18 Oktober 2014

GAWAT EKONOMI 1998 AKAN BERULANG? BERSEDIALAH......


Ekonomi-ekonomi utama dunia mula tersadung, bagaimana pula dengan Malaysia?

Sekarang setelah Bajet 2015 diumumkan oleh Perdana Menteri merangkap Menteri Kewangan, Datuk Seri Najib Tun Razak pada 10 Oktober, adakah semuanya kembali berjalan seperti biasa bagi rakyat Malaysia?

Sewaktu rakyat Malaysia memulakan minggu mereka tanpa memiliki banyak harapan, kecuali bagi mereka yang terlibat dalam projek-projek jalan raya mega bernilai berbilion ringgit, ada baiknya rakyat bersedia menghadapi era yang sangat menyempitkan.

Ini bermakna rakyat Malaysia perlu menyimpan untuk hari hujan, atau mungkin hari ribut.


Walaupun Bajet 2015 tidak melakukan apa-apa untuk menyelesaikan masalah ekonomi dan kewangan rakyat Malaysia, ia juga bukan masalah terbesar mereka.


Keadaan ekonomi negara-negara luar yang akan menggoncangkan dunia dan Malaysia.


Laporan yang datang dari Reuters di London membimbangkan pelabur-pelabur global.


Dan berita yang memurungkan ini adalah mengenai ketidaktentuan ekonomi dan kewangan di Amerika Syarikat, Jerman dan China. Eksport Malaysia dijangka terjejas oleh mana-mana kelembapan dari tiga negara ini.

Yang terbaik yang boleh dilakukan rakyat Malaysia kini, adalah berhati-hati dan berbelanja dengan berhemat supaya dapat menyimpan untuk masa depan.

Reuters melaporkan bahawa ekonomi China, yang kedua terbesar di dunia, mendapat tumpuan pada minggu ini dengan sejumlah data yang seharusnya menunjukkan kejayaan Beijing dalam menyokong pertumbuhan.

Ia mungkin lebih penting daripada biasa, memandangkan Rizab Persekutuan AS telah mengambil langkah berhati-hati yang mengejutkan melibatkan ekonomi AS dan gergasi zon euro Jerman, yang goyah secara tiba-tiba.

Ekonomi dunia mungkin tidak berada di ambang kejatuhan ke dalam kemelesetan kembali, tetapi ianya tidak juga memberangsangkan.

Sebagai contoh, Tabung Kewangan Antarabangsa telah mengurangkan jangkaan pertumbuhan bagi tahun ini dan seterusnya di Eropah, Jepun dan China, antara lain.

Sejak April, Beijing telah mengambil langkah-langkah untuk mengekalkan pertumbuhan, termasuk memotong keperluan rizab bagi bank-bank terpilih, dan mempercepatkan pembinaan landasan kereta api dan perumahan awam.

Beberapa data dari China minggu ini – inflasi, perdagangan, kredit bank, bekalan wang dan rizab FX – akan membuka jalan bagi perangkaan keluaran dalam negara kasar suku ketiga pada 21 Oktober.

Pertumbuhan KDNK (Keluaran Dalam Negara Kasar) tahunan mara sedikit kepada 7.5 peratus pada suku kedua daripada 7.4 peratus dalam tempoh tiga bulan sebelumnya, tetapi ekonomi itu menguncup menjelang suku ketiga sewaktu pasaran hartanah kembali perlahan.

Penganalisis di UBS menjangkakan gambaran bercampur-campur, dengan perangkaan eksport yang lebih baik diimbangi oleh statistik import yang lemah, inflasi yang lebih sederhana dan pertumbuhan kredit yang sederhana perlahan.

Ini menunjukkan permintaan domestik yang berterusan menguncup, dengan KDNK tahun ke tahun agak perlahan. UBS menjangkakan pertumbuhan sebanyak 7.1 peratus, sementara HSBC menjangkakan 7.3 peratus.

Kedua-dua data ini akan mengisyaratkan perkembangan tahun ke tahun paling perlahan di China, sejak suku pertama 2009 dan suku tahun keempat tahun 2001.

