18 September 2014

KENYATAAN TERBUKA UNTUK AZMIN DAN PKR!!!

KENYATAAN TERBUKA
13 September 2014

AZMIN BERHENTILAH MENJADI WATAK BAIK DI DEPAN TETAPI DURI DI BELAKANG

1. Saya che’GuBard atau nama sebenar Badrul Hisham Bin Shaharin anggota seumur hidup PKR dengan nombor keanggotaan N060000001 yang kini digantung kerana membuat laporan dan mendedahkan penyelewengan penipuan pemilihan parti yang terkait dengan YB Azmin Ali. Aktif dalam parti semenjak 1999 (Parti Keadilan Nasional). Saya pernah memegang perbagai jawatan antaranya ialah Ketua Cabang Rembau, Ahli Majlis Pimpinan Pusat, Exco Pemuda / AMK dan banyak lagi yang mana saya menangi secara bertanding.

2. Sebelum mula taklimat media hari ini, saya jawab tuduhan menggunakan media termasuk TV3 dan Utusan yang memang terkenal dengan pusingnya. Apabila ramai anggota bawahan menggunakan media…ini salah parti khususnya Jawatankuasa Disiplin kerana Azmin Ali yang merupakan Timbalan Presiden merangkap Pengerusi Perhubungan PKR sendiri yang mana pada Mei 2013 menggunakan media termasuk Utusan & TV3 untuk menyerang Presiden Parti. Banyak laporan dibuat tetapi sehingga kini tidak ada tindakan. Maka adakah bagi anggota bawah salah guna media tetapi bagi orang atas seperti Azmin ada set undang – undang lain ? Kalau nak ambil tindakan ke atas saya sila ambil tindakan kepada Azmin dahulu.

3. Pemilihan 2014 saya tidak bertanding tetapi saya tetap melawan penipuan kerana prinsip saya ialah di mana sahaja penipuan seperti itu ialah pembunuhan demokrasi maka ia harus dilawan secara terang. Sehingga ini saya tidak pernah menggugurkan desakan saya terhadap tindakan dalam aduan saya kepada parti berkenaan berkara ini.

4. JPP dibawah Yb Datuk Johari Abdul yang begitu lemah sehingga Berjaya dimanipulasi oleh kartel Azmin untuk melakukan penipuan.

5. Tidak perlulah saya mulakan sesi hari ini dengan mengambil semula peristiwa pemecatan Datuk Seri Anwar Ibrahim dari jawatan Timbalan Perdana Menteri yang mana alasan – alasan konspirasi pemecatan tersebut telah dibekalkan oleh keluarga Azmin Ali sendiri yang mendapat akses kepada Anwar sudah tentu kerana wujudnya Azmin di Pejabat Anwar. Sya sendiri tidak setuju mengungkit sedari awal itu kerana saya tidak mahu nafikan serba sedikit sumbangan Azmin terhadap gerakan tetapi juga tidak perlulah dipropagandakan pengorbanan Azmin itu dan ini.

6. Ada bertanya adakah saya marahkan Azmin kerana dia mungkin jadi Menteri Besar ? Rekod saya bertembung dengan Azmin ini sejak awal lagi sejak menyedari kepakaranya ialah menjadi baik dihadapan umum tetapi dialah yang mengucar kacirkan keadaan demi kepentingan dia dan kelompok dia. Watak Azmin ini sejak awal lagi menjadi punca kelemahan parti dan gerakan rakyat.

7. Ketika parti (baca ; rakyat) hampir boleh menumbangkan Bn dia selaku Pengarah Pilihanraya telah menukar hampir kesemua calon ‘favourite’ sama digugurkan atau ditukar kawasan bertanding. Tanyalah semua di peringkat Pimpinan Pusat termasuk Biro Politik, untuk dia memastikan calon – calonnya berjaya ditempatkan dia telah merahsiakan senarai calon malah Anwar Ibrahim sendiri punya masalah dengan akses kepada senarai calon yang terhad. Ini telah menyebabkan keadaan huru hara ssat akhir bila senarai calon bertukar. Bila keadaan kecoh akar umbi dan marah dia telah turun bertemu ramai pihak dengan menyalahkan ia semua kerja Ketua Umum dan inilah senjata yang digunakan ketika pemilihan. Kepada calon yang bertanding dia ‘claim’ dialah yang bersungguh – sungguh letakkan walaupun Anwar tolak, bagi yang kecewa dia sebut dia telah berusaha tetapi Anwar yang tolak. PRU 12 dan PRU 13 menyaksikan kegiatan yang sama berlaku dan menghancurkan harapan rakyat.

8. Di hadapan umum dia bersetuju Datuk Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail sebagai calon MB malah kononya menolak pencalonan tetapi umum perlu mengetahui lobinya untuk menjadi MB secara sulitlah telah menjadi punca kekalutan PKR, PR dan Selangor ini.

9. Memang sejak awal dia impikan jawatan Menteri Besar Selangor, kem dialah yang membakar api dan menyusun sentimen mempertikaikan pentadbiran Menteri Besar.

