Langat 2 diteruskan untuk kayakan kroni BN, tindas rakyat dakwa PR
“Malah, mereka cuba mensabotaj usaha Selangor melakukan perkara yang betul demi melindungi kepentingan rakyat.“Syabas pula menjadi alat Umno untuk mengugut kerajaan negeri supaya memberi kelulusan pembinaan Loji Pembersihan Air Sungai Langat atau Langat 2
KUALA LUMPUR, 23 Julai – Pakatan Rakyat (PR) hari ini menegaskan tindakan Putrajaya menghalang kerajaan Selangor daripada mengambil alih Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn Bhd (Syabas) dan meneruskan rancangan pembinaan loji ‘Langat 2’ adalah sebagai membelakangi rakyat, dan menunjukkan kerajaan Barisan Nasioanal (BN) lebih mengutamakan syarikat korporat yang ada kaitan langsung dengan Umno.
Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Selangor, Elizabeth Wong (gambar) dalam kenyataannya menegaskan, Putrajaya juga masih lagi tiada perancangan khusus bagaimana loji Langat 2 akan menyelesaikan masalah kekurangan air berbanding kerajaan Selangor yang telah pun merangka pelan untuk mengatasi masalah air di negeri berkenaan.
“Kerajaan negeri telah menyediakan pelan menerusi projek mitigasi air bernilai RM225 juta.
“Justeru, perlu ada jawatankuasa bebas yang akan menentukan projek mana yang lebih efektif menyelesaikan kekurangan air terawat tetapi pada kos murah,” jelas exco pelancongan, hal ehwal pengguna, dan alam sekitar itu lagi.
Elizabeth turut menegaskan, Selangor mempunyai kuasa untuk mengambil alih Syabas mengikut Akta Industri Pembekalan Air 2006 (WSIA).
“Putrajaya sendiri sebenarnya tidak mempunyai penyelesaian kukuh dalam menambahbaik bekalan dan pengurusan air terawat.
“Malah, mereka cuba mensabotaj usaha Selangor melakukan perkara yang betul demi melindungi kepentingan rakyat.
“Syabas pula menjadi alat Umno untuk mengugut kerajaan negeri supaya memberi kelulusan pembinaan Loji Pembersihan Air Sungai Langat atau Langat 2,” tegasnya lagi.
Sementara itu, rakan Pakatan Rakyat (PR) yang lain turut bersependapat dengan beliau, Ahli Parlimen Kuala Selangor, Dr Dzulkefli Ahmad menggesa kerajaan negeri Selangor yang dipimpin Menteri Besar, Tan Sri Khalid Ibrahim supaya mengambil tindakan ‘judicial review’ terhadap keputusan kerajaan Pusat melalui Jawatankuasa Khas Kabinet hari ini yang menggesa projek Loji Langat 2 akan diteruskan walaupun tidak mendapat persetujuan kerajaan negeri.
Beliau yang dihubungi The Malaysian Insider berkata, keputusan yang diumumkan Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin sewaktu mesyuarat jawatankuasa tersebut hari ini adalah seolah-olah tindakan membalas dendam dan tidak bersifat professional.
“Kita perlu kembalikan perkara ini ke mahkamah. Selangor perlu menyemak semula terma dan perjanjian dengan Syabas.
“Kita perlu laksanakan ‘judicial review’ jika mereka berkeras untuk teruskan projek itu,” kata Pengarah Penyelidikan PAS itu lagi dan menambah,” kita hanya perlu kembalikan perkara ini kepada institusi mahkamah untuk kita mendapatkan keadilan.”
Dr Dzulkefly juga turut menegaskan, tindakan yang dibuat jawatankuasa khas kabinet itu juga menunjukkan keputusan berkenaan dibuat berdasarkan unsur lepas geram, dan bukannya keputusan yang baik semata-mata kerana rakyat.
“Kabinet telah putuskan untuk tubuh Jawatankuasa Khas kabinet berkaitan isu air ini. Tapi adakah mereka boleh buat keputusan yang baik demi rakyat tanpa kepentingan politik?
“Ini unsur lepas geram. Mereka (jawatankuasa Kabinet) baru berapa hari dibentuk, sekarang sudah keluar keputusan,” katanya yang kecewa dengan perkara itu.
Malah, beliau turut menambah, adalah lebih munasabah jika Selangor menggunakan sumber air bawah tanah daripada membina loji Langat 2 tersebut yang bakal menelan belanja lebih RM 5 bilion.
“Adalah lebih murah jika kita manfaatkan sumber air bawah tanah. Sudah pasti ia lebih murah dari Langat 2.
“Jawatankuasa itu perlu buat ‘critical path analisis’ dan ‘cause benefit’ dan meletakkan kebijaksanaan dalam membuat keputusan,” tegas Dr Dzulkifli.
Sementara itu, rakan Pakatan Rakyat (PR) yang lain, Charles Santiago dari DAP menuntut Muhyiddin menjelaskan secara terperinci siapa yang perlu menanggung kos pembinaan loji berkenaan.
“Beliau tidak menjelaskan secara terperinci siapa yang akan menanggung kos pembinaan loji berkenaan.
“Malah,(Muhyiddin) menjelaskan kerajaan Selangor tidak boleh mengambil alih (Syabas) kerana masalah ‘teknikal undang-undang’ dan ianya adalah sangat tidak bertanggungjawab menyatakan perkara itu sedangkan ‘perkara-perkara yang substensive dan prosedur’ belum lagi dijelaskan,” tegas Charles lagi.
Ahli Parlimen Klang ini juga turut menegaskan, kerajaan Selangor juga telah memberikan bukti kukuh bahawa kerjaan Pusat cuba menjadikan perkara ini sebagai isu, dan beliau juga akan menyerahkan memorandum kepada Syabas dalam minggu ini berhubung perkara itu.
“Sangat tidak adil menjadikan rakyat Selangor sebagai tebusan dalam perkara ini,” tambahnya lagi.
KOS UNTUK PEMBINAAN LOJI LANGAT 2 DAN SALURAN AIR MENTAH PAHANG SELANGOR DIANGGARKAN RM12 BILION.
"Kerajaan Selangor akan membina loji pembersihan sendiri tanpa perlu menebuk Banjaran Tiiwangsa yang kosnya dianggarkan RM12 billion," Kos RM12 bilion yang tidak membabitkan pembinaan Loji Langat 2 sahaja. Ia membabitkan kos keseluruhan projek Penyaluran Air Mentah Pahang-Selangor yang turut membabitkan pembinaan prasarana berkaitan di Pahang.
Projek itu mencakupi pembinaan terowong sepanjang 44.6 kilometer membelah Banjaran Titiwangsa dan menyalurkan air mentah dari Empangan Kelau di Pahang ke Loji Rawatan Air Langat 2.
Empangan Kelau Pahang.
-Kedahkini
Tiada ulasan:
Catat Ulasan