“Memandangkan risiko kelemahan pertumbuhan dan tanda-tanda yang jelas jurang keluaran negatif, kami menjangkakan lebih banyak langkah-langkah pengurangan dalam bulan-bulan mendatang bagi menstabilkan pertumbuhan. Ini boleh jadi dalam bentuk dasar-dasar kewangan, dan juga fiskal dan membantu menstabilkan aktiviti-aktiviti ekonomi dalam bulan-bulan mendatang," kata ahli-ahli ekonomi di HSBC.

Jika China sedang mencari destinasi perkembangan untuk eksportnya, ia mungkin boleh melangkau zon euro.

Sedang ia bergelut dengan ketiadaan pertumbuhan dan inflasi yang minimum, blok mata wang dengan 18 anggota itu baru-baru ini diancam bahaya baru apabila enjin utama ekonominya, Jerman, tersengguk.

Minggu lepas, pengeluaran data menunjukkan titik paling curam sejak lebih daripada lima tahun, manakala sektor eksport negara itu yang dominan merudum.

Lebih banyak berita buruk dijangka lewat hari ini (14 Oktober) apabila kumpulan penyelidikan, ZEW mengeluarkan kajian sentimen ekonominya.

Ia telah jatuh setiap bulan sejak Disember apabila indeks itu – yang terutamanya menunjukkan haluan – berada pada tahp 62 62. Kaji selidik Reuters mencadangkan yang bilangan terkini hanyalah 3.

"Statistik industri dan perdagangan yang kita perolehi seminggu atau dua di Jerman baru-baru ini adalah cukup buruk," jelas James Knightley, pakar ekonomi kanan di ING, kepada pelanggan.

"Ia menyerlahkan kebimbangan bahawa ekonomi Jerman sedang perlahan dengan agak ketara, dan bahawa zon euro secara keseluruhannya mungkin mengalami pengecutan."

Ketua Bank Pusat Eropah, Mario Draghi akan bercakap pada pertengahan minggu ini, dan mungkin mengulangi seruan beliau supaya negara-negara yang mempunyai lebihan bajet meningkatkan perbelanjaan, bagi merangsang ekonomi zon euro. Beliau maksudkan Jerman.

Pembuat-pembuat dasar Rizab Persekutuan sementara itu akan bertindak, dengan Janet Yellen akan mempengerusikan bank pusat AS, bercakap di Boston pada hari Jumaat (17 Oktober).

Dengan Rizab Persekutuan bersedia untuk menamatkan program pembelian bonnya dengan wang baru pada mesyuarat penetapan kadar faedah seterusnya pada 18-19 Oktober, perhatian akan diberikan kepada sebarang petunjuk mengenai arah kadar faedah.

Ini terutamanya akan berlaku selepas mesej yang bercanggah pada minggu lalu, mengenai apa yang diharapkan dan penerbitan minit mesyuarat terbaru yang agak senyap.

Naib pengerusi Rizab Persekutuan, Stanley Fischer berkata pasaran-pasaran kewangan telah meramal dengan "agak" tepat bahawa kenaikan akan berlaku pada pertengahan tahun depan. Tetapi presiden St Louis Fed James Bullard berkata pelabur-pelabur dan bank pusat memiliki pandangan berbeza mengenai tahap kadar faedah pada penghujung tahun 2015.

Apabila ekonomi-ekonomi utama global mula tersadung, negara-negara lain yang lebih kecil seperti Malaysia secara semula jadinya juga perlu berhati-hati, mengambil langkah-langkah berjaga-jaga untuk bersedia bagi rakyat dan negara.

Adakah Bajet 2015 kelihatan seperti ia sedang mempersiapkan kesejahteraan rakyat Malaysia, atau pembina-pembina jalan?

- See more at: http://bm.theantdaily.com/Terkini/Ekonomi-ekonomi-utama-dunia-mula-tersadung-bagaimana-pula-dengan-Malaysia#sthash.s9acyPg4.dpuf

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...