10 Disember 2014

SETELAH MAS MUFLIS, ADA LAGI AGENDA TERSEMBUNYI.....


Apa agenda tersembunyi halang pelantikan Mueller?




"Semasa AirAsia Berhad membuat pertukaran saham bagi membantu pemulihan Malaysian Airline System Berhad (MAS), puak-puak yang tidak berpuas hati menentang kononnya tidak mahu MAS jatuh ke tangan AirAsia.

"Kali ini apabila Christoph Mueller dilantik sebagai Ketua Pegawai Eksekutif MAS, cadangan ini juga ditentang kononnya tidak mahu orang luar mengurus MAS.

"Apakah agenda tersembunyi yang mahu diperjuangkan untuk MAS. Adakah mahu melihat MAS lenyap begitu sahaja atau apa?," luah pemerhati industri kepada MG.

Beliau yang juga bekas juruterbang MAS selama 17 tahun mengakui tidak faham sentimen yang cuba diperbesarkan oleh puak-puak yang menentang pelantikan Mueller.

Tegasnya, dalam keadaan MAS yang selayaknya sudah berkubur sekarang, masih ada golongan-golongan yang menjadikan isu nasionalisme berbanding melihat usaha pemulihan MAS secara rasional.

Apa salahnya MAS diperbetulkan dan diuruskan oleh orang asing jika pendekatan itu adalah yang terbaik untuk MAS, aset-aset MAS dan kakitangan syarikat penerbangan itu.

Malah, katanya, pendekatan itulah yang dilakukan oleh Emirates dan Etihad, antara syarikat penerbangan yang memberi persaingan kepada industri penerbangan dunia.

"Orang Arab boleh menerima orang asing dalam proses pembelajaran mengurus syarikat penerbangan, mengapa rakyat Malaysia tidak boleh?

Kalau dengan pelantikan Mueller MAS boleh buat duit dan dapat melatih lebih ramai 'Mueller' pada masa depan, apa salahnya?

"Adakah dengan memilih orang asing teraju MAS maka rakyat Malaysia tidak ada semangat nasionalisme atau mengenepikan agenda nasional?

"Di mana puak-puak penentang tidak kiralah pejuang UMNO atau NGO semasa MAS mencatatkan kerugian demi kerugian lebih tujuh tahun lalu?.

"Kalaulah ketika itu (tujuh tahun lalu) MAS dapat keprihatinan yang tinggi seperti hari ini sudah tentu MAS tidak muflis sehingga terpaksa dibeli dan menubuhkan MAS NewCo," tambahnya yang juga mengakui sebagai ahli UMNO yang aktif.

Selepas MAS di bawah Tan Sri Abdul Aziz Rahman, beberapa pelantikan anak tempatan tidak mampu menguruskan syarikat penerbangan itu dengan baik.

Syarikat penerbangan kebangsaan itu gagal kerana tidak beroperasi sebagai entiti perniagaan semata-mata, sebaliknya terpaksa melaksanakan tanggungjawab sosial korporat dengan menanggung laluan penerbangan yang tidak menguntungkan.

Inilah isu yang perlu dilihat secara serius oleh Khazanah Nasional Berhad (Khazanah) jika mahu MAS kembali untung, selain memiliki jumlah bahagian operasi yang banyak, sekaligus terpaksa mengaji ramai pengurus.

"Bukan sahaja AirAsia tetapi Singapore Airline juga tidak beroperasi seperti MAS. MAS perlu beroperasi sebagai entiti perniagaan, baru boleh buat duit," tambahnya.

Mengulas lanjut pelantikan Mueller, juruterbang itu percaya, Ketua Pegawai Eksekutif Aer Lingus itu mampu memulihkan MAS berdasarkan pengalaman lalu beliau tetapi dengan syarat.

"Syarat itu ialah jangan ikat 'kaki dan tangan' sebaliknya hanya membiarkan 'mulutnya' yang berkata-kata. Bagi saya dari segi soal kemampuan Mueller memang tidak boleh dinafikan. Kalau beliau boleh pulihkan Lufthansa, Aer Lingus mengapa tidak mampu pulihkan MAS.

"Kalaupun jika Mueller gagal memulihkan MAS suatu hari nanti, kita perlu lihat semula pada struktur perniagaan MAS semula. Adakah MAS masih mengekalkan struktur perniagaan yang sama atau Mueller tidak diberi kebebasan yang mutlak," ujarnya. -

2 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Atas kepentingan nasional di katakan mengapa perlantikan expat ini utk menerajui MAS di tentang ? Bukan kah selama ini juga perlantikan CEO bukan expat juga dibuat atas kepentingan nasional yg kini jahanam.
Seandainya ber hujah atas asas ini hanyalah wajar jika MAS maju dan
berkembang.
Kalau Turkey Airline boleh maju berkembang kenapa kita tak boleh.Oleh itu Khazanah teruskan dgn pelan tindakan ini,persetankan suara suara sumbang.Lagipun dia dilantik utk beberapa tahun dan orang kita boleh understudy dia.Transfer of technology.

Frans Bale berkata...


Obat Pembesar Penis

Alat Pembesar Penis

Suplemen Pria Perkasa

Obat Perangsang Figrid

Alat Bantu Sex Pria

Alat Bantu Sex Wanita

Kesehatan Kecantikan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...