13 Oktober 2014

JDT TIDAK PRO...., HANYA BERI 30 TIKET KEPADA PENYOKONG TERENGGANU, TAKKAN FAM TENGOK SAJA?


Ok ini surat panas lagi. Tiket dah up ke 100. Ok tak?  SUMBER


Hanya 30 tiket untuk penyokong Terengganu?



PENYOKONG Terengganu hanya dapat 30 tiket untuk perlawanan 16 Oktober ini?

Hubungan yang sudah pun tegang di antara Persatuan Bolasepak Negeri Johor (PBNJ) dengan Persatuan Bolasepak Negeri Terengganu (PBSNT) dijangka semakin tegang berikutan isu agihan tiket kepada penyokong negeri Pantai Timur itu bagi perlawanan suku akhir kedua Piala Malaysia di antara kedua-dua pasukan di Stadium Larkin 16 Oktober ini.

Dalam satu surat bertarikh hari ini kepada setiausaha agung PBSNT Aripin Drahman, PBNJ memaklumkan ia hanya memperuntukkan 30 tiket kepada penyokong Terengganu.

Surat yang ditandatangani oleh setiausaha kehormat PBNJ Mohd Fahmy Yahya itu menyatakan pihaknya telah memperuntukkan tiket-tiket perlawanan terbabit kepada peminat Harimau Selatan di kesemua 10 daerah di Johor.

Surat PBNJ itu juga menyatakan ia dilakukan diatas titah Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim yang juga Presiden PBNJ.

PBNJ seterusnya memohon maaf diatas segala kesulitan yang timbul.

Hubungan antara kedua-dua persatuan bolasepak terbabit tegang berikutan isu pindaan tarikh perlawanan kedua suku akhir Piala Malaysia daripada Sabtu lepas kepada 17 Okt ini.

PBSNT yang tidak bersetuju dengan pindaan itu telah mengancam untuk memboikot perlawanan itu, sebelum Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) campur tangan dan menetapkan 16 Oktober sebagai tarikh baru yang dipersetujui oleh kedua-dua pasukan.

Pada awal musim, hubungan antara kedua-dua pasukan keruh berikutan dakwaan PBSNT pemain importnya dipukul ketika sedang berjalan di terowong Stadium Larkin selepas tamat separuh masa pertama perlawanan Liga Super di antara kedua-dua pasukan. -- MALAYSIAGAZETTE

4 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Dey Macha,jgn pertikai pasal tiket maa,tuan punye JDT tu kan Anak Raja,Presiden FAM pun Anak Raja.suka hati depa la nak buat apa apa pun.sebab tulah SUKAN KAT MALAYSIA NI KALU YG PEGANG JAWATAN TERTINGGI TU KETURUNAN RAJA JANGAN HARAP LE SUKAN MALAYSIA AKAN BERUBAH.MENJAHANAMKAN LAGI SUKAN MALAYSIA AKU SETUJU BEBENORR

Miss Vee berkata...

OMG … What The Hell ??
KLIK HERE !!

mansor berkata...

bukan susah lepas ni bagi 30 cukup la buat JDT, presidennya kalau nak beli sendiri la....anak raja melayu goitu la...bodohnya melalyu la daulat sangat kat raja yang tak ada apa2 daulat...

Tanpa Nama berkata...

Anak raja yg johor ni bodoh sikit. ada niat mau jadi presiden FAM...tapi boleh lah....sbb FAM pun bodoh gak..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...