasi Kadasan-Dusun-Murut yang diterajui Wilfred Bumburing – Ahli Parlimen Tuaran dari BN.

Pelancaran PPS dan APS dijadual berlangsung esok dengan Ketua Umum KEADILAN, Anwar Ibrahim dijangka hadir sebagai tetamu kehormat.

Sebelum ini, Lajim meletak jawatan sebagai Ketua Cawangan Umno Kerambai Kebatu sehari selepas Najib Altantuya melawat Sabah, Jun lalu.Beliau juga enggan pertahan jawatan Ketua Bahagian Umno Beaufort sebaliknya menghantar surat peletakan kepada Setiausaha Umno Bahagian Beaufort.

Lajim pernah menyandang Timbalan Ketua Menteri Sabah dan jawatan penting lain.Dalam Pilihan Raya Umum 2008 beliau mengalahkan calon KEADILAN Lajim Md Yusof dengan majoriti 10,914 undi.

Difahamkan bersama beliau termasuk 27 ahli jawatankuasa bahagian itu telah mengumumkan melepaskan jawatan .Dalam perkembangan lain tokoh-tokoh berpengaruh di Sabah termasuk juga sekurang-kurang tiga orang ketua Umno bahagian akan membuat kejutan besar dalam tempoh terdekat.


Perkembangan terbaru ini menyebabkan sekali lagi UBN Kuala Lumpur mungkin akan membuat kajian semula berhubung kedudukan Ubn serta tarikh pembubaran parlimen. Sebelum ini rata-rata orang berpendapat parlimen akan dibubar dalam minggu pertama September dan pilihan raya pada hari atau awal Oktober.

Dengan pengistyharan rasmi penubuhan PPS itu ada kemungkinan Najib Razak akan mengubah tarikh pembubaran dan tarikh pilihan raya. Sabah sebelum ini dianggap sebagai simpanan tetap bagi BN nanum dengan keluarnya Lajim dari parti itu menyebabkan simpanan tetap itu sudah menjadi simpanan longgar.

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...