28 November 2014

AWAS! KOPI RADIX TIRUAN DIRAMPAS



KPDNKK rampas kopi Radix tiruan



KANGAR: Unit Penguatkuasaan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) Perlis merampas 176 papan kopi jenama Radix tiruan dalam satu operasi di negeri ini semalam.

Ketua Seksyen Penguatkuasa KPDNKK Negeri, Jamal Nor Ahmad Harun berkata pemeriksaan terhadap empat premis perniagaan antara 11 pagi hingga 1.30 tengah hari itu menghasilkan rampasan bernilai RM3,520.

Katanya operasi itu dibuat setelah KPDNKK Perlis menerima aduan syarikat HPA Industries Sdn Bhd (HPA), pengeluar kopi Radix, yang mengesyaki terdapat kopi Radix tiruan dalam pasaran di negeri ini.

Sebanyak 15 anggota penguat kuasa menyertai operasi itu di sekitar bandar Kangar dan pekan Simpang Empat, dekat sini diiringi beberapa pegawai syarikat itu yang diketuai Pengurus Kilang A. Zakaria Abu Bakar untuk membantu mengenal pasti kopi Radix tiruan.

Kopi Radix yang dirampas itu dihantar ke Jabatan Kimia untuk ujian kandungan, kata Jamal Nor kepada pemberita di sini hari ini. -Bernama

2 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

kopi mahkota dewa pon ada yg tiruan..sila buat pantauan..

Tanpa Nama berkata...

masalah kopi radix tiruan ni dh bertahun x selesai jga

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...