25 November 2014

SUBSIDI MINYAK : KHAIRY VS RAFIZI.....

Pautan kekal imej terbenam

Pautan kekal imej terbenam

INI JAWAPAN DARI RAKYAT UNTUK MENTERI MEE SEGERA.......

PR hanya pandai putarbelit dan kelirukan rakyat tentang harga minyak..harga yg didakwa murah..adalah harga minyak mentah dan blm ditapis..kata budak tingkat 4..Menteri Sukan Merosot Msia...

Pada Kj..jgn nak samakan rakyat dgn penyokong Umno yg banggang..!! ketika petrol bersubsidi yang telah diproses dan DITAPIS ditetapkan pada RM2.30 dgn subsidi 25 sen ditanggung kjaan..Harga minyak dunia mentah Brent adalah USD118 - USD120 per barrel.. jadi kos RON 95 adalah RM2.55 ....kini minyak mentah turun USD78.00 perbarrel ..penurunan sebanyak USD42.00 per barrel..!! Dimana logiknya jika harga RON 95 dicadangkan pada RM2.27 perliter turun RM.003 sen sedangkan minyak mentah turun USD42.00 perbarrel...ke duit Msia lebih besar nilainya dari US Dollar..?? Kepentingan sapa yg diutamakan. Rakyat atau Syarikat Minyak dan Tokay Stesen Minyak yg dapat untung berganda ganda...rakyat 3 sen saja !!!
~RMS


Pautan kekal imej terbenam


Pautan kekal imej terbenam

Pautan kekal imej terbenam



Subsidi: Jawapan Khairy dedah BN memangsakan rakyat





KUALA LUMPUR: Rafizi Ramli mengalu-alukan jawapan Khairy Jamaluddin berhubung penghapusan subsidi minyak kerana ia mendedahkan bagaimana Barisan Nasional terus memangsakan rakyat.

Beliau dimaklumkan akan reaksi Ketua Pemuda Umno itu terhadap tindakan menghapuskan subsidi oleh Barisan Nasional dengan menempelak kritikan di media sosial.

"Beliau menjawab dengan menunjukkan bagaimana harga akan ditentukan di bawah sistem apungan harga terkawal (managed float system) di laman Twitter," ujarnya dalam satu kenyataan.

Baginya, jawapan itu mendedahkan bagaimana Barisan Nasional terus memangsakan rakyat tetapi membela syarikat-syarikat besar.

katanya, kenetapan harga petrol dan diesel telah lama dibuat melalui sistem Penetapan Harga Automatik (Automatic Pricing Mechanism) yang mengikut formula berikut (iaitu yang ditunjukkan oleh Khairy Jamaluddin):

1. Kos petrol dan diesel ditetapkan melalui harga rujukan menggunakan harga yang dikumpul oleh Platts melalui satu indeks yang dipanggil Means of Platts Singapore (MOPS). Harga ini adalah harga purata petrol dan diesel yang diperdagangkan melalui Singapura (dan bukannya harga minyak mentah). Kos ini telah termasuk kos dan keuntungan syarikat minyak yang mengendalikan loji penapisan kerana MOPS menentukan harga petrol dan diesel yang telah siap diproses.

2. Ditambah: “alpha” atau bayaran pampanan kepada syarikat minyak sebanyak 5 sen (petrol) dan 4 sen (diesel) untuk melindungi mereka dari turun naik kos petrol dan diesel di pasaran

3. Ditambah: “kos operasi” yang dibayar untuk menampung kos pengangkutan, agihan dan pemasaran yang ditanggung oleh syarikat minyak

4. Ditambah: “keuntungan syarikat minyak” sebanyak 5 sen (petrol) dan 2.25 sen (diesel)

5. Ditambah: “keuntungan stesen minyak” sebanyak 12.19 (petrol) dan 7 sen (diesel)

Rafizi berkata, ini bermakna sementara rakyat terpaksa berdepan dengan risiko turun naik harga petrol dan diesel di pasaran dunia ekoran kenaikan harga minyak mentah dunia, Barisan Nasional meneruskan kaedah menjamin keuntungan syarikat-syarikat minyak melalui formula yang di atas.

