13 Disember 2014

TERKINI! ALI ABD JALIL TELAH DITANGKAP INTERPOL

BERITA YANG DIKEMASKINI....

Putrajaya nafi aktivis Ali ditahan Interpol, pulang ke Malaysia


Ali Abdul Jalil ketika dihadapkan ke mahkamah atas tuduhan hasutan, September lalu. Aktivis tersebut kini hidup dalam buangan di Sweden selepas pasport beliau dibatalkan kerajaan Malaysia. 

Kementerian Dalam Negeri (KDN) hari ini menafikan aktivis politik Ali Abdul Jalil ditahan polis antarabangsa (Interpol) dan akan tiba di Malaysia tengah hari ini seperti tersebar dalam laman sosial Facebook.

Setiausaha Akhbar Menteri Dalam Negeri, Brig Jen Fadzlette Othman Merican Idris Merican berkata polis akan mengeluarkan kenyataan rasmi berkaitan jika mempunyai apa-apa maklumat terbaru berhubung perkara itu.

"Berita yang tersebar dalam laman sosial itu tidak benar," katanya hari ini.

Sementara itu, Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar dalam mesej ringkas menerusi WhatsApp kepada Bernama berkata beliau tidak mempunyai sebarang
maklumat berhubung perkara itu.

Semalam, menerusi catatan dalam akaun Facebook miliknya, Ali menyatakan: "Aku diangkut Interpol ... malam ni dibawa pulang ke Malaysia ... esok tiba di KLIA dalam jam 12 tgh hari ... Never give up".

Ali yang berdepan tuduhan menghasut kerana menghina institusi raja di negara ini melalui laman Facebooknya, melarikan diri ke Sweden bagi mendapatkan perlindungan politik.

Isnin lepas, Jabatan Imigresen mengumumkan pasport Malaysia Antarabangsa milik Ali ditarik balik berkuat kuasa serta merta. – Bernama

ALI ABD JALIL DITANGKAP INTERPOL DAN AKAN DIHANTAR PULANG KE MALAYSIA



Kuala Lumpur – Aktivis pakatan pembangkang yang melarikan diri ke luar negara ditahan pihak berkuasa Interpol selepas Jabatan Imigresen pada Isnin membatalkan pasportnya.

Sumber SuaraTV ketika dihubungi berkata Ali telah ditahan pihak berkuasa Dublin.

Dalam posting terbaharu di akaun Facebook miliknya, Ali turut mengesahkan mengenai perkara itu.

Menurut Ali beliau telah ditahan dan akan dihantar pulang.

“Aku diangkut interpol.. Sultan Johor punya balaci ada sekali.

“Malam ni dibawa pulang ke Malaysia.. esok tiba di KLIA dalam jam 12 tgh hari..” ujarnya.


Walau bagaimanapun sehingga tiada sebarang pengesahan rasmi dari pihak Wisma Putra.

Ali sebelum ini berkata tekah memohon suaka politik dan dilindungi oleh Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB).

Pada 8 September lalu, dia didakwa di Mahkamah Sesyen Selayang di bawah Seksyen 4(1)(c) Akta Hasutan kerana mengkritik sistem raja berpelembagaan.

Ali bagaimanapun dibebaskan sehari selepas itu dengan jaminan polis, namun beliau ditahan semula dan didakwa atas dua lagi pertuduhan di bawah seksyen dan akta yang sama.

Beliau akhirnya dibebaskan pada 29 September lalu.

Pada Oktober, Ali melarikan diri ke Sweden untuk memohon suaka politik, beliau mendakwa tidak dibicarakan dengan adil dan diancam oleh kumpulan gangster serta rasis di Malaysia.


SUMBER

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...