15 Oktober 2014

KISAH SEDIH...APA NAK JADI DENGAN MALAYSIA DUDUK DALAM SURAU PUN KENA SAMUN!!!






Tarikh : 12 October 2014
Masa. : 1.30 PM
Tempat : HENTIAN PUTRA KUALA LUMPUR

Keterangan : Ayah saya En Ramli b Shafie umur 56 tahun asal dari Tawang, Bachok Kelantan sedang berehat di surau Hentian Bas Putra Kuala Lumpur setelah selesai menunaikan solat zohor sambil menunggu bas untuk balik ke Kelantan.

Ayah saya telah didatangi oleh seorang pemuda lingkungan umur 20-30 dan meminta duit dari ayah saya. Ayah saya menyatakan yang dia tiada duit, lalu pemuda tersebut mula bertindak agresif dengan mengeluarkan pisau dan mengugut ayah saya serta cuba menerkam beg ayah saya.

Pemuda tersebut menghunuskan pisau namun Alhamdulillah ayah saya lebih pantas dan merampas semula beg tersebut. Ayah saya sempat bergelut dengan pemuda tersebut menyebabkan tapak tangan ayah saya cedera terkena bilah pisau. Dengan izin Allah dan ayah saya juga seorang guru silat berjaya mematahkan serangan pemuda tersebut 'single handed'.

Pemuda tersebut cedera teruk namun sempat melarikan diri dengan dibantu oleh seorang lagi pemuda bermotosikal yg telah menunggunya di luar Hentian Putra. Berhati2 kepada semua pengguna Hentian Putra sekiranya anda ke Hentian Putra pastikan berteman dan sekiranya nampak pemuda mencurigakan laporkan pada pihak polis atau keselamatan. Ayah sy bernasib baik kerana beliau masih mampu melawan. Minta dijauhi dari perkara yg tidak diingini.


2 ulasan:

Unknown berkata...

Demikianlah keadaannya bila didikan tidak menanam harga diri dgn membuat usaha kpd rezeki halal.
Hidup mau senang tapi kerja tk mau dilakukn.
Keadaan akan lebih kritikal dgn kenaikan kos sara hidup dn sumber rezeki tk ada.

Tanpa Nama berkata...

Penagih dadah la tu. Pengedaran dadah memang berleluasa di negara ini. Punca adalah rasuah. Yang tertangkap hanyalah 5% sahaja. 95% terlepas. Unit pencegahan banyak tapi biasalah. Kerja sambil lewa. Tak ade inisiatif. Tak nak kerja lebih ataupun dah ambil duit kopi.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...