14 September 2014

KERANA PRK PENGKALAN KUBOR KERAJAAN PUSAT SEDIA BERI WANG IHSAN KEPADA MAIK ( KERAJAAN NEGERI )

ADAKAH INI JANJI PILIHANRAYA?

Kerajaan Pusat Setuju Kongsi Wang Ihsan Dengan Kerajaan Kelantan



PENGKALAN KUBOR: Kerajaan Persekutuan bersetuju untuk berkongsi separuh daripada hasil minyak dan gas di negeri itu dengan kerajaan Kelantan bermula tahun hadapan.

Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Seri Mustapa Mohamed berkata, persetujuan tersebut telah dibuat selepas Setiausaha Kerajaan Negeri Datuk Mohd Faudzi Che Mamat mengadakan beberapa pertemuan dan mesyuarat dengan kerajaan Pusat.

"Setelah mendapat cadangan daripada Majlis Agama Islam Kelantan (Maik), kerajaan Pusat bersetuju dan telah diadakan perbincangan, bermula tahun depan wang ihsan akan dibahagi 50-50 di antara Jabatan Pembangunan Persekutuan (JPP) dengan Majlis Agama Islam Kelantan.

"Ini sudah dipersetujui secara prinsip cuma belum ditandatangani lagi, mesyuarat telah diadakan di Kementerian Kewangan dan kita anggap Maik sebagai kerajaan negeri (wakil)," katanya pada sidang media di Pusat Operasi Barisan Nasional (BN) di sini, Ahad.

Mustafa berkata, persetujuan ini menunjukkan kerajaan Pusat yang sebelum ini menyalurkan semua wang ihsannya melalui JPP bersikap terbuka dan bersedia berkerjasama dengan kerajaan negeri dalam apa jua masalah.




Katanya, kerajaan negeri dan Menteri Besar Datuk Ahmad Yakob sepatutnya telah dimaklumkan tentang persetujuan pembahagian wang ihsan ini.~mstar




ULASAN TG Nik Aziz: Tak beri royalti berdosa dunia akhirat
Mursyidul Am PAS Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat menyifatkan, mereka yang tidak memberi wang royalti kepada Kelantan sebagai berdosa di dunia dan akhirat.
Malah, bekas menteri besar itu berkata, beliau turut mempersoalkan penubuhan Jabatan Pembangunan Persekutuan (JPP) berhubung pemberian wang ihsan di negeri itu.
"Royalti hak Kelantan. Kenapa negeri lain boleh, Sarawak boleh (dapat) royalti, Sabah boleh (dapat) royalti, Terengganu boleh (dapat) royalti. Kenapa Kelantan tak boleh. Berdosa dunia akhirat. Dia (kerajaan) mesti beri.
"Saya nak soal, kenapa Kelantan sahaja yang ada JPP? Kerana apa? Dia tak percaya dengan pegawai kerajaan ke? Duit bukan beri pada saya tetapi beri pada setiausaha kerajaan (negeri) dan pegawai kewangan kerajaan.
"Kenapa tak beri (wang royalti)? (Ini perbuatan) khianat. Jahat. Tak selamat. Berdosa dunia akhirat. Saya tak izin satu sen pun. Saya tak izin sebagai ketua kerajaan. saya tak izin," katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas berucap di Surau Lama Kampung Geting, Pengakalan Kubor, Kelantan.
Selain itu, ketika ditanya apakah bukti yang mengatakan kerajaan persekutuan berhutang wang royalti kepada kerajaan negeri, Nik Aziz dengan tegas berkata, pembayaran wang tersebut tidak dilakukan secara terus kepada kerajaan negeri.
Sebaliknya beliau berkata, wang tersebut telah diberi kepada pihak lain dan bukan kepada kerajaan negeri.
"Tak bayar pada kerajaan Kelantan. Bayar pada orang lain. Itu bukan bayar. Saya berhutang duit pada saudari, tapi saya bayar pada orang lain, itu bayar ke?
"Fikirlah. Kita manusia ini ada otak. Lembu tak ada otak, kerbau tak ada otak, gajah tak ada otak. Yang ada otak ini manusia. Manusia yang mesti bertanggungjawab di dunia dan akhirat," katanya lagi.

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...