Tambahnya, segala kos syarikat minyak – dari kos memproses minyak mentah menjadi petrol dan diesel (dengan merujuk kepada harga rujukan MOPS) sehinggalah ke kos pengangkutan, edaran dan pemasaran – dijamin dan dibayar balik kepada syarikat minyak.

Lebih dari itu, ujarnya Barisan Nasional juga menjamin keuntungan kepada syarikat minyak dan pemilik stesen minyak.

Sebelum ini, katanya rakyat mendapat subsidi yang mengimbangkan jaminan keuntungan yang diberikan kepada syarikat-syarikat minyak.

Menurutnya, dengan penghapusan subsidi, rakyat terpaksa menanggung bukan sahaja kenaikan kos petrol dan diesel, malah keuntungan syarikat-syarikat minyak yang dijamin oleh Barisan Nasional.

Sebab itu beliau terus menegaskan bahawa subsidi itu adalah satu tanggungjawab sosial dan moral yang perlu Kerajaan Persekutuan tanggung kerana sistem yang sedia ada memunggahkan kekayaan kepada syarikat besar dan memangsakan rakyat.

"Saya berminat untuk mendapat jawapan lanjut dari Ketua Pemuda Umno sama ada tindakan beliau mempertahankan formula apungan harga yang menjamin keuntungan syarikat minyak ini bermakna beliau lebih mementingkan syarikat-syarikat besar berbanding kepayahan rakyat kebiasaan?" ujarnya lagi. - HD

4 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Sorang lagi Menteri UMNO yg bodoh dan tolol. Dia ingat dia dari Harvard dia pandai tapi bodoh gak rupanye..sijil beli kot..

Tanpa Nama berkata...

"Harga minyak dunia mentah Brent adalah USD118 - USD120 per barrel.. jadi kos RON 95 adalah RM2.55 ....kini minyak mentah turun USD78.00 perbarrel ..penurunan sebanyak USD42.00 per barrel..!! Dimana logiknya jika harga RON 95 dicadangkan pada RM2.27 perliter turun RM.003 sen sedangkan minyak mentah turun USD42.00 perbarrel"

Logiknya ialah pada kos operasi. Kau ingat kos operasi ni tetap ke? Kos operasi juga telah meningkat. Jadi kalau harga minyak mentah turun USD42.00 jangan expect RON95 akan turun USD42.00 juga!

Tanpa Nama berkata...

Sah dan tepat tanggapan mengatakan kj tidaklah sebijak yang disangka. Macam indah khabar dari rupa. Ada juga yang meramalkan kj mampu pergi jauh sehingga menjawat jawatan PM tapi mintak maaf le kj bukanlah orangnya. Orang cerdik, bijak, mempunyai nilai moral dan menghayati agama tidak akan menyertai UMNO. Itu logik akal dan itu syarat untuk menentukan kecerdikan seseorang. Orang bijak tidak akan berkompromi dengan gejala rasuah. Orang pandai mesti tahu membezakan di antara rasuah dan komisen atau wang saguhati. Orang yang mempunyai nilai moral akan menjauhi golongan yang merelakan PKFZ, NFC dan orang yag menghayati agama sudah pasti meninggalkan parti yang sentiasa bergelumang dengan skandal. Jadi bijak ke kj, pandai ke kj....saya rasa jauh panggang dari api.

Tanpa Nama berkata...

kepada tanpa nama 12.47 ptg jika harga minyak dunia turun mana mungkin kos pengeluaran akan naik mustahil ini akan mengakibat kan syarikat minyak akan kerugian dan mungkin pengeluaran akan terhenti kerana menanggung rugi.USD42 tu banyak lebih dari separuh dari harga asal minyak mentah sekarang persoalan nya kenapa harga yang nak diturunkan hanya 3sen sahaja.gunakan akal yang dianugerah oleh allah utk berfikir.jangan main hentam sahaja.kalau tak tahu jangan masuk dampur.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...