29 September 2011

96.7 peratus rakyat Malayisa yang hidup di bawah barisan kemiskinan adalah kaum Melayu.

Najib kata akan mengakhiri kuota Bumi, tapi pakar tanya bilakah akhirnya?

Perdana Menteri Najib Razak sekli lagi mengura-urakan penarikan semula kuota Bumiputera, tetapi setelah kegagalan untuk menjayakan Dasar Ekonomi Baru, pakar telah mnagmbil langkah berjaga dan memintanya untuk memberikan rangka masa yang betul dan muktamad.

“Keyakinannya amat menggalakkan tetapi bilakah cadangan ini akan dilaksanakan dan berapa lama lagi akan ada layanan istimewa terhadap Bumiputera kerana ini memberi kesan terhadap perpaduan Negara dan pembangunan sosio-ekonomi. Jadi soalannya ialah berapa lama lagi rakyat Malaysia harus tunggu?” Ramon Navaratnam, pengerusi Pusat Kajian Dasar Awam memberitahu Malaysia Chronicle.

Di forum Megatrends Khazanah pada hari Selasa, Najib telah membangkitkan khayalan tentang Dasar Ekonomi Barunya yang tidak lagi relevan, dan ini telah dijatuhkan oleh bekas Perdana Menteri Mahathir Mohamad, dan juga timbalan beliau Muhyiddin Yassin.

“Kita ingin menarik balik kuota tetapi kita mestilah menyokong mereka (usahawan Bumiputera) di dalam cara yang membolehkan mereka berkembang,” katanya kepada forum tersebut pada hari Selasa.

“Jika kita berikan kuota, apa yang bakal terjadi ialah mereka akan berpuas hati dengan keadaan mereka dan akhirnya, mereka tidak akan memeperolehi sebarang kepakaran.”

Benda lama diulang semula

Najib juga berkata bahawa 30 peratus sasaran ekuiti Bumiputera “tidak bermakna apa” jika penerima menjual saham mereka. Beliau menunjukkan cadangan pentadbiran barunya untuk melatih 1,100 syarikat bersaiz kecil, mikro dan sederhana teratas sebagai usaha untuk membantu mereka lebih berdaya tahan di dalam persaingan.

Walaubagaimanapin, pakar tidak lagi kagum, kerana telah terdapat plan yang hampir sama ketika pemerintahan Mahathir dulu, dan tidak banyak perubahan yang dibawa oleh plan tersebut.

Malaysia telah memperkenalkan tindakan afirmatif untuk membasmi kemiskinan pada tahun 1971 tetapi setelah bertahun-tahun disalahguna, Dasar Ekonomi Baru tidak lagi dianggap sebagai mekanisme pengagihan kekayaan tetapi lebih kepada rancangan layanan istimewa perkauman yang digunakan untuk mengekalkan kuasa Umno, dan juga menyembunyikan rasuah yang dilakukan pihak pemerintah.

Kali terakhir Najib berucap panjang tentang menarik balik kuota adalah pada tahun 2010. Dan ini telah menerima kemarahan daripada Mahathir dan kumpulan hak-hak Melayu seperti Perkasa. Kemungkinan besar mereka akan menyorot komen beliau walaupun dalam cara yang senyap dan halus kerana Najib mungkin mengadakan pilihanraya lebih awal daripada sepatutnya pada bulan November.

Ketuanan Melayu

Parti Umno Najib telah mengawal kerajaan persekutuan semenjak 1957, dan dengan kuasa yang hampir mutlak di tangannya, telah menghasilkan pemikiran yang dikenali sebagai Ketuanan Melayu, di mana kaum Melayu meminta hak-hak utama dan saham terbesar dari segi politik, sosial, ekonomi dan pendidikan.

Menggunakan ketuanan Melayu, ataupun kemungkinan kehilangannya, untuk menakutkan kaum Melayu mengundi Umno, Umno telah berjaya memecah-belahkan kaum dan menggunakan syak wasangka dan ketidakpercayaan perkauman untuk kekal berkuasa.Pengkritik telah lama menuduh Dasar Ekonomi Baru sebagai penutup kepada rasuah besar.

Sementara itu, statistik kerajaan telah menunjukkan 96.7 peratus rakyat Malayisa yang hidup di bawah barisan kemiskinan adalah kaum Melayu.

“Setelah 53 tahun memimpin, orang Melayu dan Bumiputera masih lagi diabaikan, 30 peratus ekuiti Melayu-Bumiputera belum lagi berhasil. Daripada ekuiti RM54 bilion dan saham untuk Bumiputera, Cuma RM2 bilion yang masih milik mereka,” kata presiden PKR Wan Azizah Wan Ismail.

Beliau telah mengkritik BN kerana tidak berjaya membentuk semula ekonomi dan masih lagi bergantung dengan Dasar Ekonomi Baru.


Malaysia Chronicle

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...