16 Julai 2012

PANAS!!! BETUL KE...SIDANG DUN KEDAH CUMA 1 JAM 18 MINIT , PR DAN BN SAMA HEBAT?


|
Daripada lebih 50 soalan, hanya 5 yang dijawab.

PETALING JAYA: Sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Kedah hari mungkin mencatat sejarah kerana ia dijalankan hanya 1 jam 18 minit.

Ketua Pembangkang DUN, Datuk Seri Mahadzir Khalid berkata, kerajaan negeri PAS berbuat demikian kerana tidak mahu menjawab isu-isu besar yang timbul sekarang ini.

Katanya, daripada lebih 50 soalan yang dikemukakan oleh wakil rakyat BN dan Pakatan Rakyat, hanya lima soalan yang dijawab.

“Soalan-soalan `heavy weight’seperti pembalakan, dia letak belakang kerana satu taktik tidak mahu menjawabnya.

Sebaliknya soalan-soalan remeh seperti pihak berkuasa tempatan dan bazar Ramadan diutamakan.
“Kita buat rayuan supaya dilanjutkan masa supaya lebih banyak soalan dijawab ditolak oleh Speaker, Datuk Dr Abd Isa Ismail” katanya ketika dihubungi.
Sidang DUN Kedah hari ini bermula jam 9 pagi dan berakhir pukul 10. 18 pagi.



"Sidang DUN 2 Jam" Blog Umno Hentam Umno Kedah


Blog Umno iaitu 'KL ke Kedah' menghentam kerajaan BN Kedah dahulu kerana memperkenalkan 'Sidang DUN 2 Jam' yang berlangsung tak sampai 2 jam.

Kecaman tersebut dibuat akibat peraturan tersebutlah maka pembangkang di Kedah iaitu Umno BN sekarang tak boleh nak tanya soalan banyak-banyak kerana masa untuk soalan diperuntukkan hanya sejam.

Masa Umno BN buat peraturan tu dulu depa tak sangka nak jadi pembangkang, tiba-tiba sekarang jadi pembangkang. Nasib badanlah... peraturan tu hangpa yang buat.

Macam mana pun bagi Sidang Bajet atau perasmian penggal yang ada titah ucapan Tuanku... akan berlangsung selama 3 hari.

Semua YB boleh bercakap sampai puas. Peraturan tak pernah dipinda dari dulu sampai sekarang.

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...