07 Februari 2015

LEE CHONG WEI GANTUNG RAKET?


'Saya nak berhenti!'
 Jangan sampai saya hilang sabar! Itu luahan Datuk Lee Chong Wei yang tidak teragak-agak menggantung raket selepas Panel Pendengaran Doping membabitkannya ditangguh lagi hingga bulan depan.

"Tengoklah sampai mana saya boleh sabar. Kalau sudah tidak sabar lagi, saya akan buat keputusan untuk berhenti," katanya selepas sesi latihan di Stadium Juara, Bukit Kiara semalam.

Sebelum ini perbicaraan pemenang pingat perak Sukan Olimpik 2008 dan 2012 itu dijadual berlangsung minggu depan, namun ditangguhkan lagi kepada Mac.

"Saya tidak tahu, BAM (Persatuan Badminton Malaysia) dan ISN (Institut Sukan Negara) yang buat keputusan ini.

"Saya langsung tidak mendapat maklumat mengenai penangguhan dan tarikh baru," katanya yang kini digantung sementara Persekutuan Badminton Dunia (BWF).

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...