30 September 2011

Saringan Bakal Pekerja Dengan Facebook Twitter & Blog

Saringan Bakal Pekerja Dengan Facebook Twitter & Blog

Terjumpa infografik keputusan survey yang telah dijalankan tentang pengaruh media sosial seperti Twitter & Facebook ke atas proses pemilihan pekerja baru oleh majikan. Secara keseluruhan, majikan pada hari ini akan membuat saringan bakal pekerja mereka dengan melihat profil bakal pekerja di Facebook dan Twitter.

Walaupun kajian ini tidak dijalankan di Malaysia, namun trend media sosial di Malaysia sudah lama berkembang dan tidak mustahil majikan di Malaysia juga akan menggunakan Facebook dan Twitter untuk ‘mereview’ bakal pekerja mereka.


Jika aku berada di pihak mereka, aku sendiri akan membuat saringan bakal pekerja yang akan bekerja dengan aku nanti di media sosial. Manalah tahu kalau mereka pernah bercerita tentang keburukan aku, atau cuba memburukkan nama aku, takkanlah aku nak bagi bekerja di syarikat aku, betul tak?

Dengan adanya media sosial dan popularitinya yang semakin berkembang di negara kita, sangat mudah sebenarnya untuk majikan mengenal bakal pekerja mereka dengan lebih rapat. Walaupun pada kebiasaannya perangai individu di Facebook & Twitter tidak konsisten dengan dirinya dalam kehidupan sebenar, namun ini sedikit sebanyak memberikan sedikit gambaran tentang peribadi individu tersebut.

Dan itulah sebabnya aku tak banyak buat bising di Facebook mahupun Twitter. Nama aku pernah menjadi bualan seketika dahulu, muka aku pernah keluar di media cetak, jadi tak mustahil bila nak kerja nanti bakal majikan yang mungkin pernah terdengar nama aku atau terlihat muka hensem ni di mana-mana akan membuat background search di internet

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...