17 Oktober 2014

PANAS! TMJ TENDANG TIANG BENDERA KERANA SERONOK SAKAN... KALAU KALAH TEDANG SAPA PULAK? -VIDEO








 Video TMJ Selepas Perlawanan JDT VS Terengganu Yang HOT!!!

JOHOR BAHARU – Tindakan Tengku Mahkota Johor (TMJ) Tunku Ismail Sultan Ibrahim menyepak tiang sudut selepas perlawanan antara Johor Darul Ta’zim (JDT) menentang Terengganu di Stadium Tan Sri Hassan Yunos, Larkin, di sini malam tadi viral di media sosial.

Tindakan spontan yang mungkin berpunca dari rasa gembira dan melepaskan geram itu berjaya dirakam kemera dan perbuatan baginda terus viral tidak beberapa lama selepas itu.

Tindakan Tunku Ismail mendapat pelbagai komen di Facebook di mana ada di antara pengguna bertanya apa yang mungkin disepak TMJ andai pasukan baginda tewas malam tadi.

Sementara itu, Bernama melaporkan JDT mara ke saingan separuh akhir Piala Malaysia selepas menewaskan Terengganu 3-1 pada perlawanan suku akhir kedua berkenaan.

JDT mara ke separuh separuh akhir dengan agregat 3-1 selepas seri tanpa jaringan pada aksi suku akhir pertama.

JDT akan menentang Felda United pada saingan separuh akhir pertama di Stadium Majlis Perbandaran Selayang pada 20 Okt ini diiikuti perlawanan separuh akhir kedua di sini, pada 25 Okt ini.

Pada perlawanan malam ini, pemain kebangsaan, Safiq Rahim muncul wira pasukan JDT apabila menjaringkan dua gol manakala satu gol daripada pemain import, Luciano Gabriel Figueroa.

JDT memulakan aksi dengan rentak agresif apabila melancarkan serangan bertali arus ke kubu Terengganu.

Namun, jaringan pertama skuad Harimau Selatan hadir pada minit ke-15 selepas Mohd Nazrin Mohd Nawi membuat hantaran lintang sebelum Safiq menanduk masuk, menewaskan penjaga gol Mohd Sharbinee Allawee.

Figueroa menambah jaringan buat pasukan tuan rumah pada minit ke-21 selepas menerima hantaran cantik Mohd Amri Yahyah.

Bagaimanapun, skuad Penyu bangkit pada separuh masa kedua dengan persembahan lebih bertenaga serta melakukan beberapa gerakan menarik.

Akibat kecuaian benteng pertahanan JDT, skuad bimbingan Abd Rahman Ibrahim akhirnya berjaya merapatkan kedudukan pada minit ke-60 hasil gerakan solo Mohd Ashari Samsudin.

Bagaimanapun, Safiq mengesahkan laluan JDT ke separuh akhir dengan jaringan pada minit ke-74, hasil hantaran Mohd Amri.

8 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

tak matang btol dan memalukan.

JDT ni berlagak dan cari musuh je lebih.

Unknown berkata...

ni la melayu..cemburu dgn kjayaan org melayu..

hafeeztheroyal berkata...

Imbrahimovic konon...hahaha

Tanpa Nama berkata...

Tak cemburu lah...menyampah je

Tanpa Nama berkata...

Sma la tu..mnympah bila tgok mlayu lain brjaya..

Tanpa Nama berkata...

Kalau org lain berjaya sbb hasil usaha sendiri, it's called 'envy', and even 'respect' and 'inspiring'.

Kalau hidup senang dan kaya raya sbb lahir dalam keluarga raja dan bangsawan, ni tahun 2014 lah beb, takder nyer org biasa nak cemburu. The right word is 'disgusted'.

Tanpa Nama berkata...

Memalukan...

Tanpa Nama berkata...

tukar nama Tunku Ismailmovic ibni Sultan Ibrahimovic

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...