13 Oktober 2014

NEPAL DICEKUP SEKS DENGAN BINI CURANG DI KULIM MATI DIBELASAH, INILAH AKIBAT LAMBAKAN PENDATANG ASING

NEPAL DICEKUP SEKS DENGAN BINI CURANG DI KULIM MATI DIBELASAH



KULIM: Seorang warga Nepal ditemui mati dipercayai akibat ditikam di rumah kekasihnya yang merupakan isteri orang di Taman Bersatu di sini awal pagi Isnin.

Lelaki tersebut dipercayai telah diserang oleh anak lelaki wanita itu dan beberapa rakannya yang menyedari mangsa berada di rumah itu.

Ketua Polis Daerah Kulim, Supritendan Abdullah Arshad berkata, mayat mangsa yang dikenali sebagai Kamal Singh, 27, dijumpai tertiarap dalam sebuah bilik di rumah teres di kawasan perumahan itu oleh seorang keluarga wanita tersebut kira-kira 4 pagi tadi.

"Anggota keluarga berkenaan telah melaporkan kejadian itu kepada polis yang berkejar ke tempat kejadian dan menemui mangsa berlumuran darah akibat kesan tikaman dengan senjata tajam di dalam bilik berkenaan," katanya ketika dihubungi Isnin.

Abdullah berkata, siasatan awal mendapati mangsa yang merupakan rakan sekerja dengan wanita tersebut di sebuah kilang di sini dipercayai mempunyai hubungan intim dengan wanita berusia 42 tahun itu sejak akhir-akhir ini.


"Terdahulu mangsa bersama wanita berkenaan telah pulang ke rumah tempat tinggal wanita tersebut dan seorang lelaki berusia 18 tahun dipercayai anak wanita tersebut telah menyedari kehadiran mangsa lalu memanggil beberapa orang rakannya.

"Mereka dikatakan telah menyerang mangsa dengan senjata tajam menyebabkan mangsa maut dan berlumuran darah," katanya.

Katanya, anggota polis yang tiba di lokasi kejadian mendapati mangsa telah meninggal dunia dan setelah pemeriksaan dibuat terdapat satu kesan tusukan senjata di dada kiri mangsa.

"Mayat mangsa telah hantar ke Hospital Kulim untuk tujuan bedah siasat," katanya.

Abdullah berkata suspek dipercayai telah melarikan diri dan polis sedang mengesan mereka.

"Senjata yang digunakan masih belum dijumpai. Pihak polis kini menyiasat kes tersebut di bawah Kanun Keseksaan 302 kerana membunuh," katanya.~MSTAR

2 ulasan:

yahya pikin berkata...

Menteri tak ada maklumat tentang perkara kebejatan sosial yg selama ini berlaku didalam negara?
Pasti mereka tahu tahap sosial apalagi yg melibatkan pendatang, pasti tapi nampaknya mereka suka ini berlaku supaya banyak kes, bila banyak kes banyak aktiviti supaya kononnya mereka dilihat menjuarai dlm menangani kes2 tersebut.
Sebuah kerajaan yg ada akal tak begini, mesti mereka mewajibkan majikan menyediakan premis asrama utk pekerja dan dikawal mereka itu utk bekerja, nak keluar mesti di pantau.mereka datang utk bekerja bukan melancong.
Ni tidak mereka dibiarkan merata2 malah seolah2 mereka golongan istimewa sehingga ada yg berani menunggang sambil memakai vest polis, cuba kalau kita usik mereka ini, pasti kita kedalam.
Macam kes seperti diatas, memang patut anak keluarga tersebut melaksanakan tanggungjawabnya pada keluarga malah apa yg dilakukan adalah sebagai sebahagian dari tanggungjawab sosial kerana sudah terlalu banyak kes kerosakan akhlak rakyat malaysia yg mengakibatkan berbagai masaalah sampingan berlaku berleluasa kerana pihak berwajib GAGAL menanganinya.
Pak menteri dan para penguasa cuba pakai akal, kalau ada orang mengganggu rumahtangga kamu dan anak kamu menghalangnya, apakah kamu akan tangkap dan hukum anak kamu supaya isteri kamu boleh terus bersenggama dengan sesiapa saja didalam rumah kamu.
Jika anak keluarga itu ditahan dan dihukum kerana mempertahankan maruah keluarganya maka disini saya bertanya DIMANA AKAL KAMU WAHAI SANG PENUASA?
Adakah akal kamu terselit dicelah kotak kasut?

Tanpa Nama berkata...

Patut belasah mak dia skali

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...