05 Februari 2015

TNB DIGESA TURUNKAN TARIF UNTUK RANGSANGAN PERTUMBUHAN EKONOMI

TNB Digesa Turunkan Tarif Elektik


KUALA LUMPUR: Beberapa kumpulan perniagaan menggesa Tenaga Nasional Bhd (TNB) supaya menurunkan tarif elektrik kerana harga gas dan arang batu yang menjadi sumber utama untuk penjanaan kuasa telah turun.

Gabungan Dewan Perniagaan dan Perindustrian Malaysia berkata, TNB boleh menjimatkan anggaran sebanyak RM730 juta tahun ini berdasarkan prospek trend penuruanan harga gas asli, minyak dan arang batu.
Presidennya, Datuk Lim Kok Cheong berkata syarikat utiliti itu menaikkan tarif dari semasa ke semasa berdasarkan kepada kenaikan harga bahan api.

"Sekarang harga bahan api telah menjunam sejak enam bulan yang lalu, tarif elektrik juga perlu dikaji semula untuk membantu mengurangkan kos menjalankan perniagaan dan sekaligus akan membantu untuk mengurangkan atau menstabilkan kos sara hidup.

"Tarif elektrik adalah salah satu faktor utama yang penting kepada perniagaan tempatan dan pelabur asing," katanya dalam kenyataan.

Sementara itu Presiden Gabungan Dewan Perniagaan dan Perindustrian India Malaysia (MAICCI), Tan Sri K.K. Eswaran berkata bahawa adalah adil jika TNB melakukan semakan tarif sejak harga minyak, gas, diesel dan arang batu menurun dengan ketara.

Tambahnya, industri berasaskan bahan api lain seperti pengangkutan juga perlu menurunkan harga mereka untuk membantu menurunkan kos operasi.

Selain itu beliau turut menggesa kerajaan supaya merangka satu dasar atau mekanisme bagi mengkaji cadangan berkenaan.

Merujuk kepada industri penerbangan komersial, beliau memuji syarikat penerbangan yang menghapuskan surcaj bahan api. Mstar

1 ulasan:

Unknown berkata...

Penentuan tarif elektrik boleh difahami melalui pembacaan di:

http://www.st.gov.my/index.php/consumer/gas/tariff/11-consumers/270-apakah-kesan-turun-naik-harga-minyak-mentah-dunia-ke-atas-penentuan-tarif-elektrik.html

TNB kena kelulusan kabinet juga samada nak turun atau naik tarif elektrik

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...