16 Julai 2012

Panas!!! ANAK desak PKNK jual balik semua saham FGVH

Mazlan Aliman juga akan mencadangkan agar syarikat berkaitan kerajaan tersebut menjual saham dan memohon maaf pada rakyat.


PETALING JAYA: Pengerusi Persatuan Anak Peneroka Felda Kebangsaan(ANAK) Mazlan Aliman mahu Perbadanan Kerajaan Negeri Kedah (PKNK) menjual kembali saham Felda Global Ventures Holdings (FGVH) sekiranya mereka telah membelinya.

“Kita konsisten dengan pendirian menentang FGVH. Saya telah nyatakan pendirian saya dalam mesyuarat PAS Pusat.“Jika benar, saya akan bantah kerana ia bertentangan dengan solidariti parti komponen Pakatan Rakyat.

“Kita juga akan mencadangkan agar syarikat berkaitan kerajaan tersebut menjual saham dan memohon maaf pada rakyat,” kata Mazlan yang juga ahli Jawatan Kuasa PAS Pusat dan Ketua Penerangan PAS Johor.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas tindakan PKNK yang membeli 500,000 unit saham peruntukan Kementerian Perdagangan dan Industri Antarabangsa (MITI) untuk kuota bumiputera pada harga RM4.55 beberapa hari yang lalu.

Saham FGVH mula diperdagangkan di Bursa Saham Kuala Lumpur pada 28 Jun lalu. Menurut Mazlan, beliau akan turut mengetengahkan isu ini kepada pimpinan PAS Pusat untuk mendapatkan maklumat lanjut.

Ini kerana PKNK dipengerusikan oleh Menteri Besar Kedah Datuk Seri Azizan Abdul Razak yang juga adalah Pesuruhjaya PAS Kedah.

Bidas Timbalan Menteri


Mazlan turut berkata bahawa ANAK akan membuat pemeriksaan sama ada syarikat berkaitan kerajaan di negeri pimpinan Pakatan Rakyat lain turut ditawarkan untuk membeli saham FGVH.
Dalam perkembangan berkaitan beliau turut membidas kenyataan Ketua Penerangan Umno, Datuk Ahmad Maslan berkenaan Himpunan Oren pada hari Sabtu.

“Kalau warga Felda sokong, adakah referendum dibuat atau peneroka diumpan dengan habuan sebanyak RM5,000 sebanyak tiga kali,” kata Mazlan. Menurut laporan media semalam, Ahmad yang juga Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri berkata kurangnya penyertaan peneroka membuktikan kerajaan BN mengambil langkah yang betul yang disokong penuh oleh peneroka Felda.
“Pada perkiraan saya tak kurang dari 10,000 orang menyertai Perhimpunan Oren. Bagi peneroka Felda ia satu sejarah kerana tak pernah sekali pun sejak 1974 perhimpunan disertai peneroka untuk menyatakan bantahan,” kata Mazlan.

Beliau turut mendakwa jumlah penentangan terhadap FGVH sebenarnya jauh lebih besar terutamanya di kalangan anak muda kerana mereka bimbang ibu bapa mereka ditipu.Mazlan percaya bahawa penentangan anak muda yang terdedah kepada sumber maklumat Internet akan menampakkan kesan di dalam pilihan raya umum ke 13 kerana kawasan peneroka FELDA meliputi 54 ka
wasan Parlimen.

BERITA BERKAITAN :

Jawapan Setpol MB Kedah isu PKNK beli saham Felda Global Ventures

Ada orang kata ada orang yang tak suka kat Ust Azizan belasah dia pasai isu Perbadanan kemajuan Negeri Kedah (PKNK) beli saham Felda Global Ventures Holdings.


Depa kata bila PKNK beli saham tu menunjukkan yang kerajaan negeri kedah menentang aspirasi PAS Pusat. PAS Pusat melalui Lajnah Peneroka yang sub kepada ANAK menentang penyenaraian FGV di pasaran saham sampai turun naik mahkamah tiba-tiba PKNK boleh pulak pi beli sampai 500,000 unit.

Bukan nak kata kat orang lain, kalau aku terbaca laporan SinarHarian tu, mungkin aku pun akan belasah. Bukan pasai tak sukan Ust Azizan ka apa, tapi pasai laporsan Sinarharian tu sangat-sangat menjolok mata.

Cumanya, patutkah Ust Azizan yang dipersalahkan dalam isu ni?
[Sumber: Sinarharian]

Aku malas nak komen panjang-panjang pasai isu ni, aku cuma nak salin tampal jawapan oleh Sanusi Mohd Nor, setiausaha politik MB Kedah dalam facebook.
[Sumber: Facebook]

Isu yang lebih besar lagi, sampai bila Ust Azizan nak simpan penchachai yang selalu beraksi macam 'si anjing Umno' ni pegang PKNK. Kalau setakat pegawai biasa mungkin takdak masalah sangat tapi untuk jadi Ketua Eksekutif memang tak sesuai.

Takkan takdak kat dalam PKNK tu pegawai yang faham aspirasi PAS Kedah untuk dilantik pegang jawatan tu.

Macam tu jugak la untuk GLC lain yang ada di Kedah tu, tak semestinya kena orang PAS atau Pakatan Rakyat, yang faham dan sanggup bertindak selari dengan aspirasi kerajaan Negeri pun dah cukup.

Apa pun menarik jugak kalau boleh tengok Ust Azizan bersilat kalau ada wartawan tanya dia dalam isu ni.

Sumber: http://cenangau.blogspot.com

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...