29 September 2011

Najib-Rosmah minta tangguh hadir ke Isnin hadapan: Umum nantikan penjelasan

Najib-Rosmah minta tangguh hadir ke Isnin hadapan: Umum nantikan penjelasan


Para peminat Perdana Menteri Najib Razak dan isteri Rosmah Mansor yang ternanti-nanti kehadiran pasangan hebat itu di kompleks mahkamah Kuala Lumpur hari ini kesal kerana gagal hadir atau tidak menghantar barisan peguam mereka iaitu Hisyam Teh Poh Teik, Salehuddin Saidin, M Athimulan dan Ghazi Ishak.

Kekesalan ditambah lagi apabila Ghazi memohon mahkamah untuk menangguhkannya, yang mana hakim Mohd Zabidin Mohd Diah telah bersetuju.

Permohonan pasangan pertama negara yang mengenepikan sapena sebagai saksi di dalam perbicaraan kes liwat Anwar Ibrahim yang juga ketua pembangkang ditunda kepada Isnin hadapan jam 2.15 petang.

“Kami memohon waktu seperti yang diperintahkan oleh anak guam kami sekiranya ada apa-apa yang perlu disediakan,” ujar Ghazi. Dia menjelaskan kepada mahkamah mereka hanya diberikan affidavit bertulis melalui peguam Anwar hari ini.

Liwat tidak disebutkan

Anwar yang mendakwa Najib dan Rosmah terlibat berkonspirasi di dalam perbicaraan kes liwatnya telah berjumpa dengan Saiful Bukhari Azlan, mantan Ketua Polis Negara Musa Hassan dan seorang pegawai polis Rodhwan Ismail bagi menggagalkan karier politiknya.

Benar Saiful ada bertemu dengan Najib dan Rosmah dua hari sebelum beliau membuat laporan polis terhadap Anwar pada bulan Jun 2008, menyebabkan kes ini masih berlanjutan sehingga sekarang.

Najib ketika itu yang menjawat jawatan Timbalan Perdana Menteri, didakwa berbohong apabila beliau menafikan ada bertemu Saiful tetapi selepas gambar Saiful bersama pembantu khas Najib muncul, beliau terpaksa mengaku yang beliau ada bertemu Saiful.

Walaubagaimanapun, Najib menyatakan mereka hanya berbincang tentang biasiswa pendidikan Saiful dan tiada kaitannya dengan kes liwat. Di dalma mahkamah, Saiful memberitahu bahawa beliau telah diliwat oleh Anwar beberapa kali, dan ketika pertemuannya dengan Najib beliau menjadi mangsa sekiranya betul.

“Apa yang pelik ialah bagaimana Saiful mempercayai Najib yang menyatakan beliau akan berusaha membantunya sekiranya Anwar tebukti meliwat Saiful,” kata Eddie Wong, ahli PKR veteran kepada Malaysia Chronicle.

"Saiful tak mungkin sedar pengaruh Najib ketika itu dan jika dia berkata benar yang dia diliwat Anwar tanpa persetujuannya, dia akan tergesa-gesa bertemu Najib dan meminta timbalan perdana menteri itu membantunya supaya Anwar tidak melakukan apa-apa lagi. Ini mungkin juga satu situasi yang agak logic, tetapi Najib menyatakan mereka tidak berbincang soal liwat itu. Perkara ini hanya membuktikan adanya konspirasi menjatuhkan Anwar.”

Saksi-saksi

Memandangkan hanya selepas dua hari Saiful melancarkan laporan polis, pakar undang-undang menyatakan bahawa Najib dan Rosmah adalah antara dua saksi utama dan Najib dilihat mempunyai agenda bagi menghancurkan karier Anwar. Ini sudah mencukupi bagi mahkamah untuk mengenepikan perbicaraan ini.

