23 April 2014

PANAS! LAGI SYARIKAT KRONI DAPAT GERAN RM150 JUTA ?




Dapat geran MOSTI RM150 juta, Najib ada hubungan dengan NSE?

 Pengarah Strategi KEADILAN, Rafizi Ramli mendedahkan, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak memberi arahan supaya permohonan geran RM100 juta berlainan dari tujuan (geran penyelidikan & pembangunan) R&D dipertimbangkan oleh MOSTI.

Dedah Rafizi, NSE Resorces Corporation Sdn Bhd (NSERC) menerima dana berasingan di bawah MOSTI(Kementerian Tenaga, Teknologi Hijau dan Air) menerusi Skim Pembiayaan Hijau sebanyak RM50juta.

Sebelum ini, syarikat sama di dalam surat Kerajaan Negeri Terengganu bertarikh 27 Januari 2014 menerima sebanyak RM100 juta di bawah geran R&D dikelolakan Kementerian Sains, Teknologi & Inovasi (MOSTI).

“Ini bermakna syarikat tersebut telah berjaya mendapat peruntukan dana awam sebanyak RM150 juta dari dua kementerian berbeza untuk menghasilkan projek komersialnya.

“Malah jumlah RM150juta itu melebihi kos projeknya yang dimaklumkan kepada MOSTI iaitu RM130juta.

Justeru, Rafizi yang juga ahli parlimen Pandan menggesa Najib menjelaskan hubungan istimewa diantara NSERC dengan Najib atau ahli keluarganya mahupun melibatkan parti sehingga boleh memberi sejumlah dana yang besar kepada syarikat tersebut.

“Ini bukan perkara biasa sebab NSERC satu-satunya syarikat yang dapat geran dari dua kementerian dalam satu projek yang sama, jadi apa yang istimewanya syarikat ini,

“Saya juga difahamkan NSERC ini juga penerima geran tegar dari pihak kerajaan.

“Saya mendesak Datuk Seri Najib menghentikan serta-merta kelulusan pemberian dana RM150 ini sehingga siasatan lanjut dimulakan.”tegasnya.

Rafizi turut berkata beliau akan membuat laporan Suruhanjaya Pencegahan rasuah Malaysia (SPRM) mengenai perkara ini minggu depan.

SUMBER

INI PULA JAWAPAN DARI MOSTI.....

Mosti akui terima surat Najib, nafi keluar geran RM100 juta kepada NSERC

Timbalan Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi (Mosti), Datuk Dr Abu Bakar Mohd Diah (gambar) mengakui menerima surat pertimbangan daripada Jabatan Perdana Menteri (JPM) tetapi nafi mengeluarkan geran RM100 juta penyelidikan dan pembangunan (R&D) kepada syarikat NSE Resources Corporation (NSERC).

Abu Bakar menyifatkan surat pertimbangan merupakan perkara biasa.

"Surat pertimbangan ini biasa. Orang kampung pun bagi. Tapi kena ikut syarat dulu.

‎"Walaupun menerima surat pertimbangan tersebut namun syarikat perlu memohon dan menepati syarat Mosti terlebih dahulu," katanya seperti dilapor portal Malaysiakini.

Dalam siri pendedahan terbaru skandal pemberian geran R&D bagi tujuan projek komersil, Pengarah Strategi PKR Rafizi Ramli b‎erkata syarikat tersebut bukan sahaja menerima dana sebanyak RM100 juta daripada Mosti tetapi turut menerima geran RM50 juta daripada Kementerian Tenaga, Teknologi Hijau dan Air (KeTTHA).

Semalam, Rafizi menunjukkan peratusan surat menyurat di antara syarikat NSERC dan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak yang meminitkan pertimbangan dana sebanyak RM100 juta bagi projek tersebut.

‎Menurut Abu Bakar dalam sidang medianya hari ini, Mosti langsung tidak berniat menyembunyikan sebarang penerima dana seperti didakwa Rafizi.

"Sampai sekarang syarikat NSERC tak pernah pun memohon dana daripada kita," katanya.

Selain itu, timbalan menteri berkenaan turut mengedarkan tiga jilid buku tebal mengandungi maklumat semua 4,566 penerima dana bernilai RM2.9 bilion dikelolakan Mosti sebahagian daripada Rancangan Malaysia ke-9.

Dalam senarai yang mengandungi 4,000 nama penerima geran, bagaimanapun tidak mempunyai nama syarikat NSERC.

‎Oleh demikian, Abu Bakar mempersoalkan kesahihan dokumen yang didedahkan pemimpin PKR itu.

"Berdasarkan rekod kementerian, tidak menunjukkan sebarang nama firma syarikat yang diberikan dana lebih daripada RM3 juta untuk jumlah keseluruhan RM 2.9 bilion.”

Hari ini Rafizi turut mempersoalkan pemilik syarikat NSERC itu kerana mendapat layanan begitu istimewa sehingga melayakkan ia menerima satu geran daripada dua kementerian.

"Ini merupakan skandal terbesar membabitkan geran penyelidikan dan pembangunan setakat ini.

"Najib perlu menerangkan kepada rakyat apakah hubungan istimewa di antara syarikat itu dan beliau atau siapa sahaja di kalangan pimpinan Barisan Nasional membolehkan NSERC diberi layanan sedimikan rupa," katanya.

Rafizi juga berkata akan membuat satu laporan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berhubung isu itu sekiranya masih tiada penjelasan daripada Najib. ~ TMI

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...