08 Disember 2014

TERKINI: DALANG SAMSENG BOLASEPAK DIDEDAH?


Akur Titah TMJ, Inter Johor Firm (IJF) Umum Pembubaran


 Kumpulan kecil penyokong bola sepak Johor Inter Johor Firm (IJF) mengumumkan pembubarannya berkuat kuasa hari ini berikutan pengharaman kumpulan berkenaan oleh Persatuan Bola Sepak Negeri Johor (PBNJ)
Pencetus masalah dlm bola sepak.. this all I.J.F..





Ini Luahan IJF - Mulai Hari Ini IJF Dibubarkan Kerana Akur Dengan Titah TMJ.



Habis rosak nama negara. Lepas tue bubarkan organisasi sendiri selepas tak dapat nak menanggung beban kerosakkan yang telah berlaku. Menggunakan alasan akur dengan titah TMJ mungkin sekadar alasan nak menutup kesalahan dan kelemahan organisasi sendiri.

Itu kot yang orang akan fikirkan.
Aku taknak fikir apa2 dulu.

Just nak SHARE kan luahan dorang.

Baca dan fikir la ikut macam mana yang korang nak fikir. Bagi aku. Aku tetap nak tunggu hasil siasatan rasmi PDRM, FAM dan KBS dalam insiden berkenaan.





Akur dengan titah DYAM Tunku Mahkota Johor,kami Inter Johor Firms akan di bubarkan mulai saat ini.


rentetan dengan isu di SSA semalam,semua pihak menuding jari ke arah kami.kononnya kami punca semuanya.bukan nak menafikan tetapi di sini saya ingin bertanya,berapa ramaikah yang bertopeng dan berjaket hitam di SSA semalam?adakah semuanya datang dari IJF?fenomena bertopeng ni bukan sahaja pada IJF,malah seluruh Malaysia.bukan sahaja kami malahan BOS,UM,serta fan biasa pun memakai topeng.isu memukul fan Vietnam,adakah betul IJF yang buat?mengenai akaun fb Danial yang dah jadi viral 1 Malaysia,adakah benar dia budak IJF?sekarang ni ramai yang mengaku IJF.logo dan gambar sesuka hati di rompak dan letak dalam fb sesuka hati.isu bas SSU kena pecah,adakah benar IJF yang buat?bas SSU parking di area track Go Kart,kami parking di dalam Giant.sangat jauh untuk ke sana semata2 nak provoke dan baling batu.maaf,mentaliti kami bukan sama seperti fan Pahang dan Perak di mana kedua dua fans negeri ini amat gemar mengunakan batu untuk berlawan.

mengenai kebencian anda terhadap IJF.kami tidak menghalang perasaan itu membuak buak dia dada anda.kami akur dengan kebencian anda.kebencian ini bukanlah lahir dari fans negeri lain,malahan fans negeri Johor sendiri pun benci kami.nak buat macamana,dah orang tak suka.sedangkan segelintir Ultras Johor pun tak suka kami.suka cakap belakang kami.kutuk belakang kami.tapi kami ni profesional.takda perangai busuk macam tu sekali.pelik pula,insiden Ultras Johor yang bergaduh dengan Polis ketika Corteo di Larkin,tak jadi viral pula.tak kena blame pula.padahal budak pakai topeng dan hoodie hitam tu.peliknya.

apapun yang terjadi,ada hikmahnya.lepas ni fan Malaysia janganlah risau.takkan nampak lagi kelibat kami di Stadium anda malahan di Stadium kami sendiri.lepas ni kami tengok bola kat mamak ramai ramai la.kami buat sebab kami akur dengan titah DYAM Tunku Mahkota Johor kami.bukan sebab ANDA SEMUA..

p/s:anda dibenarkan komen yang negatif kepada kami walaupun anda orang Johor.

Orange Heroes/Inter Johor Firms
2006-2014
we are the famous firm
!

8 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Aku pun tak nak cakap ape2. Cuma bagi aku, Otak dia letak kat lutut..

Tanpa Nama berkata...

Lain kali jgn sepak tiang bendera di penjuru padang lagi. Nampak mcm tak berapa cerdik. Buat malu je bila budak2 ikut perangai mcm tu. Budak2 tak sepak tiang bendera, tapi lebih tolol, orang pula disepaknya.

Tanpa Nama berkata...

Ketua sepak pemain tteam.. Tak puashati lalu di sepaknya tiang.. Sbb tu orang bawahan sepak teranjang orang. Nak tunjuk samseng. Kita hantar diarang yg sepak teranjang orang ke vietnam.. ..... Rasa tak nampak batang hidung..

Tanpa Nama berkata...

Kalau dah hebat dan berani sangat, minta lu orang semua pegi vietnam dan tunjuk lu punya gangster kat sana, nak tengok batu lu ada ke atau jadi kecut

Tanpa Nama berkata...

Ini lah perangai bangsa melayu yang memalukan negara, menyusahkan orang yang nak ke vietnam untuk melancong dan tugasan perniagaan, siape lah yg mengajar anak2 melayu ni perangai macam setan, mana perkasa, mana pakida, mana umno yg perjuangkan bangsa melayu ni, minta jaga dan nasihat sikit budak2 setan ni

Tanpa Nama berkata...

IJF ngaku ke? Rasa tidak. Bermakna IJF is taking the rap walaupun mereka bukan the culprits.

Siapa pengkhianat dan samseng sebenar? Tunggulah siasatan polis.

elko berkata...

Negara kerajaan berux malonsia yg memalukan,kah kah kah.. dari PM,KERAJAAN,rakyatnya senang melakukan tindakan brutal tnggulah kehancuran malonsia THE TRULY BERUX ASIA.

Tanpa Nama berkata...

yang bakar stadium lagi beruk!!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...