20 Julai 2012

PANAS!!! ISU AIR SELANGOR: MAMPUKAH TS KHALID KANTOIKAN TS MAHYUDIN?

Kabinet tubuh JK khas isu air di S'gor, WP, Putrajaya

KUALA LUMPUR- Satu Jawatankuasa Khas Kabinet ditubuhkan bagi membincangkan krisis air yang sedang dihadapi Selangor, kata Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air, Datuk Seri Peter Chin.

"Jawatankuasa khas ini akan diketuai Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin dan turut dianggotai Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Seri Noh Omar; Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Idris Jala; Menteri Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar, Datuk Raja Nong Chik dan saya sendiri," katanya.

Chin berkata, penubuhan jawatankuasa khas berkenaan dipersetujui ketika mesyuarat Kabinet

semalam.

"Jawatankuasa khas ini akan meneliti semua isu berkaitan air di Selangor, Wilayah Persekutuan dan Putrajaya," katanya kepada pemberita hari ini.Jawatankuasa khas itu, dipengerusikan Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin, akan mula bermesyuarat minggu depan, katanya.

"Kabinet rasa isu ini dah hangat dibincang terutamanya cadangan yang diutarakan pihak SYABAS (Syarikat Bekalan Air Selangor) untuk catuan air."Keduanya dari segi pengumuman bahawa kerajaan negeri Selangor nak ambil alih tugas SYABAS.

"Kita akan meneliti semua perkara melibatkan isu ini dan semua perkara yang berkaitan dengan air di Selangor, Wilayah Persekutan dan Putrajaya," katanya.

Ketika ditanya, Peter Chin berkata jawatankuasa itu akan membincangkan sama ada akan ia mengadakan pertemuan dengan kerajaan Selangor.Ditanya sekiranya Syarikat Bekalan Air Selangor boleh meneruskan rancangan untuk mengadakan catuan air, Peter Chin berkata perkara itu juga akan dibincangkan.

"Tunggulah sehingga jawatankuasa ini bertemu dan buat keputusan, kemudian kita akan beritahu orang ramai," katanya.Ditanya lanjut sekiranya kerajaan pusat akan berjaya menyelesaikan kemelut dengan kerajaan Selangor itu sebelum pilihan raya umum diadakan, beliau bagaimanapun enggan mengulas.

"Tiada komen," katanya.


Kerajaan negeri Selangor semalam mengumumkan untuk merombak barisan pegawai pengurusan kanan SYABAS melalui tindakan campur tangan ke atas pentadbiran syarikat tersebut.

Selangor juga bercadang untuk menyusun semula perkhidmatan air negeri itu, dengan mencantumkan kesemua syarikat yang terlibat dalam perkhidmatan air negeri itu dalam satu syarikat tujuan khas, kata Menteri Besar Tan Sri Khalid Ibrahim.

Kerajaan negeri kemudiannya akan membuat tawaran konsesi baru kepada SYABAS dan tiga syarikat lain yang terbabit - Puncak Niaga, Syarikat Pengeluar Air Sungai Selangor (Splash) dan Konsortium Abbas Sdn Bhd.




KERAJAAN NEGERI SELANGOR MEMPERTIKAIKAN PENUBUHAN JAWATANKUASA KHAS KABINET BERKAITAN ISU AIR DI SELANGOR OLEH KERAJAAN PERSEKUTUAN


Kerajaan Negeri Selangor meragui motif pembentukan sebuah jawatankuasa khas oleh Kabinet (special cabinet committee) untuk meneliti isu air seperti yang diumumkan oleh Menteri Tenaga, Teknologi Hijau (KeTTHA), dan Air, Datuk Seri Peter Chin Fah Kui hari ini.

Dilaporkan bahawa Jawatankuasa Khas ini akan meneliti semua isu berkaitan air di Selangor, Wilayah Persekutuan dan Putrajaya.

Jawatankuasa khas itu, dipengerusikan Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin (Pengarah Pilihanraya BN), Dato Idris Jala, Menteri Di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Raja Nong Chik Raja Zainal, Menteri Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar dan Datuk Noh Omar, Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani (Timbalan Pengerusi Perhubungan UMNO Selangor).

Kerajaan Negeri mempersoalkan kewujudan (‘the creation’) jawatankuasa khas ini memandangkan sudah adanya Kementerian KeTTHA dimana Menterinya mempunyai bidang kuasa yang termaktub dalam Akta Industri Perkhidmatan Air 2006 (WSIA 2006).

Oleh kerana kuasa yang diberi kepada Menteri gagal digunakan untuk melaksanakan penstrukturan semula industry air di Selangor dan Menteri KeTTHA tidak dimasukkan dalam Jawatankuasa khas cabinet tersebut, Kerajaan Negeri menyeru Menteri KeTTHA untuk meletak jawatan dengan segera.

Kita juga mempertikaikan peranan Datuk Noh Omar dalam Jawatankuasa Khas Kabinet tersebut, kerana beliau adalah Menteri Kerajaan Persekutuan yang begitu lantang melobi untuk pembinaan Loji Langat 2.

Sekiranya Kerajaan Pusat masih bertegas untuk penubuhan jawatankuasa khas ini, adalah wajar 5.7juta pengguna air SELANGOR diwakili oleh Dato’ Menteri Besar Selangor untuk menjaga kepentingan mereka.


YB DR XAVIER JAYAKUMAR- AHLI MAJLIS MESYUARAT KERAJAAN NEGERI SELANGOR

Kenyataan Penasihat Ekonomi Selangor

Syabas akan naikkan tarif air hingga 70 %, Selangor perlu ambil alih


KUALA LUMPUR 20 Julai: Pengambilalihan Syarikat Bekalan Air Selangor (Syabas) yang diusahakan kerajaan Selangor bertujuan mengelakkan tarif air meningkat hingga 70 peratus.
“Ia berbeza dengan cadangan Datuk Seri Noh Omar yang tawarkan air percuma melalui subsidi kepada syarikat swasta,” kata Penasihat Ekonomi Selangor, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Ketua Umum KEADILAN itu juga menyifatkan air sebagai khazanah bumi yang tidak wajar dijadikan barang dagangan hingga membebankan rakyat.“Kita tidak boleh terima syarat penswastaan Kerajaan Persekutuan dengan Syabas kerana kadarnya tinggi. Ia dibuat dengan tidak telus dan tanpa tender,” katanya.

Anwar merujuk usaha delegasi kerajaan Selangor diketuai Dr Xavier Jayakumar dan Teresa Kok mengutus surat kepada Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air, Datuk Seri Peter Chin Kah Fui pada 18 Julai lalu

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...