23 Oktober 2014

CheguBard Ada Bukti Panas,'permainan kotor' Azmin Ali melobi diri sendiri untuk menjadi Menteri Besar (MB) Selangor.


Ada bukti Azmin rakus lobi jawatan MB - CheguBard



CheguBard (tengah) bersama-sama ahli PKR yang menyokongnya pada sidang media di Kuala Lumpur pada 23 Oktober 2014.

CheguBard dakwa ada bukti 'permainan kotor' Azmin Ali melobi diri sendiri untuk menjadi Menteri Besar (MB) Selangor.


Terbaru, ahli PKR yang digantung itu berkata, dia ada bukti akuan bersumpah (SD) lima ADUN Selangor yang menarik balik sokongan kepada Presiden PKR, Datin Seri Wan Azizah Wan Ismail.

Bagaimanapun beliau enggan mendedahkan kelima-lima ADUN tersebut tetapi meminta siapa yang makan cili itu sendiri membuat penjelasan.

"Terbaru saya telah dimaklumkan mengenai lima ADUN (2 DAP, 3 PKR) selepas mengikrarkan sokongan kepada Wan Azizah telah membuat satu SD berbeza.

"Masing-masing menarik sokongan ke atas Wan Azizah dam kononnya taat setia dengan pilihan siapa sahaja oleh Sultan Selangor. Maka muncul persoalan, siapa yang berusaha menyediakan SD yang dilihat seragam format dan ayatnya? Adakah ini termasuk dalam usaha lobi Azmin untuk menjadi MB?," ujarnya dalam sidang media di sini petang tadi.

CheguBard atau nama sebenarnya Badrul Hisham Shaharin mendakwa kenyataannya sebelum ini jelas membuktikan Azmin telah melanggar disiplin parti dengan tidak mematuhi arahan parti yang menamakan Wan Azizah sebagai calon tunggal sebagai MB Selangor.

"Kerana usaha lobinya beliau tidak peduli memalukan Presiden parti sendiri sehingga Datuk Seria Anwar Ibrahim sendiri digelar pengkhianat dan penderhaka.

"Jelas Pas menghantar tiga nama tidak ada nama Azmin dan DAP serta PKR hantar satu nama jelas bukan Azmin. Siapa yang hantar nama Azmin kalau bukan dia melobi diri sendiri?

"Ini bukan pelik kerana selepas PRU 2008 ketika PR setuju satu nama sebagai calon MB, dia (Azmin) menghantar nama sendiri ke Istana melalui Badan Perhubungan PKR Selangor.

"Itulah yang dimaksudkan oleh bekas MB, Tan Sri Khalid Ibrahim, semasa PRU 2008 ada dua nama diberi kepada Sultan Selangor," katanya.

Jika benar, katanya, istana tidak boleh dipersalahkan kerana yang bersalah ialah PKR kerana mempunyai seorang timbalan presiden yang tidak berdisiplin, tidak mampu bergerak mengikut organisasi dengan mempertahankan keputusan bersama hanya kerana rakus dan tamak dalam mengejar cita-cita peribadi.

Dalam pada itu, CheguBard juga mempersoalkan tindakan Jawatankuasa Disiplin PKR yang didakwa ada dua pertimbangan berbeza melibatkan tindakan kepada ahli.

"Jika PKR mampu deal dengan pemimpin tidak berdisiplin dan tidak ikut arahan parti, mengapa PKR perlu memecat Khalid Ibrahim atas alasan tidak mengikut arahan parti? Adakah PKR ada dua set undang-undang berbeza, satu untuk ahli biasa dan satu untuk mereka yang istimewa?," soalnya.



Orang kuat NGO, Solidariti Anak Anak Muda Malaysia itu juga mahu ADUN Sri Andalas, Dr. Xavier yang dahulunya menafikan dia menandatangani SD tidak sokong sokong Wan Azizah sehingga mahu keluar parti supaya tampil dengan bukti sokongan.

"Dia (Xavier) menafikannya. Jika ya, buktikan. Balai polis mana? Nombor aduan berapa? Kalau betul SD itu palsu, dia sebagai Naib Presiden PKR sudah tentu perlu tampil menafikannya," tegasnya.--MalaysiaGazette



Pembunuhan politik oleh kartel Azmin jika Anwar dipenjara


Menteri Besar Selangor, Azmin Ali hanya menunggu saat Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim dipenjara untuk merampas pucuk pimpinan parti.

