13 Mac 2014

#MH370 LAGI SAKSI YANG NAMPAK PESAWAT TERBAKAR DI LAUTAN..





 PEKERJA PELANTAR MINYAK NEW ZEALAND DAKWA NAMPAK PESAWAT TERBAKAR



Maklumat terbaru yang diterima iaitu seorang pekerja pelantar minyak New Zealand mendakwa melihat sebuah pesawat terbakar dan terjunam, dan percaya objek tersebut adalah pesawat MH370 yang hilang.

Maklumat itu didedahkan wartawan Australia, selepas mendapat surat yang dikirim Michael Mckay.



Lagi saksi terbaru tampil mengemukakan dakwaan mengenai misteri kehilangan pesawat MAS MH370 tetapi bukannya sesetengah warganegara Malaysia yang banyak menonton DVD filem P Ramlee!

Seorang pekerja pelantar carigali minyak warganegara New Zealand, Mike McKay yang bekerja di pelantar yang beroperasi di Teluk Thailand mendakwa melihat apa yang disifatkannya mengetahui nasib pesawat tersebut.

Kata McKay: "Tuan tuan. Saya percaya saya melihat pesawat (MAS) jatuh. Masanya sudah tiba (untuk mendedahkannya)".

Dalam laporannya kepada agensi berita di laman web news.com.au kira-kira jam 2 petang tadi, McKay mendakwa telah menghantar maklumat melalui emel kepada majikannya pada 12 Mac dan selepas itu kepada pihak berkuasa Malaysia dan Vietnam tentang dakwaannya.

Dia yang bekerja di pelantar carigali minyak bernama Songa-Mercur di luar pantai Vung Tau, Vietnam menjelaskan lagi bahawa beliau terlihat pesawat berkenaan di kedudukan Latitud 08 22’ 30.20” Utara dan Longitud 108 42.22.26” Timur, iaitu antara 50 ke 70 kilometer dari pelantar minyaknya dan 387 kilometer dari tempat penemuan objek menggunakan imej satelit oleh tentera laut China.

Tambahnya lagi, beliau melihat objek tersebut terbakar dari kedudukan yang agak tinggi dari bearing kedudukannya antara 265 darjah ke 275 darjah.

Gambar menunjukkan di mana kedudukan pelantar carigali minyak tempat McKay bekerja dan kedudukannya dari lokasi penemuan objek oleh tentera China.

Kedudukan pelantar carigali McKay ialah 609 kilometer dari isyarat pesawat berkenaan kali terakhir dilihat oleh radar Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM).

Dalam emelnya kepada syarikat, McKay percaya pesawat itu tidak berkecai sebelum jatuh ke dalam perairan Laut China Selatan sambil menambah beliau agak pasti pesawat itu berada pada 50 ke 70 kilometer dari bearing 260 ke 277 darjah pada kelajuan angin kira-kira 15 hingga 20 knot dari arah timur ke arah timur-timur laut.

Beliau mengakhiri kiriman emelnya dengan mengatakan "Selamat berjaya", dipercayai ditujukan kepada pihak berkuasa kedua-dua negara yang dihantarnya.

Emel tersebut disahkan telah diterima oleh Timbalan Pengarah Pengurusan Kawalan Udara Vietnam, Doan Huu Giasaid dan menambah beliau juga turut sependapat dengan McKay.

Tambah beliau lagi, pesawat tersebut dikesan kira-kira 300 kilometer ke tenggara Vung Tau.

Stesen televisyen Amerika Syarikat, ABC News di mana pengacaranya Bob Woodruff menemubual rakannya Richard Beaton, syarikat Jepun yang menggali minyak di pelantar tersebut iaitu Idemitsu Oil & Gas Co, mengesahkan bahawa emel tersebut adalah tulen.

Bagaimanapun tentera Vietnam yang meronda sekitar lokasi seperti yang didakwa McKay mendapati tiada sebarang objek ditemui pihaknya setakat ini.

Setelah dakwaan McKay tidak membuahkan hasil, kemungkinan akhir kini terletak kepada siasatan terhadap warganegara China berbangsa Uighur berumur 35 tahun yang setakat ini siasatan terhadap latar belakangnya masih dalam proses PDRM dan INTERPOL.


3 ulasan:

Rahmat berkata...

benarkah itu bangkai pesawat mh370?
masih misterius nampaknya

Tanpa Nama berkata...

Sy Rasa la kn,pesawat Tu mgkin berada di lautan Hindi atpn kepulauan Andaman..ms kt Laut cina selatan pesawat Tu dh terbakar,tapi msih terbang berpusing balik ke Arah selat melaka..bahagian elektrikal memang dh terputus hbis sbab kbkran,sbab Tu semua sistem pun down..lepas Dari selat melaka tak tau la kemana dia bergerak..mungkin enjin msih hdup Dan terus terbang dalam keadaan yg diluar kawalan..ini cuma pendapat peribadi,cuma nk bkongsi..bkn sebuah teori..sebab byk2 berita laporan Saksi yg sy Baca,mreka mlihat pesawat terbang dlm keadaan terbakar..saksi2 itu pn berada d kawasan titik pergerakan mh370 seperti yg dilapor inmarsat,di laut china selatan-Ada Saksi,selat melaka-Ada Saksi..Saksi di lautan Hindi Ada,tp masih susah nk percaya..sekadar pendapat,mana tau dpt membantu...hanya Allah sj yg tau kbenarannya..

ZakiMahamud berkata...

Dari Kajian sendiri mendapati arah mckay beritahu ada asasnya. Cuma jarak lebih jauh.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...