Walaubagaimanapun, perbicaraan yang dilakukan ini setakat ini berpihak kepada Najib, yang memegang tampuk pemerintahan bulan April 2009. Malangnya karier beliau dilihat tenat. Ketika ini, Najib sedang bersabung nyawa dengan pilihanraya umum yang tidak boleh dilewatkan lagi takala situasi ekonomi yang merosot dan keyakinan rakyat umu yang mula menipis terhadap kepimpinannya.

Perbicaraan itu yang dipanggil Liwat II telah memalukan Malaysia di mata dunia dan seterusnya membawa episod hitam kepada institusi kehakiman negara. Antara pemimpin dan ahli korporat dunia yang menghentam pentadbiran Najib yang menggunakan institusi undang-undang terhadap musuh politiknya ialah saudagar British Richard Branson, barisan ahli Parlimen Australia, Britian dan Amerika Syarikat yang teurut memantau secara dekat perbicaraan kes ini.

Mantan Duta Besar Amerika ke Malaysia, John Mallot baru-baru ini mendedahkan pada tahun 1990an, penasihat utama Najib iaitu Razak Baginda telah memberitahu pejabatnya cara unutk menamatkan karier politik Anwar selama-lamanya. Seorang lagi pegawai polis senior ada memberitahu kedutaan Amerika itu yang UMNO akan melancarkan banyak dakwaan ke atas Anwar supaya beliau merengkuk di dalam penjara untuk ‘100 tahun’.

Seorang lagi penasihat Najib iaitu, Rohana Mahmood ada memberitahu wakil rasmi kedutaan yang Najib ada mengatur rancangan dengan Anwar yang mana beliau bersetuju menjadi Timbalan Perdana Menteri sekiranya Anwar menjadi Perdana Menteri sekiranya kumpulan yang dikenali sebagai “Tim Wawasan 2020” dapat menewaskan Presiden UMNO Mahathir Mohamad di dalam pemilihan pucuk pimpinan UMNO.

Meminjam dari Mahathir

Hanya selepas itu barulah Mahathir sedar dan kerana takut ditumbangkan oleh Anwar yang mula menjadi popular, telah menciptakan satu babak Anwar melakukan liwat dimana ianya dikenali sebagai “Liwat I” yang menyebabkan Anwar dipenjara selama 6 tahun sebelum dibebaskan tahun 2004. Beberapa bulan selepas itu, Mahathir bersara dan Mahkamah Persekutuan akhirnya menolak keputusan penahanan Anwar itu.

“Pada tahun 1998, Tun Mahathir Mohamad menggunakan taktik Machiavellian untuk berkuasa ke atas semua institusi-institusi kerajaan. Beliau Berjaya menjatuhkan 15 tahun hukuman penjara ke atas kesalahan yang saya tidak lakukan. Ini ialah bentuk perbuatan seorang tirani,” Anwar dilaporkan berkata ketika masuk ke hari pertama kes perbicaraan itu di mahkamah. Beliau membacakan kenyataannya diluar kandang saksi sebagai protes terhadap hakim perbicaraan itu yang dilihat berat sebelah.

“ Dan kini, Najib Razak juga menggukan taktik sama seperti Mahathir, yang menggunakan segala jentera kerajaan seperti media, polis, pejabat Peguam Negara dan institusi kehakiman sebagai usaha menolak keadilan dari berlaku dan mengakhiri karier politik saya. Cara hina yang mahu menghantar saya ke penjara sekali lagi ini menjadi realiti politik apabila gabungan Pakatan Rakyat telah menang besar ketika PRU-12 bulan March 2008 lalu. Ketakutan mereka menjadi-jadi apabila saya tidak lagi dikongkong hukum untuk bertanding kerusi Parlimen dan sekiranya saya menang, saya akan menjadi Ketua Pembangkang.

“Makanya tidak mungkin perkara ini adalah satu kebetulan di dalam konspirasi terbaru ini hanya tiga bulan selepas kemenangan kita bulan March 2008. Dan pendakwaan rasmi terhadap saya dibuat satu bulan sebelum saya masuk bertanding bagi kerusi Parlimen Permatang Pauh.”-MC

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...