10. Selepas PRU 13 dia menjaja cerita kononya Anwar telah menjanjikan dia jawatan MB tetapi menipu dan tidak melantik dia. Kekecewaan itu telah menyebabkan dia mula menyerang Ketua Umum, Presiden, PKR dan PR melalui perang saraf yang tersusun sehingga terbuka menyerang melalui media sosial bawah kendalianya.

11. Ketika mood dan momentum rakyat dikemuncak sehingga menyebabkan regim ketakutan, Azmin dan kuncu – kuncunya mencurah air kepada api kebangkitan. Mood melawan penipuan PRU 13 (Blackout 505) diperlekehkan Azmin sendiri. Dia melalui Khalid Jaafar dan rangkaian kecil Sekolah Politik yang diwujudkan telah menjadi agen penyebar masej, jangan buat kerja sia – sia dengan berdemonstrasi. Blackout 505 antara sejarah kebangkitan kesedaran rakyat mendapat perhatian dalam dan luar negara, bukan sedikit terlibat termasuk ditahan dan menderma masa, tenaga dan kewangan. Ia diputuskan peringkat PKR dan PR tetapi Azmin boleh mengeluarkan tweet ditujukan kepada Anwar Ibrahim mengatakan kita hanya menipu dan mempergunakan rakyat malah secara biadap dia menerima penipuan sebagai kemenangan kepada Bn.

12. Dia jugalah yang menggunakan media dan orang – orangnya memulakan serangan peribadi kepada Ketua Umum dan keluarga. Bukan musuh tetapi dia membuat kerja musuh dengan Kartel Azminlah yang mencipta istilah Istana Segambut, Keputusan mesyuarat dalam bilik / dalam kelambu dan Azizah pemimpin remote.

13. Azmin dicabar nafikan

a. Dia hanya menafikan tidak mahu jawatan MB tetapi dia melobi secara hitam dibelakang dan lobinyalah yang menjadi punca masalah besar kini.
b. Konon tak nak jawatan MB tetapi sehingga kini tanpa henti terus menemui secara sendiri atau wakilnya bertemu pimpinan tertinggi PAS mahupun DAP memujuk namanya turut dicalonkan
c. Selepas PRU 13 PR capai muafakat hantar Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim sebagai calon MB tetapi Azmin telah menghantar namanya sendiri ke Istana tanpa pengetahuan pimpinan pusat PKR
d. Azmin perlu menjawab, Azmin yang lobi Datuk Seri Hj Hadi Awang atau sebaliknya untuk Hj. Hadi hantar namanya sendiri. Malah lobi dan usaha tersebut sehingga membawa kepada keadaan membawa 2 – 3 ADUN PKR untuk membentuk kerajaan di Selangor ? Soalnya 2 – 3 ADUN PKR campur dengan jumlah ADUN PAS tidak akan membentuk majoriti kecuali bersama dengan Umno. Maknanya perbincangan Azmin sehingga kepada bergabung dengan Umno. Namun setelah cerita ini diketahui Azmin bertemu dengan DSAI menceritakan semuanya dan kononya Hj. Hadi yang melontar semua idea dan dia hanya dilamar. Inilah antara punca pergeseran dalam PR. Sepatutnya selaku Timbalan dia mainkan peranan penyatu tetapi kerana ketamakan mahu menjadi MB dia telah menjadikan pergeseran tambah jelas.
e. Azmin tidak memberhentikan kartelnya mencipta berita palsu, membocorkan maklumat mesyuarat termasuk yang sulit kepada media. Contohnya melalui beberapa media kartelnya melontarkan konon PKR setuju hantar 3 nama sedangkan itu maklumat tipu, terbaru usaha meraih simpati dimana media melaporkan kononya Azmin akan dipecat jika Sultan menamakan dia sebagai MB. Azmin tidak sedar dia akan mencipta masalah baru antara PKR dan Istana.
f. Selepas ADUN – ADUN menandatangani akuan sumpah menyokong Wan Azizah, dia telah melakukan pertemuan denggan 6 ADUN (diyakini ada pertemuan lain juga) untuk memujuk rayu ADUN tersebut mengalihkan sokongan kepadanya selaku MB.

14. Ketika Ketua Umum, Presiden malah PKR itu sendiri diserang bertubi – tubi oleh media , Umno termasuk beberapa pimpinan parti kawan, Azmin tidak membantu langsung malah terus menambah masalah dengan hanya focus untuk menjadi MB. Kononya dia setia tetapi dialah penghuru hara.

15. Azmin melalui kartelnya sentiasa berusaha menunjukkan PKR sendiri tidak ‘solid’ dalam keputusan calon MB. Terbaru dia telah memecahkan belahkan AMK tanpa mempedulikan Ketua AMK, Kartel Azmin dalam AMK telah mengeluarkan kenyataan memberikan gambaran bukan sekadar PKR tidak ‘solid’ dalam pencalonan MB tetapi turut mencipta persepsi PKR sendiri yang melengahkan penyelesaian krisis MB Selangor dan PKR bersalah kerana menyebabkan kemurkaan Istana. Ia hanya kerana ingin meneruskan lobi mencalonkan Azmin Ali sebagai calon MB.

