15 Julai 2012

Kantoi !!! Skandal LRT Ampang : Pengalihan ISU Najib guna Pengarah Prasarana

PKR Nasihat Pengarah Prasarana Jangan Jadi Jurucakap PM


PETALING JAYA : Pengarah Urusan Kumpulan Prasarana, Datuk Shahril Mokhtar disaran supaya tidak menjadi jurucakap kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak sehingga sanggup mempersoal kesahihan dokumen rasmi Kementerian Kewangan yang membuktikan George Kent dianugerahkan projek tambahan LRT Ampang.

Pengarah Strategi PKR, Rafizi Ramli mempersoalkan sekiranya dokumen tersebut palsu seperti yang didakwa, mengapa sehingga kini masih belum dinafikan oleh Perdana Menteri atau mana-mana pegawai tinggi kerajaan.

“Kenyataan beliau sudah tentu bercanggah dengan pendirian dan tindakan Kementerian Kewangan

yang membuat laporan polis berikutan pendedahan dokumen-dokumen tersebut agar disiasat di bawah Akta Rahsia Rasmi (OSA).

“Malah polis sendiri menubuhkan pasukan siasatan di peringkat tertinggi untuk menyiasat kebocoran dokumen rasmi berkenaan,” katanya.

Ekoran perkara berkenaan, beliau diminta untuk memberikan keterangan di Balai Polis Tropicana hari ini.

Shahril dalam kenyataannya sebelum ini mempersoalkan kesahihan dokumen berkenaan atas alasan surat anugerah ‘Letter of Award’ masih belum dikeluarkan oleh Prasarana.


Tegas Rafizi, berdasarkan maklumat dalaman yang diperoleh, surat yang menyatakan hasrat untuk menganugerahkan kontarak (Letter of Intent atau LOI) kepada George Kent telah dikeluarkan oleh Prasarana.

Ujar beliau lagi, Prasarana tetap mengeluarkan LOI walaupun tindakan itu melanggar syarat-syarat bidaan kontrak yang ditetapkan pada awalnya.

“Kenyataan Datuk Shahril adalah cubaan untuk mengaburi mata rakyat dengan berselindung di sebalik proses anugerah tander dengan menyebut surat lantikan (letter of award) belum dikeluarkan.

“Saya mempunyai dokumen yang membuktikan George Kent sedang giat menyusun sub-kontraktor serta berunding dengan pelbagai pihak untuk melaksanakan projek tersebut atas sar LOI sudah dikeluarkan Prasarana kepadanya,” katanya.

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...