21 Julai 2012

PANAS!!! BN YANG MENGELABAH, TINDAKAN BODOH MEREKA TERSERLAH!!!

Juga turut gelabah, gabungan BN yang terdesak - Umno, MCA dan MIC

Dua parti komponen terbesar Barisan Nasional (BN) - Umno dan MCA - menunjukkan tanda-tanda yang jelas bahawa mereka berada dalam keadaan terdesak kerana takut kehilangan mandat untuk memerintah.

MIC juga mula menunjukkan tanda-tanda masih bernyawa tetapi menganjurkan pergaduhan jalanan dan mencadangkan ujian pengesan bohong tidak akan menimbulkan perasaan cinta kepada BN bagi pengundi.

Selepas lebih 50 tahun mentadbir urus, ketiga-tiga mereka jelas sedang kalut - menggunakan pelbagai helah yang kotor, melakukan pembohongan, cakap tak serupa bikin, mengancam, melakukan keganasan serta mengamalkan politik yang tidak rasional seperti mempengaruhi pihak polis untuk mengugat keselamatan wakil-wakil yang telah dipilih dari parti Pembangkang oleh rakyat.

Belajar dari orang yang salah- Umno & Perkasa!

Walaupun UMNO menggunakan taktik perkauman melampau yang dijalankan oleh Perkasa, kegiatan menghasut yang dibiarkan, oleh kerajaan yang dikuasai BN-Umno, MCA kini cuba untuk belajar dari ‘abangnya’ itu.

Dan menimba ilmu taktik kotor, MCA cepat menangkap, mengambil iktibar daripada Umno dan adik angkat organisasi itu, Perkasa.Sesungguhnya, rakyat Malaysia yang cintakan negara, kakak dan abang, pada hari ini sudah bijak menilai perpaduan dan rasional apabila mereka membuang undi dalam Pilihan Raya Umum ke-13 yang akan datang yang perlu diumumkan tarikhnya menjelang April depan.

Cubaan terdesak presiden MCA Dr Chua Soi Lek, untuk mempertahankan naib-presidennya, Ng Yen Yen, dengan menggunakan penipuan untuk menyalahkan Ketua Pembangkang yang juga Ahli Parlimen, Anwar Ibrahim, serta anaknya yang jahil iaitu Tee Yong yang telah melontarkan tuduhan keatas Selangor kerana menjamin Talam sebanyak RM1 bilion hanya dilihat sebagai dua daripada tindakan terdesak mereka baru-baru ini yang mendapat sambutan kurang memberansangkan.

Bukan sahaja terdesak, malah bodoh

Dan saya tertanya-tanya, bagaimana MCA boleh nampak kaitan dengan meminta Betty Chew untuk

menjawab dalam Dewan Undangan Negeri Melaka, sama ada suaminya Lim Guan Eng, Ketua Menteri Pulau Pinang, mempunyai hubungan sulit dengan seorang wanita atau tidak.

Menambah lagi kepada kebodohan itu, kroni BN meminta Lim dan Betty untuk mengambil ujian pengesan penipuan untuk membuktikan penafian mereka.

Mengapa tidak mereka meminta Perdana Menteri kita dan "First Lady" untuk mengambil ujian itu kerana mereka telah didakwa terbabit dalam pembunuhan penterjemah Mongolia Altantuya Shaariibuu dan untuk semua tuduhan merompak dan menyalahguna berbilion-bilion ringgit dana awam!

Sama sebulu- Yen-Yen & Soi-Lek

Orang kata " birds of the same feather flock together " (burung sama jenis, terbang bersama-sama) dan ini memang benar bagi Chua dan Ng. Ng, pada kemuncak krisis kepimpinan MCA pada tahun 2010, telah bersungguh-sungguh mempertahankan Chua dengan mengiktiraf tabiat seksual tidak bermoral Chua.

Sekarang adalah masa membalas budi dan Chua telah mengamuk dengan menyalahkan Anwar tentang status Pemastautin Tetap (PR) Australia Ng pada tahun 1990-an.Chua mendakwa dasar "menyekat" Anwar semasa dia menjadi Menteri Pelajaran telah menyebabkan ramai orang bukan Melayu memohon untuk mendapatkan PR dinegara lain.

Ia adalah satu pembohongan terang-terangan dan tuduhan terhadap Anwar yang ketika itu BUKAN Menteri Pelajaran pada ketika itu.Walaupun tuduhan itu adalah benar, bukankah MCA sebahagian daripada pentadbir kerajaan? Jadi, kenapa MCA tidak berbuat apa-apa tentang hal itu? Jadi, MCA menyokong dasar "menyekat" dan Chua tidak menentang dasar itu untuk kepentingan rakyat?

Kesetiaan berbelah bahagi?

Chua juga berkata: "Apa yang sudah berlalu biarkan sahaja. Dia (Ng) telah mengaku dengan jelas, ia adalah kerana pendidikan. " Adakah Chua mengatakan apabila jenayah telah dilakukan, apa yang telah berlaku biarkan berlalu? Bukankah ini satu hujah pembelaan yang tolol!

Dan, Ng pula tidak segan silu mengakui bahawa dia mempunyai PR Australia pada tahun 1990-an untuk membantu anaknya mendapatkan pendidikan di sana. Sejak bila anda mesti mendapatkan PR untuk menghantar anak-anak belajar di Australia?


Ng juga berkata dia memohon PR pada tahun 1990-an tetapi membatalkannya pada tahun 1995 selepas anaknya menamatkan ijazah undang-undangnya. Bukankah ini cara yang licik untuk menikmati faedah di Australia? Dia sesungguhnya perlu memohon maaf kepada Australia.

Jangan lupa bahawa memegang dua kerakyatan bermakna kesetiaan anda kepada negara telah berbelah
bahagi! Dan Ng menyimpan dua kerakyatan ini secara rahsia dan menerima pelantikan dirinya sebagai Senator pula. Saya tertanya-tanya bagaimana dia berkhidmat sebagai Senator disini apabila dia terpaksa menghabiskan kebanyakanmasanya di Australia untuk PRnya. Di sini, dia perlu meminta maaf kepada Malaysia juga!

Dengan begitu ramai pemimpin BN yang tidak ikhlas dan menipu, saya tertanya-tanya bila agaknya majoriti rakyat Malaysia akan bangun dan menendang mereka keluar.

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...