24 Oktober 2014

Jangan Gelak, Tandas paling selamat jika berlaku puting beliung



Beberapa tempat termasuk di Kedah, Selangor dan Sarawak kebelakangan ini dikejutkan dengan kejadian puting beliung.

Ramai orang bagaimanapun tidak tahu apa yang perlu dilakukan ketika berdepan puting beliung sama ada jenis land spout atau water spout.

Pakar Jabatan Meteorologi, Dr. Mohd. Hisham Mohd. Anip berkata, pemandu yang berdepan land spout seharusnya mengelak angin tersebut seterusnya meninggalkan kereta dan mencari pelindungan dalam bangunan yang kukuh.

Persoalan yang timbul ialah tempat manakah yang paling sesuai untuk berlindung jika berlaku puting beliung?

Menurut Mohd. Hisham, ruang berbatu tanpa tingkap merupakan tempat perlindungan yang paling selamat sementara struktur berkayu perlu dielakkan.

Katanya lagi, memandangkan tandas biasanya hanya mempunyai satu tingkap yang kecil, maka ia merupakan tempat berlindung yang amat sesuai di Malaysia.

"Penduduk di Amerika Syarikat biasanya akan berlindung di bilik bawah tanah. Keadaan angin di Malaysia adalah lebih lemah, maka ia adalah memadai untuk berlindung dalam ruang yang tidak bertingkap.

"Tandas merupakan tempat yang paling selamat dalam rumah jika berlaku puting beliung," katanya kepada Sinchew Daily.

Tambahnya, puting beliung biasanya berlaku di kawasan yang terbentang luas dan jarang berlaku dalam kawasan bandar yang penuh dengan bangunan tinggi.

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...