29 Julai 2012

Terkini!!! Najib semakin Gawat, Lajim mendapat sokongan PPS di 17 Parlimen


KUALA LUMPUR : Ahli Majlis Tertinggi Umno, Datuk Lajim Ukin hari ini mengumumkan perletakan semua jawatannya dalam parti serta dalam Barisan Nasional (BN) berkuat kuasa serta-merta, untuk bekerjasama dengan barisan pembangkang Pakatan Rakyat (PR) di Sabah.

Walau bagaimanapun, Lajim (gambar) yang juga ketua Umno bahagian Beaufort dan pengerusi Barisan Nasional (BN) Beaufort berkata beliau menyerahkan kepada kepimpinan Umno untuk memutuskan samada untuk mengekalkan atau tidak jawatannya sebagai timbalan perumahan dan kerajaan tempatan, lapor akhbar bahasa Inggeris The Star.

Perkembangan ini dilihat sebagai satu tamparan hebat kepada pentadbiran Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak menjelang pilihan raya umum ke-13 (PRU13) yang akan berlangsung tidak lama lagi.

“Bagi jawatan Timbalan Menteri, saya serahkan kepada Perdana Menteri (Datuk Seri Najib Razak) untuk menentukkan kedudukan saya kerana itu budi bicara beliau.

“Bagi menentukan keahlian saya dalam Umno, saya menyerahkan kepada Majlis Tertinggi Umno untuk mengambil tindakan... kalau mereka rasa saya menyalahi peraturan parti mereka boleh pecat saya,” katanya dipetik Bernama.

Beliau mengumumkan keputusannya itu ketika berucap dalam majlis berbuka puasa di kediamannya di Likas Jaya, dekat Kota Kinabalu petang tadi, mengikut laporan Bernama.

Lajim turut mengumumkan pertubuhan gerakan baru Pakatan Perubahan Sabah (PPS) di majlis yang sama, yang telah dikaitkan akan berkerjasama dengan PR demi kepentingan negeri Sabah.

Ahli Parlimen Beaufort memberitahu wartawan PPS mempunyai senarai perwakilan seramai 17 orang, bagi setiap kawasan parlimen di Sabah.


Bulan lalu, Lajim mengumumkan peletakan jawatannya sebagai Ketua Cawangan Umno Kerambai Kebatu.

BERITA BERKAITAN- LIHAT ULASAN KALAKUU UNTOL -BEKAS TIM.MENTERI KABINET

Kerajaan BN Sabah pasti tumbang PRU 13 – Kalakau Untol


KOTA KINABALU 29 Julai: Perubahan kerajaan hampir pasti berlaku di Sabah apabila pemimpin berpengaruh meninggalkan Barisan Nasional (BN), kata bekas Timbalan Menteri Kabinet, Kalakau Untol.

Mengikut sejarah, bekas Timbalan Menteri Buruh antara 1986 hingga 1990 itu, berkata pertukaran kerajaan berlaku setiap kali beberapa pemimpin utama mengubah haluan politik.
Dalam pilihan raya Sabah pada 1967, katanya, kerajaan negeri tumbang apabila beberapa pemimpin Pertubuhan Pasokmomogun Kadazandusun Murut Bersatu (UPKO) menyertai Usno.

Pada 1976, katanya, kerajaan BN tumbang apabila Datuk Salleh Sulung dan Datuk Haris Saleh meninggalkan Usno yang menjadi kerajaan ketika itu.

“Kerajaan yang dipimpin Parti Berjaya itu juga tidak kekal apabila Datuk Seri Pairin Kitingan dan Mark Kodding keluar parti dan menubuhkan PBS pada 1985.

“Namun kerajaan PBS itu pula tumbang walaupun menang pilihan raya negeri dengan kehilangan banyak kerusi, apabila BN melakukan rampasan kuasa seumpama di Perak,” katanya kepada Keadilan Daily.

Kalakau adalah Ketua Pemuda UPKO selama 12 tahun sejak 1985 sebelum meninggalkan BN dan menyertai Pakatan Rakyat pada 16 Februari 2010.Beliau juga adalah presiden Persatuan Dusun Sabah Bersatu (Usda) dan pernah berkhidmat sebagai Senator sehingga tamat penggalnya pada Disember 2005.

Kalakau percaya, kerajaan BN Sabah bakal tumbang berikutan gerakan Angkatan Perubahan Sabah (APS) dan Pakatan Perubahan Sabah yang diterajui pemimpin berpengaruh.

APS yang didominasi suku etnik Kadazan-Dusun-Murut, diketuai Ahli Parlimen Tuaran dari BN, manakala PPS yang dominasinya Melayu-Islam diterajui Datuk Seri Lajim Ukim.
“Apabila masyarakat Kadazan-Dusun-Murut dan Melayu-Islam bersatu, perubahan politik di peringkat negeri pasti terjadi.

“Ia tentunya melakar kemenangan dan meroboh kerajaan BN Sabah, sekali gus melengkapkan lanskap perubahan politik di Malaysia,” katanya
.

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...