15 September 2014

WAJAH SUSPEK SOALAN BOCOR TERDEDAH!!!

Guru besar antara 4 ditahan mengikut OSA kebocoran kertas UPSR

Empat suspek ditahan semalam dengan kaitan kebocoran kertas soalan UPSR dan akan dibawa ke Mahkamah Tinggi di Putrajaya hari ini.


Polis menerima empat hari perintah reman terhadap empat individu, termasuk guru besar sebuah sekolah di Pulau Pinang yang kini disiasat mengikut Akta Rahsia Rasmi berhubung kebocoran kertas soalan Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR).

Suspek lain adalah dua guru dari Pulau Pinang dan seorang ejen insurans dari Kuala Lumpur.

Perintah reman itu dikeluarkan selepas polis membawa suspek berusia lingkungan 30-an hingga 50-an di hadapan Majistret Nur Dahlia Azmi di Putrajaya hari ini.


Peguam mereka Ester Tan Siew Choo berkata, polis memohon permit selama tujuh hari, namun majistret hanya memberikan empat hari. ~TMI





Guru besar ditahan reman- HMetro

Oleh Fuad Hadinata Yaacob dan Kalidevi Mogan Kumarappa

Putrajaya: Seorang guru besar, dua cikgu dan seorang ejen insurans ditahan reman selama empat hari bermula hari ini, bagi membantu siasatan kes kebocoran soalan Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) 2014.

Perintah tahanan reman itu dikeluarkan oleh Majistret Nur Dahlia Azmi di sini, hari ini ke atas guru besar dan dua guru berusia 30 hingga 54 tahun dari Pulau Pinang serta ejen insurans berumur 31 tahun dari Kuala Lumpur.

Keempat-empat suspek yang diiringi polis tiba di mahkamah pada jam 10.20 pagi dengan berpakaian lokap itu, disiasat mengikut Seksyen 8(1) Akta Rahsia Rasmi 1972 dan kini ditahan di Ibu Pejabat Polis Daerah Putrajaya.

Sementara itu, Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur Senior Asisten Komisioner Gan Kong Meng berkata, keempat-empat tahanan reman itu adalah antara enam individu termasuk lima guru yang ditahan polis semalam, bagi membantu siasatan kes kebocoran soalan kertas Science dan Bahasa Inggeris UPSR.


EMPAT individu yang ditahan reman bagi membantu siasatan kes kebocoran soalan UPSR 2014 dibawa ke kamar Mahkamah Majistret Putrajaya.

Beliau berkata, daripada enam tangkapan itu, tiga guru ditahan di Pulau Pinang dan masing-masing seorang guru di Parit Buntar, Perak serta Kuala Ketil, Kedah.

Manakala seorang agen insurans berusia 31 tahun ditangkap di Sentul, Kuala Lumpur.

Gan berkata, dua daripada guru terbabit sudah dibebaskan dengan jaminan polis, malam tadi.

Menurutnya, sehingga kini polis juga sudah merakam percakapan 12 indiviu membabitkan enam pegawai Lembaga Peperiksaan (LPM), lima guru dan seorang wartawan selain merampas gajet komunikasi untuk siasatan lanjut.

Kertas peperiksaan Bahasa Inggeris 014/1 dan 014/2 dibatalkan selepas murid menduduki peperiksaan itu pada Khamis lalu manakala kertas peperiksaan Sains 018, 028 dan 038 turut ditangguhkan sebelum mereka mengambilnya pada hari berkenaan.

LPM menetapkan 30 September ini sebagai tarikh baru bagi peperiksaan kedua-dua kertas itu.

Susulan kes kebocoran itu, Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin mengumumkan Pengarah LPM Dr Na'imah Ishak dan Timbalan Pengarah Operasi badan itu Dr Wan Ilias Wan Salleh digantung tugas berkuat kuasa serta-merta sehingga siasatan mengenai kebocoran kertas-kertas peperiksaan itu selesai.

3 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Sebenarnya paparan gambar saspek dalam media massa adalah bertentangan dengan Hak Asasi Manusia dan Etika Media Massa. Juga satu tindakan tidak bertanggungjawab.Yang ditangkap belum dibukitikan bersalah. Mereka masih disoal siasat. Apa pula akan berlaku jika di hujung soal siasat didapati mereka tidak bersalah dan dibebaskan. Bolehkah anda mengemalikan reputasi mereka dan keluarganya dalam masyarakat.Sebenarnya mangsa ada hak untuk mengheret anda (MEDIA) ke makamah kerana menjatuhkan maruah mereka dengan niat jahat. Media massa tidak ada hak untuk megaibkan persenality seseorang sesuka hati. Biar Makamah memutuskan siapa dalang sebenarnya. selepas itu media paparlah gambar mereka sebesar besarnya.

Tanpa Nama berkata...

Apa undang2 yang anda pakai. Tajuk adalah suspek. Hak bersuara akhbar pastu ada.

Miss Vee berkata...

This Is What You Really Want !!
Something That Beyond Your Imagination !!
KLIK HERE !!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...