16. Azmin dan kartelnya secara konsisten memberikan tekanan kepada pimpinan PKR kononya PKR telah memilih jalan salah dan mencipta konfrantasi dengan Istana kerana tidak mengemukakan namanya.

17. Tidak terhenti di situ Azmin sendiri bertemu beberapa individu untuk mendapat akses melobi ke Istana. Akhirnya PKR dilihat lekeh dan tak solid sebab lobi Azmin dan kartelnya ini.

18. Dikesempatan ini selaku anak muda saya memperingatkan PKR, Anwar mungkin atau tak mungkin menjadi PM, kemelut Selangor mungkin atau tidak mungkin selesai mengikut kehendak kita tetapi ia bakal mejadi sejarah adakah parti yang mendabik dada menjaja tema Reformasi ini bakal akur dan tersungkur dengan tekanan dalam mempertahankan asas demokrasi iaitu majority. Tidak timbul soal derhaka dengan menghantar satu nama, Dr. Mahathir sendiri menyatakan dia sendiri hantar satu nama kepada semua Istana ketika dia PM. Pilihlah kita memilih melawan dengan prinsip atau tunduk menyerah dengan desakan kerana kita akan dikenang sejarah.

19. Kesimpulanya ;
a. Azmin selaku Timbalan amat memalukan kerana ketika bertanding antara yang dijaja dan dipropagandakan ialah kesetiaannya tetapi dia kini jelas bukan sahaja dia tidak mempertahankan keputusan parti malah dia sendiri tidak hormat keputusan tersebut
b. Dialah antara punca utama keretakan PR dan Azmin harus ambil tanggungjawab
c. Azmin dicabar mempersembahkan surat ke Istana segera, maklumkan bahawa Azmin tidak akan menerima jika dinamakan sebagai MB dan mempertahankan keputusan parti Wan Azizah sebagai MB. Dalam kebijaksanaan Sultan tentu ia menjadi pertimbangan.
d. Krisis jawatan MB ini harus diselesaikan segera, ya betul rakyat sudah letih tetapi kita juga harus memilih bagaimana harus dikenang dalam sejarah. Konsep dan prinsip Raja Berpelembagaan perlu dipertahankan. Demokrasi dan prinsip asas majoriti perlu didukung tinggi.

20. Buat Anwar Ibrahim, Wan Azizah Wan Ismail, kepimpinan dan seluruh anggota parti inilah yang saya sebut sekian lama tetapi trerus diberikan paying emas buat dia dan kartelnya kini memjadi barah dalam parti. Ramai anak muda dan penyokong diluar sana bosan dan memperlahankan penglibatan dengan parti kerana dia dan kartelnya. Yakin dan percaya dia telah melanggar banyak disiplin parti tetapi kena tindakan disiplin tidak diambil ke atasnya ?

21. Saya kini digantung, tak berbertempoh. Gantung ini tidak akan membunuh semangat juang membetulkan negara tetapi harus membetulkan parti ini dahulu. Gantung ini tidak mematikan saya. PKR rumah perjuangan saya, saya akan terus berjuang disini. Kepada rakyat semua yakinlah parti ini parti muda dengan gagasan pembaharuan yang besar. Ia akan terus diperlukan dan perlu keberanian untuk memperteguhkan prinsip juangnya. Selagi anak muda dalam parti bukan kaki angguk dan ampu kita masih terus memikul harapan pembaharuan negara.

Sekian.

che’GuBard
Anggota seumur hidup
Parti Keadilan Rakyat (keADILan)



SukaSuka · · Kongsi

6 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Bila dah gila jwtan inilah jdnya..,.mencemoh parti sendiri kononnya nak berjuang.,.apa punya prinsip ni....

irfan berkata...

Sebagai org yg lama membantu dgn gerak kerja PKR, ingin saya menyatakan apa yg diperkatakan Chegu Bard adalah tidak memeranjatkan. Mmg selama ini ramai senior activist PKR telah meninggalkan PKR kerana angkara Azmin Ali. Itu fakta.

Tanpa Nama berkata...

Aku harap dswa jd mb..wlau pn dia x segagap tski tp dia calon yg bersih..wlaupn sesetengah pemimpin trtinggi pr kata mcm2 kt dia tp dswa x meroyan x tntu psl malah mngucapkn timakasih lg..ini bisa bikin kepala umno brtambah pening...Bg aku azmin ni ada watak angkuh dn sombong..yg ni umno suka sgt2..

banggoi petai berkata...
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pentadbir blog.
Tanpa Nama berkata...

Hurm hanya tinggal harapan utk ABU
Pas dgn UG nya
Keadilan dgn kecoh dalaman
Malaysia tanah air ku menuju negara muflis

banggoi petai berkata...

Tahniah YB Azmin.... Nenek tua dgn ketum gigit jari laaa. ...Pigi rest d bamboo river resort laa Anuuwarr ketummbaaa. ....Hahahaaaaaa. .Kajsng move konon. .bontot luu laa anuwarrr

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...