01 Oktober 2011

PRU13, Soi lek dan Tsu Koon akan DIKETEPIKAN

Kerusi untuk Tee Keat di Selangor; Soi lek dan Tsu Koon melopong


Di tengah-tengah spekulasi bahawa dia akan diminta untuk beralih kepada kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN), bekas Presiden MCA Datuk Seri Ong Tee Keat telah membuat perhitungan dan sasaran beliau adalah tidak lain daripada penggantinya Chua Soi Lek, yang dilihat menjadi batu penghalang kepada cita-cita politiknya

Persengketaan di antara kedua-dua lelaki ini memang sudah diketahui umum. Hubungan ibarat kucing dan anjing. Pergaduhan pasti berlaku sekiranya kedua-dua lelaki ini berada di dalam bilik yang sama walaupun untuk seminit.

Tee Keat kini merupakan ahli parliamen Pandan, telah dari dahulu lagi sering menggunakan reputasi Soi Lek yang sudah tercemar apabila Soi Lek cuba mengambil hati pemimpin-pemimpin atasan Umno untuk menggantikan beliau.

Pergaduhan paling hangat mereka berlaku dalam tempoh 2009 hingga 2010 apabila pertelingkahan mereka menjadi begitu tidak terkawal, lalu membawa MCA jatuh menjunam kedalam keadaan huru-hara dan sebuah Mesyuarat Agung Khas terpaksa dipanggil untuk menyelesaikan krisis kepimpinan dalam parti tersebut.

Ia berakhir dengan Tee Keat disingkirkan selepas kurang dari 2 tahun menerajui parti tersebut. Tidak hairanlah jika Tee Keat hanya ada kata-kata yang kasar untuk Soi Lek, yang dipercayai telah mendesak agar Tee Keat tidak diletakkan di kawasan Pandan pada pilihan raya umum akan datang yang dijangka akan diadakan pada bulan November.

Untuk membalas dendam terhadap Soi Lek, Tee Keat telah menggali semula keburukkan yang telah terkubur bagi musuhnya itu - skandal seks DVD - dan mempersoalkan jika Soi Lek masih boleh menang dalam mana-mana pilihan raya sama sekali.

"Adakah beliau seorang calon yang boleh menang? Saya tidak fikir rakyat Malaysia boleh menerima beliau. Sudah tentu, beliau mahu bertanding. Beliau telah berkata bahawa lima bahagian mahu dia bertanding dan ramai yang berkata, termasuk dia sendiri bahawa salah laku peribadi atau tidak bermoral tidak boleh dijadikan alasan untuk menafikan hak untuk bertanding, "Malaysian Insider melaporkan kenyataan Tee Keat pada hari Jumaat.

"Tetapi mereka tidak benar-benar menilai kebarangkalian boleh menang. Jika dia bertanding, ini akan menjadi ujian yang benilai untuk pengundi. "

Adakah Umno berani mengambil risiko untuk membenarkan Soi Lek bertanding

Sesungguhnya, gabungan BN yang diketuai oleh Umno pernah dihantui keputusan yang paling teruk dari MCA, parti komponen ke-dua terbesar BN. Dalam pilihan raya DUN Sarawak April lepas, parti cina terbesar SUPP hanya mampu mempertahankan 6 kerusi daripada 19 yang dipertandingkan. Pemberontakan pengundi terhadap SUPP begitu teruk sehinggakan Presiden parti, George Chan telah disingkirkan daripada kawasan yang telah sekian lama beliau pertahankan.

MCA yang memenangi 15 kerusi Parlimen dalam pilihan raya umum 2008 juga dijangka menghadapi nasib yang serupa. Walaupun Soi Lek tidak berasa begitu yakin, beliau telah merumuskan pelan yang mengancam masyarakat Cina bahawa jika mereka tidak mengundi MCA, pemimpin-pemimpin parti akan diketepikan daripada jawatan kerajaan dan orang cina tidak akan diwakili dan dengan itu terdedah kepada pembulian oleh Umno.

Soi Lek dikutuk kerana ancaman itu. Sebagai tambahan kepada skandal seks beliau, beliau kini dilihat sebagai penipu politik dan banyak pemimpin-pemimpin MCA percaya bahawa dia akan menjadi lebih teruk daripada Tee Keat, yang walaupun bersifat baran dan suka bertengkar; sekurang-kurangnya masih menolak rasuah.

"Ahli-ahli MCA perlu renungkan mengapa terdapat tanda tanya sama ada presiden sendiri akan bertanding," kata Tee Keat. Beliau telah memainkan peranan besar dalam mendedahkan skandal PKFZ, satu lagi sebab mengapa Umno tidak akan membantu beliau untuk mendapatkan Pandan daripada Soi Lek.

DUN Selangor

Sekiranya Umno enggan membariskan Soi Lek, kerana takut kejatuhan George Chan berulang semula, maka, Presiden MCA itu akan mendapati dirinya dalam situasi yang sama seperti Presiden Gerakan Koh Tsu Koon.

Media BN menjadikan Tsu Koon tidak lebih daripada seorang badut, karikatur yang sifat malu-malu dan agak canggung. Akhbar milik Umno pun turut mencabar beliau untuk menamakan kerusi mana yang beliau fikir beliau berpeluang untuk menang.

Walaupun memburukkan Soi Lek, Tee Keat sendiri tidak tidak juga berada dalam keadaan yang baik. Ada juga desas-desus orang Umno sendiri yang ingin menuntut kerusi Pandan beliau.

"Pandan adalah satu tempat yang mustahil bagi Tee Keat. Pertama, Soi Lek tidak mahu dia sama sekali. Oleh itu, beberapa orang-orang kuat UMNO telah mula tawar-menawar terhadap kawasan itu. Apa yang kita akan cuba lakukan adalah untuk meletakkan Tee Keat di kerusi DUN Selangor. Jika beliau menang, beliau akan dilantik untuk majlis eksekutif negeri, " ujar satu sumber Umno kepada Malaysia Chronicle.

Oleh itu, dari menteri kabinet kepada menteri negeri untuk Tee Keat jika dia menang. Mungkin kelihatan tidak begitu memberangsangkan, tetapi masih lebih lumayan berbanding dengan tiada apa-apa langsung yang dijanjikan untuk Soi Lek dan Tsu Koon

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...