12 Disember 2014

PIALA AFF: ADAKAH MALAYSIA MENANG NASIB, MUNGKIN INI PUNCANYA!!!!


Piala AFF: Vietnam minta polis siasat kekalahan memalukan



HANOI: Pihak berkuasa bola sepak Vietnam akan minta polis menyiasat jika wujud sebarang unsur rasuah dalam perlawanan separuh akhir kedua Piala AFF Suzuki membabitkan skuad negara berkenaan.

Pasukan tuan rumah itu mengecewakan jutaan penyokong, semalam selepas kalah kepada Malaysia 4-2 dan tersingkir dengan agregat 5-4 di sini, semalam.

"VFF (Persekutuan Bola Sepak Vietnam) akan segera minta bantuan polis menyiasat perlawanan ini," kata Timbalan Pengerusi VFF, Nguyen Xuan Gu.

Dia berkata pihaknya mempercayai bahawa anggota pasukan skuad kebangsaan seperti sengaja bermain buruk.


"Kami akan menghukum secara serius jika kami dapati ada unsur-unsur seperti ini dalam perlawanan ini.

"Jaringan yang terbolos dalam gawang tuan rumah tidak dapat diterima, terutama ketika beraksi di halaman sendiri," kata Gu.

Skuad Vietnam menghampakan penyokong mereka selepas membiarkan lawan menjaringkan empat gol dalam separuh masa pertama, termasuk jaringan sendiri daripada Dinh Tien Thanh.

Sebelum ini, Vietnam pernah berdepan beberapa siri skandal rasuah - baik di pentas antarabangsa dan dalam Liga-V.

Pada 2007, dua pemain bola sepak negara itu dipenjarakan manakala enam lagi digantung permainan selepas berlaku rasuah dalam perlawanan bawah 23 tahun menentang Myanmar pada 2005.

November lalu, Persekutuan Bola Sepak ASEAN (AFF) bersetuju membenarkan syarikat data yang berpangkalan di Switzerland memantau 18 perlawanan Piala AFF untuk membendung gejala menetapkan keputusan perlawa nan. - AFP

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...