12 Oktober 2014

GAMBAR INSIDEN POKOK TUMBANG HEMPAP PONDOK POLIS DI KG.ATTAP DUA ANGGOTA POLIS MAUT

INSIDEN POKOK TUMBANG HEMPAP PONDOK POLIS di Kg Attap 7.09 mlm tadi 2 anggota Polis maut disahkan oleh Pegawai Perubatan ~Bomba 


Dua anggota polis maut, pokok tumbang di Kampung Attap


Dua anggota polis maut dalam kejadian pokok tumbang yang menghempap kontena pondok polis akibat hujan lebat yang melanda sekitar ibu negara hari ini.

Dua anggota polis yang maut dalam kejadian kira-kira 7 malam di Jalan Bellfield, Kampung Attap di sini itu dikenali sebagai Konstabel Mohd Sharil Hisham Hashamdi, 25, dan Koperal Dzulkhairi Ahmad, 48.

Mohd Sharil Hisham meninggal dunia di tempat kejadian manakala Dzulkhairi meninggal dunia dalam perjalanan ke Hospital Kuala Lumpur (HKL).

Menurut Ketua Polis Daerah Dang Wangi ACP Zainol Samah, kedua-dua mangsa bertugas dengan Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kuala Lumpur (IPPKKL) dan ditugaskan di lokasi berkenaan yang menjadi pejabat setor menyimpan barang kes.

Bercakap kepada pemberita di Zon Kritikal HKL, beliau berkata hujan lebat petang tadi menyebabkan sebatang pokok tumbang lalu menghempap pondok polis itu.

Zainol berkata Allahyarham Mohd Sharil Hisham berasal dari Sabah manakala Allahyarham Dzulkhairi berasal dari Kerinchi, Kuala Lumpur.

"Anggota keluarga kedua-dua mangsa dimaklumkan mengenai kejadian itu. Bedah siasat akan dilakukan esok," katanya.

Sementara itu, jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Kuala Lumpur memaklumkan operasi mengeluarkan mangsa melibatkan 28 anggota dari balai Sungai Besi dan Hang Tuah. – Bernama






Insiden pokok tumbang di alamat Grid 9, Jalan Bellfield, Kg. Attap, Kuala Lumpur pada jam 7.09 malam tadi. Didalam insiden tersebut, sebuah pondok Polis telah dihempap pokok.


2 orang anggota Polis yang bertugas didalam pondok tersebut telah disahkan meninggal dunia ditempat kejadian oleh Pegawai Perubatan yang bertugas.

AL-FATIHAH.

SUMBER


Cuaca Buruk Melanda K.Lumpur semalam.....



Hujan lebat dan angin kencang petang Ahad turut mengakibatkan kejadian pokok tumbang di Jalan Bellfield, Kuala Lumpur.

KUALA LUMPUR: Hujan lebat dan angin kencang bermula kira-kira 5 petang Ahad mengakibatkan kejadian pokok tumbang, dahan pokok jatuh serta insiden papan tanda dan dinding rumah tercabut di sekitar ibu negara.

Menurut jurucakap Bilik Kawalan, Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL), antara kawasan terjejas akibat pokok tumbang ialah Jalan Stadium berhampiran Stadium Negara, Bulatan Kereta Api Tanah Melayu berhampiran Hotel Majestic, Jalan Maharajalela susur ke Jalan Hang Tuah serta laluan masuk ke Ibu Pejabat Polis Bukit Aman.

Kejadian dahan pokok jatuh pula dilaporkan berlaku di Jalan Tuanku Abdul Rahman, Jalan Tun S.H. Lee dan Jalan Tun Razak berhadapan Kedutaan Indonesia, katanya ketika dihubungi Bernama malam Ahad.

"Selain itu, kami turut menerima masing-masing satu laporan berhubung papan tanda terjatuh dekat Stesen LRT di Jalan Tun Perak dan dinding papan di Flat Loke Yew tercabut," katanya.

Sementara itu, jurucakap Polis Trafik Kuala Lumpur melaporkan kejadian pokok tumbang di Jalan Tun Sambathan di Brickfields, Jalan Changkat Stadium, Jalan Kuching menghala ke Bulatan Datuk Onn dan laluan ke Bangunan RHB Bank di Jalan Tun Razak.

Beliau berkata setakat 8 malam, kesemua pokok tumbang itu telah dialihkan dan ini membantu mengurangkan kesesakan trafik.

Dalam pada itu, jurucakap Bilik Kawalan, Jabatan Bomba dan Penyelamat Kuala Lumpur melaporkan sebuah kenderaan dihempap sebatang pokok berhampiran Flat Loke Yew.

Bagaimanapun, ia tidak mengakibatkan sebarang kecederaan, katanya.

Di Klang, hujan lebat dan angin kuat pada sebelah petang meruntuhkan khemah untuk sambutan Deepavali yang didirikan beberapa peniaga di kawasan Little India
menyebabkan kerosakan barangan termasuk barang perhiasan untuk sambutan.

Setiausaha Persatuan Peniaga Tekstil dan Barangan Am India Malaysia, Maheswary Ramasamy berkata khemah itu tidak dapat menahan cuaca buruk yang berlaku kira-kira 7.30 malam.

Beliau berkata persatuan itu akan mendapat maklum balas peniaga terbabit untuk tindakan lanjut.~mstar

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...