30 September 2011

HENTIKAN BUDAYA BODEK YANG MEMBODOHKAN MELAYU


apa yang berbeza ialah orang yang dicium tangan
nampaknya orang yang dicium tangan ini
masih lagi memiliki budaya feudal yang ditanamkan oleh
united malay national organisation
walupun kita ada melihat sosok ini melaungkan reformasi

ini bermakna melaungkan reformasi sahaja tidak cukup
reformasi politik dan ekonomi tanpa reformasi budaya
tidak cukup kerana budaya jiwa hamba dan bodek
akan memusnahkan kejayaan reformasi politik

sayang nya - budaya tidak dapat dilihat
yang kita lihat hanyalah manifestasi budaya
justeru gambar teratas memperlihatkan budaya bodek dan jiwa hamba ini
telah mula meresap masuk ke dalam parti keadilan rakyat

warga pkr dan pakatan rakyat wajib sedar
apabila mereka melihat imej ini
merejka harus gentar dan berwaspada

mereka wajib sedar
bahawa hegemoni budaya jiwa hamba
dari united malay natonal organisation
masih kukuh dan luas dan berpengaruh

budaya jiwa hamba inilah yang membodohkan melayu

waspada!
jangan nanti bertukar kerajaan rupa rupanya
rakyat hanya bertukar tangan untuk dicium!

NOTA:
manusia semuanya sederajat
tidak ada yang lebih tinggi
dan tidak ada yang rendah

jika ada yang cuba merendahkan kita sebagai manusia
hanya satu jawapan: lawan!


SEMIOTIK: TANDA DAN MAKNA

dari segi semiotik semua imej-imej ini
membawa tanda dan makna
kita hanya perlu memerhati
dan memahami tanda dan makna ini

ramai yang melihat imej
tetapi gagal memahami tanda dan makna
yang dibawa oleh imej

dalam satu bingkai imej
ianya membawa pelbagai naratif
kita boleh membuka bingkai ini
dan memahaminya satu persatu makna dan tanda yang dibawa

imej imej dibawah boleh dilihat
dengan dua naratif
kedua duanya adalah naratif induk
mungkin ada naratif sampingan tetapi
untuk pemahaman kita pagi ini
cukup diterangkan dua naratif induk

naratif pertama ialah naratif
orang yang dicium tangan

perhatikan kesemua imej ini
kesemua yang dicium tangan
matanya ada kala memandang juah
dari objek yang sedang mencium tangan
atau mata ke bawah melihat tangan yg dicium
ada bahasa badan yang dibawa oleh imej ini

sosok yang dicium tangan kelihatan bangga
dan matanya cuba meminta orang disekeliling
melihat apa yang sedang berlaku

bangga sendirian tidak bermakna
bangga hanya lahir jika ianya ke lihat
atau diketahui ramai

perlakuan ini hanya beberapa saat
tetapi imej ini telah berjaya merakamkan apa yang tersirat
jelas kelihatan yang dicium merasa dia lebih hebat
justeru kerana itu tangannya perlu dicium

matanya merayau keluar meminta orang
disekeliling lihat betapa hebatnya aku

dari kajian dan selidikan
maka kita akan mengetahui ini adalah manifestasi budaya feudal


yang di cium tangan itu adalah raja
yang lebih tingi dan berkuasa
yang memberi makan minum rakyat jelata

dalam imej imej ini menggambarkan
yang dicium akan merasa dirinya lebih hebat
berderajat tinggi justeru tangan perlu dicium
walau pun bukan raja
tetapi mungkin
berangan-angan dalam beberapa detik
ketika dicium ini merasakan dirinya raja

naratif kedua ilah diri yang mencium
sosok ini bejiwa hamba
jiwa yang telah telah dihambakan
ini lahir dari ratusan tahun penindasan
ini juga lahir dari zaman dimana raja dan
orang kaya memiliki hamba sahaya
ini adalah saki baki jiwa hamba
dizaman dimana raja itu adalah kuasa

kalau dalam budaya united malay national organisation
naratif kedua ini bermakna meminta projek
tunduk mencium tangan untuk menyampaikan niat meminta projek & CALON
aku tunduk pada mu
aku setia pada mu
aku menyokong kamu
aku akan mengundi kamu
berilah aku projek
inilah makna imej ini

gambar teratas memiliki naratif yang sama
SUMBER: TUKARTIUB

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...