12 Disember 2014

PUNCA VIETNAM KALAH

KAWALAN BAHAGIAN TENGAH YANG BAIK, PENUKARAN PEMAIN-PEMAIN YANG MERYERLAH DILIGA KITA.....TAHNIAH DOLAH KERANA MELAKUKAN PERUBAHAN BESAR-BESARAN.......VIETNAM TERGAMAM PADA MASA PERTAMA MEMBUATKAN MEREKA RALAT UNTUK KE FINAL.....



MUNGKIN JUGA CUACA SEJUK MEMBUATKAN PEMAIN MALAYSIA LEBIH COOL DAN TIDAK BARAN BILA BERMAIN DALAM CUACA BEGITU......ha..ha....




HANOI: Ketua jurulatih, Dollah Salleh menyuarakan rasa terkejut dengan cabaran hambar oleh Vietnam dalam saingan separuh akhir kedua, Piala AFF Suzuki, malam ini.

Pengendali itu tidak menjangka benteng lawan akan melakukan banyak kesilapan ketika beranggapan anak didiknya akan berdepan laluan sukar sebelum perlawanan ini di Stadium My Dinh di sini.

"Saya terkejut dengan Vietnam, terutama dengan pertahanan. Mereka banyak melakukan kesilapan, kata Dollah.

"Saya berharap pemain kita dapat menyambung persembahan baik ini dalam final nanti."

Malaysia menang 4-2 untuk layak atas agregat 5-4 dan akan bertemu Thailand dalam final pada 17 dan 20 Disember ini.

Sementara itu, ketua jurulatih Vietnam, Toshiya Miura

jelas hampa dengan persembahan hambar pasukannya di halaman sendiri.

"Kami bermain buruk dalam perlawanan ini. Saya akan mengambil tanggungjawab di atas kekalahan ini," kata pengendali berasal dari Jepun itu, hari ini. - REUTERS



Pasukan bola sepak Malaysia meraikan kejayaan mereka mengalahkan Vietnam 4-1 dalam perlawanan yang berlangsung di Stadium Nasional My Dinh, Hanoi, malam ini. 

Malaysia layak ke final Kejohanan Bola Sepak Piala AFF Suzuki 2014 selepas menang agregat 5-4 ke atas Vietnam selepas perlawanan separuh akhir kedua di Stadium Nasional My Dinh, Hanoi, malam ini.

Skuad Harimau Malaya, yang kalah 2-1 pada separuh akhir pertama di Stadium Shah Alam, Ahad lepas, bangkit mencatat kemenangan selesa 4-2 pada aksi timbal balik.

Malaysia mendahului Vietnam 4-1 pada separuh masa pertama.

Gol Malaysia dijaringkan oleh Safiq Rahim (penalti-3'), Norshahrul Idlan Talaha (15'), Dinh Tien Thanh (gol sendiri-28'), Muhammad Shukor Adan (42').

Sementara gol Vietnam dijaringkan oleh Le Cong Vinh (penalti-22', 78').

Barisan pemain Malaysia terdiri daripada Mohd Farizal Marlias, Muhammad Zubir Mohd Azmi, Mohamad Fadhli Mohd Shas, Muhammad Shukor Adan (kapten), Indra Putra Mahayuddin (Mohamad Muslim Ahmad), Safiq Rahim, S. Kunalan, Mohd Badhri Mohd Radzi (Baddrol Bakhtiar), Azamuddin Mohd Akil, Mohd Amri Yahyah, Norshahrul Idlan Talaha.

Pemain Vietnam pula adalah Tran Nguyen Manh, Le Phuoc Tu, Dinh Tien Thanh, Nguyen Van Bien, Ngo Hoang Thinh (Le Tan Tai), Le Cong Vinh (kapten), Nguyen Van Quyet, Que Ngoc Hai, Pham Thanh Luong, Vo Huy Toan (Mac Hong Quan), Nguyen Huy Hung.

Pengadil bagi perlawanan kali ini adalah Toma Masaaki dari Jepun.



Gambar di bawah ni bagi aku adalah satu gambar paling menarik dari perlawanan ini..
Seorang peminat memegang mafla 'Harimau Malaya' di tengah-tengah ribuan penyokong Vietnam.

 habis perlawanan nak tengok adakah individu ini bakal menjadi mangsa belasahan penyokong Vietnam yang kecewa bila akhirnya pasukan mereka tewas......tak ada kan...



Biarpun negara mereka tidak semaju negara kita, namun apa yang ditunjukkan oleh penyokong mereka itu wajar kita contohi..

Mereka mempamirkan semangat kesukanan yang tinggi.. bukannya macam segelintir penyokong pasukan negara kita tu..ingat ada penyokong Malaysia perasan lebih  atau budaya semseng seperti musim pilihanraya terbawak-bawak ke padang bolasepak.....




Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...