Ada tak perbezaan di antara Botak Chin dengan pemimpin-pemimpin kita?
Kata-kata sinonim yang kita dengar sekarang ini; iaitu Umno itu Botak Chin, Botak Chin itu Umno. Mengundi Umno samalah seperti mengundi Botak Chin berkolar putih ini.
17 JULAI — Seronok jika menjadi orang penting dalam sebuah kerajaan yang mengamalkan kronisma seperti di negara ini. Salahlaku pun boleh dilakukan kerana penggubal dasar dan pelaksana melakukan kerja yang sama dan tidak ada pihak lain yang boleh melakukan “check and balance” terhadap mereka. Tidak ada apa-apa yang boleh menegah mereka melakukannya kerana penggubal dasar yang sepatutnya memerhatikan pelaksana melakukan kerja yang baik, sekarang sedang bersekongkol untuk melakukan kerja hina itu bersama-sama.
Anak-anak kepada pemimpin dan orang besar yang bergelar dan bernama lah yang mendapat keuntungan besar dan labanya dalam sistem kronisma yang berlarutan dalam pimpinan negara pada masa kini. Suzi Suliana, anak kepada bekas Ketua Setiausaha Negara, Sidek Hasan adalah di antara yang sangat beruntung kerana pengaruh dan kuasa dalam sistem kita ini.
Suzi Suliana, anak kepada bekas Setiausaha Negara, Sidek Hasan yang kini menjadi Pengerusi Petronas adalah salah seorang yang mendapat laba kekayaan melalui perniagaan yang “monopolistic” apabila beliau telah mendapat anugerah membekalkan tenaga solar yang di berikan oleh Sustainable Development Authority of Malaysia (SEDA) dan Suliana dijangka akan menerima keuntungan sebanyak RM70 juta setahun sebagai pembekal 32 peratus tenaga solar kepada keperluan negara.
Sebagai seorang penjawatan awam utama negara, Sidek telah menggunakan pengaruh di atas kedudukan beliau itu untuk memberikan pertimbangan dan keputusan untuk mendapatkan anaknya sebagai orang istimewa dan diberikan perniagaan yang “monopolistic” ini dan tentunya ia bercanggahan dengan slogan rakyat di dahulukan pencapaian diutamakan.
Suliana tidak mungkin dengan mudah mendapat keistimewaan ini jika bapanya Sidek Hasan hanyalah seorang pemandu lori FELDA Angkut yang membawa minyak kelapa sawit ke kilang-kilang penapis FELDA di Jengka Pahang. Walaupun 12 syarikat yang berkaitan dengan Suzi ini hanya ditubuhkan dua tiga minggu sebelum tamat tempoh permohonan itu, Suzi telah mendapat begitu besar laba daripada kedudukan bapanya yang menjadi Ketua Setiausaha Negara.
Apa yang didapati dengan mudah oleh Suzi ini tidak ada bezanya dengan apa yang didapati oleh Datuk Seri Salleh Ismail, suami kepada Ketua Wanita Umno Malaysia yang sangat terkenal itu, Shahrizat Jalil. Saya selalu berkata jika Shahrizat itu hanyalah seorang bidan kampung tidak mungkin Salleh mendapat pinjaman mudah dari kerajaan sebanyak RM250 juta untuk memelihara lembu. Dalam isu ini RM180 juta telah di gunakan untuk membeli kondominium-kondominium mewah dimerata-rata tempat diseluruh dunia.
Baru-baru ini terdedah satu lagi cerita George Kent yang telah mendapat kontrak RM1.8 billion
semata-mata kerana hubungan akrab empunya syarikat itu dengan Perdana Menteri Najib. Pemberian kontrak kepada George Kent itu memaksa Pasarana untuk membatalkan pemberian kerja kontrak itu kepada Belfour Beatty pada bulan januari tahun ini yang bernilai hanya RM1.1 billion.
Lepas satu pendedahan, timbul pula sat pendedahan lain dan semuanya berkaitan dengan mereka yang berkuasa. Mirzan Mahathir yang menguasai syarikat arak San Miguel Filipina juga mendapat keistimewaan dengan menggunakan Petron Philippines yang dikuasai sepenuhnya oleh San Miguel untuk membeli syarikat Exxon Mobil dengan harga yang murah dan seterusnya memaksa MAS untuk mendapatkan bahan bakar dari Petron dan bukannya dari Petronas lagi.
Terlalu banyak pendedahan tentang tindakan merompak yang dilakukan oleh anak-anak pemimpin-pemimpin kita dihadapan mata kepala rakyat yang sedang berperang dengan kenaikan harga barang utama seperti gula, tepung dan beras yang kesemua bahan-bahan ini dibekalkan secara “monopolistic” oleh kroni-kroni pimpinan negara.
Semuanya ini merupakan rompakan yang dilakukan oleh gulungan kolar putih. Tetapi pada hakikatnya merompak itu tetap merompak dan telah dilakukan disiang hari dan terbuka.
Bagi saya semua rompakan ini tidak ada bezanya dengan perompak kolar biru seperti yang dilakukan oleh Botak Chin tiga puluh tahun lalu. Pendeknya tidak ada bezanya diantara Botak Chin dengan perompak-perompak kolar putih yang sedang dilakukan oleh pimpinan Umno dan BN itu.
Satu lagi kata-kata sinonim yang kita dengar sekarang ini; iaitu Umno itu Botak Chin, Botak Chin itu Umno. Mengundi Umno samalah seperti mengundi Botak Chin berkolar putih ini.
Jika semasa Botak Chin mengganas dahulu semua orang mengunci pintu dan tingkap untuk menjauhi Botak Chin itu, kali ini wajar rakyat menutup segala ruang untuk Botak Chin berkolar putih ini untuk terus melanun dan merompak. Itu boleh kita lakukan semasa PRU nanti. — aspanaliasnet
Tiada ulasan:
Catat Ulasan