26 Julai 2012
Kalut! Kajian UUM Kantoi Umno Kedah tolak Mukhriz bakal calon MB
Tak sampai 24 jam selepas spekulasi bertiup kencang di Kedah berkenaan isu siapa yang paling layak jadi Menteri Besar, rupanya jadi bukti Umno-APCO terus bergolak!Bukan semua ahli dan penyokong Umno di Kedah yang mahu anak mantan Perdana Menteri iaitu Mukhriz Mahathir dilantik sebagai Menteri Besar selepas pilihan raya umum 13.
Tinjauan ringkas mendapati ada pemimpin Umno di bahagian yang menentang pemilihan Mukhriz sebagai Menteri Besar Kedah. Ini mengesahkan lagi dalam Umno terdapat 4 Kem, 1 kem Najib,Kem Mahatir, Kem Mahyuddin juga Kem Ketua Bahagian.
“Mukhriz tidak sesuai kerana orang Kedah macam orang Kelantan mahu yang lebih beragama sedikit.
“Kalau isterinya masuk kampung dengan rambut merah dan tidak bertudung, orang tidak suka,” kata seorang pemimpin Umno bahagian.
Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas laporan terbaru oleh Universiti Utara Malaysia (UUM) bahawa ramai yang mahu Mukhriz menjadi Menteri Besar Kedah.
Kajian itu menunjukkan Mukhriz lebih popular berbanding tiga pemimpin BN lain iaitu Ketua Perhubungan, Ahmad Bashah Md Hanipah, Ketua Penerangan, Jamil Khir Baharom dan Ketua Pembangkang DUN Kedah, Mahadzir Khalid.
Ketua Umno bahagian Langkawi, Nawawi Ahmad berkata, bercakap terlalu awal bahawa pemimpin tertentu akan menjadi Menteri Besar tidak baik kepada parti dalam menghadapi pilihan raya umum ke 13.
“Kita menyebut Mukhriz akan menjadi Menteri Besar Kedah, apa akan jadi dengan Ahmad Bashah?
“Kedua-dua mereka pemimpin utama Umno Kedah. Jadi yang lebih baik jangan bercakap orang ini atau orang itu akan menjadi Menteri Besar.
“Biar kita (Umno) menang dulu dalam pilihan raya baru berbincang untuk memilih Menteri Besar,” kata Nawawi yang juga ADUN Kuah di Parlimen Langkawi.
Seorang pemimpin lain berkata, untuk menjadi Menteri Besar Kedah seseorang itu perlu mempunyai empat kriteria iaitu baik dengan Sultan; baik dengan pegawai kerajaan negeri; baik dengan ketua bahagian Umno dan banyak wang.
Katanya, Mukhriz telah mempunyai kira-kira 50 peratus untuk menjadi Menteri Besar Kedah.
“Di kalangan pemimpin Umno Kedah yang ada sekarang, Mukhriz yang terbaik. Malangnya Kedah tidak mempunyai pemimpin muda yang ramai seperti Johor,” katanya lagi.
Semalam, Malaysiakini melaporkan satu kajian yang dibuat oleh Universiti Utara Malaysia menyatakan bahawa anak kepada bekas perdana menteri, Mukhriz Mahathir merupakan pilihan ramai sebagai bakal calon menteri besar Kedah.
Kajian yang dibentangkan oleh Prof Madya Dr Rohana Yusof itu dari UUM juga menyatakan bahawa BN
lebih berpeluang untuk merampas Kedah dari tangan PAS dalam pilihan raya umum akan datang."Rakyat Kedah inginkan seorang menteri besar yang mempau menyelesaikan masalah mereka dan pada masa yang sama rajin menemui rakyat.
"Nada ini secara tidak langsung memberi gambaran ketidakupayaan menteri besar dari kerajaan PAS melaksanakan tanggungjawab yang diharap oleh pengundi," kata Rohana dalam slaid pembentangan kajiannya.
Kajian itu dijalankan ke atas 10,800 orang rakyat Kedah di 36 DUN, yang sebahagian besarnya berusia antara 21 hingga 34 tahun.
Ia membandingkan peluang Mukhriz berbanding tiga lagi pemimpin Umno Kedah – ketua
perhubungannya Ahmad Bashah Md Hanipah, ketua penerangan Jamil Khir Baharom dan ketua pembangkang DUN Kedah, Mahdzir Khalid.
Seramai 67 peratus responden Melayu, 78 peratus responden Cina dan 71 peratus responden Melayu memilih Mukhriz, manakala Ahmad Bashah mendapat peratusan kedua terbanyak, masing-masing 13, 11 dan 14 peratus dari setiap kumpulan kaum.
Rohana membentangkan kajiannya itu di program perbincangan anjuran Majlis Profesor Negara di Kuala Lumpur.
Turut membentangkan kajian di sesi pagi pada program tersebut ialah rektor Universiti Islam Antarabangsa (UIAM), Prof Datuk Seri Dr Syed Arabi Idid.
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan