25 September 2011

Guan Eng nafi burukkan Johor di Australia

GEORGE TOWN, 24 Sept — Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng menafikan laporan yang dikeluarkan Bernama berhubung kenyataannya memburuk-burukkan Johor ketika ditemu ramah oleh sebuah stesen radio Australia baru-baru ini.
“Ini kerana saya ada saksi iaitu dua pegawai yang turut bersama saya ketika ditemu ramah tempoh hari,” katanya dipetik Bernama Online hari ini.

Semalam, Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, Lim tidak sepatutnya memandang rendah dan mensabotaj negeri lain semata-mata untuk menarik pelabur asing ke negeri yang dipimpinnya.

Muhyiddin berkata tindakan Lim memburuk-burukkan Johor dengan menyatakan negeri berkenaan tidak sesuai untuk pelaburan akan memberikan gambaran yang tidak baik kepada Malaysia dan turut memberi kesan kepada negeri lain.

“Jangan memandang rendah, jangan sabotaj dengan perkataan-perkataan jahat, yang niatnya tidak baik untuk menyekat atau menghalang... ini memberi gambaran yang tidak baik kepada Malaysia. Ini (memburuk-burukkan Johor) satu tindakan yang tidak sepatutnya,” katanya.

Kenyataan Muhyiddin turut disusuli dengan pandangan pelbagai pihak dari Johor mengecam Lim.

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...