Aktivis PKR yang kini digantung parti, CheguBard mendakwa Azmin sudah bersedia untuk itu termasuk menyediakan kader-kadernya dipelbagai jawatan parti wakil di negeri-negeri.

Beliau mendakwa jika ia berlaku, CheguBard tidak menolak kemungkinan berlaku 'pembunuhan politik' beramai-ramai dalam PKR oleh kartel yang diketuai Azmin.

"Bukanlah rahsia Timbalan Presiden PKR (Azmin) sedang memperkukuhkan kedudukan bagi mengambil alih parti dan hanya menanti keputusan kes memenjarakan Anwar.

"Orang-orangnya disusun dari peringkat tinggi hingga ke peringkat cabang. Ramai dalam parti sudah sedar bagaimana dia menyasarkan kerusi presiden dalam pemilihan lepas dan hanya berundur setelah Anwar sendiri turut menghantar borang pencalonan.

"Bayangkan jika keputusan membebaskan Anwar maka ia seolah-olah anti klimaks kepada kartel Azmin ini," ujarnya pada sidang media di sini petang tadi.

CheguBard atau nama sebenarnya Badrul Hisham Shaharin merupakan ahli yang digantung oleh Jawatankuasa Disiplin PKR itu ditemani beberapa ahli PKR yang menyokongnya hari ini.

Menurutnya, 'pembubuhan' beramai-ramai itu tidak mustahil dilakukan Azmin sekiranya dilihat pada kelicikannya melobi jawatan Menteri Besar Selangor sehingga meminggirkan Presiden PKR, Datin Seri Wan Azizah Wan Ismail.

Jika berlaku disebaliknya dimana Anwar tidak dipenjara, CheguBard dalam analisis politiknya meramalkan akan berlaku pertembungan antara kelompok Azmin dan Anwar dalam PKR.

Kesan kes Anwar kepada Barisan Nasional (BN) pula, CheguBard melihat jika Ketua Umum PKR itu tidak dipenjara, ia akan memberi kelebihan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

"Dari sudut parti politik UMNO itu sendiri, Najib memmerlukan Anwar di luar penjara. Bukan rahsia kelompok yang kecewa dengan Najib dalam UMNO dan BN dan bukan sedikit jumlahnya namun mereka tidak menyerang Najib secara terbuka kerana bimbang kestabilan parti kerana musuh utama mereka, Anwar masih ada," katanya.

Jika Anwar dipenjara, musuh utama BN sudah hilang dan golongan yang kecewa dengan Najib akan bergabung menentangnya.

Kesimpulannya, Najib selesa dan selamat jika Anwar di luar, katanya.

Mengenai Tun Mahathir Mohamad yang mengkritik Najib, CheguBard yakin bekas PM itu seperti harimau yang dicabut misai - hanya mengaum sekali sekala namun senyap selepas dibelai.

Lagi pun, anak Mahathir, Datuk Seri Mukhriz sudah diberi jawatan MB Kedah dan Mahathir sendiri diberi kerusi nombor satudalam Proton.

"Jawapannya, Najib bukan Pak Lah yang dikuasai kelompok anak muda diketuai Khairy Jamaluddin yang tidak memahami seni politik ketika itu," katanya.--MalaysiaGazette

3 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Apa cerita ni tak hbs2 lg bedendam sampai bila...?

Bosan la berkata...

Dah2 la chekgu Bad, serabut perut aku dengan ko. Kalau dia lobi sekali pun, memang dia layak. Kalau dia tak layak sekali pun, jawatan MB tu bukan jadi jawatan monarki utk diserah pula kpd Azwan Ali. Izinkan dia mentadbir, bantu dia dengan cara menegur kalau dia salah, sokong dia kalau dia betul. Jangan sampai, tidur kamu pun tidak lena hanya kerana dendam kamu pada dia.

Tanpa Nama berkata...

yo boto.azmin tu rajo yg pilih dio.respek lah skit bro.cikgu apo ni.banggang....

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...