25 April 2014

PANAS! WARIS MH370 TERJAH BOEING PULAK SETELAH GAGAL MENDAPAT JAWAPAN DARI PUTRAJAYA & MAS !!!


Waris bawa keraguan siasatan MH370 kepada pemegang saham Boeing



Ahli keluarga penumpang warga China pesawat MH370 dududk berkumpul sebagai tanda bantahan berhubunga penyiasatan pesawat itu di luar Kedutaan Malaysia di Beijing. – Gambar Reuters,

Keluarga penumpang MH370 kini beralih kepada pemegang saham pengeluar pesawat, Boeing selepas gagal mendapat sebarang jawapan terus dari Putrajaya dan Malaysia Airlines (MAS) berkenaan persoalan penyiasatan ke atas pesawat yang hilang.

Mengetuai usaha itu adalah Sarah Bajc, teman wanita Philip Wood, salah seorang penumpang yang dalam perjalanan ke Beijing pada 8 Mac, sebelum ia hilang secara misteri.

"Kami akan membawa perkara ini terus ke Boeing," kata Bajc kepada CNN.

"Boeing akan mengadakan mesyuarat pemegang saham minggu depan. Dan jika kami tidak mendapat maklumat secara langsung dari MAS dan kerajaan Malaysia, kami juga mungkin cuba pergi terus kepada sumber."

Ekoran itu, Boeing memberitahu CNN bahawa ia memainkan peranannya sebagai penasihat teknikal kepada Lembaga Keselamatan Pengangkutan Nasional, yang merupakan “pihak aktif dan terlibat dengan penyiasatan itu ".

Bajc berkata sebagai sebuah syarikat Amerika, pesawat Boeing 777- 200ER digunakan oleh penerbangan MH370, Boeing mempunyai "lebih tanggungjawab fidusiari".

Beliau sebelum ini mengecam para pegawai Malaysia, berkata penerimaan analisis data oleh firma satelit Inmarsat British tidak dimasukkan kepada penelitian saintifik.

"Mereka gagal berkongsi mengapa mereka menerima satu sumber (Inmarsat) untuk analisis menggunakan kaedah tidak-pernah-dicuba, sebagai alasan tunggal mereka untuk menentukan pesawat di bawah air dan mengorbankan semua penumpang," lapor Wall Street Journal yang memetik e-mel beliau yang dihantar kepada media awal minggu ini.

Beliau juga memberi komen mengenai Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak, dalam satu wawancara eksklusif dengan CNN semalam, mengumumkan laporan awal akan didedahkan pada orang awam tidak lama lagi.

"Saya begitu terkejut dengan pendirian baru ini diambil perdana menteri ...Beliau membaca dari lembaran skrip yang disediakan oleh beberapa pakar dan profesional PR untuknya," kata Bajc kepada CNN.

Dalam temubual itu, Najib berkata laporan itu diserahkan kepada Pertubuhan Penerbangan Awam Antarabangsa (ICAO).

Ketika dihubungi CNN kemudian, ICAO berkata laporan itu antara lain, termasuk permintaan Malaysia bagi penggunaan pengesanan masa sebenar pesawat komersial.

Tindakan Bajc dan lain-lain menambahkan keraguan di kalangan keluarga yang terjejas dan saudara-mara 239 penumpang serta anak kapal melalui analisis data satelit yang digunakan oleh Malaysia dalam menyimpulkan perjalanan pesawat berakhir di selatan Lautan Hindi.

Keperluan kajian semula kawasan pencarian semakin bertambah kebelakangan ini memandangkan tiada sekeping serpihan yang boleh mengesahkan ketepatan analisis satelit dijumpai, selepas 49 hari pesawat hilang.

Walaupun pesimis semakin meningkat, Pusat Penyelarasan Agensi Bersama (JACC) yang berpengakalan di Perth yang menyelia pencarian besar-besaran berkata, pencarian diteruskan hari ini dengan 8 pesawat tentera dan 10 kapal dikerahkan.

Dalam satu kenyataan melalui e-mel kepada The Malaysian Insider, JACC berkata, pencarian akan terus memberi tumpuan kepada kawasan 1,500 kilometer barat laut Perth, yang meliputi radius 10 km, di mana isyarat dipercayai daripada perakam pesawat dikesan awal dahulu.

Ia berkata, peralatan canggih Tentera Laut AS, Bluefin-21 sudah berjaya melengkapkan 95 % daripada kawasan fokus, "tiada penemuan penting ditemui". 



SEMENTARA ITU........MH370: Mesyuarat ahli keluarga mangsa, kakitangan MAS di Beijing tegang

Agensi

Keadaan tegang di Beijing pada pertemuan Khamis - Foto AP

BEIJING: Suasana bertukar huru-hara semasa satu mesyuarat di antara ahli keluarga penumpang pesawat MH370 yang dilaporkan hilang dan kakitangan penerbangan Malaysia di Beijing pada Khamis sehingga pihak polis terpaksa campur tangan memisahkan kedua-dua pihak.

Sejak tiga minggu lalu, pegawai-pegawai kerajaan dan pegawai tentera Malaysia telah mengadakan taklimat dengan ahli keluarga terbabit untuk memaklumkan kepada mereka tentang perkembangan pencarian Penerbangan Malaysia Boeing 777 yang hilang pada 8 Mac.

Mereka turut menuntut diadakan semula mesyuarat dengan pasukan peringkat tinggi.

Keadaan menjadi lebih tegang pada Khamis, dengan beberapa anggota keluarga berkata mereka sedang "mogok lapar" sebagai satu bantahan selepas pegawai syarikat penerbangan itu memaklumkan mereka tidak berjaya mendapatkan wakil kedutaan Malaysia untuk menjawab soalan-soalan mereka.


Read more at:SINI

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...