Pencarian kini di barat laut, Vietnam dakwa Malaysia arah MH370 patah balik
Vietnam hari ini mendedahkan bahawa ia nampak pesawat MH370 berpusing balik ke arah barat pada Sabtu lalu dan memaklumkan kepada pihak berkuasa Malaysia pada hari sama tetapi tidak menerima sebarang maklum balas.
Pendedahan itu dibuat kerana pencarian pesawat Malaysia Airlines yang hilang itu kini beralih ke arah barat laut menuju Laut Andaman hari ini, jauh daripada laluan yang ditetapkan untuk kapal terbang itu.
“Kami beritahu Malaysia pada hari kami terputus hubungan dengan pesawat itu bahawa kami nampak pesawat MH370 berpatah balik ke arah barat tetapi Malaysia tidak menjawab,” kata Timbalan Menteri Pengangkutan Vietnam, Pham Quy Tieu yang dipetik oleh AFP hari ini.
“Kami bertanya kepada pihak berkuasa Malaysia sebanyak dua kali, tetapi mereka tidak menjawab soalan kami,” kata Tieu ketika ditanya mengenai laporan media bahawa pesawat itu dikesan melintasi Selat Melaka.
Vietnam hari ini mengurangkan usahanya mengesan pesawat MH370, yang membawa 239 penumpang dan anak kapal, di Laut China Selatan di mana kapal terbang itu kali terakhir berkomunikasi ketika dalam perjalanan dari Kuala Lumpur ke Beijing.
LAGI BERITA......
Kelemahan Pentadbiran Najib tangani krisis MH370 dikutuk media Antarabangsa..
Ketidakselarasan dan ketidakcekapan dalam mengendalikan insiden kehilangan pesawat MH370 menunjukkan bahawa lebih 50 tahun mengamalkan kawalan ketat ke atas maklumat adalah tidak sesuai bagi Malaysia dalam mengendalikan krisis yang kini sedang diikuti seluruh dunia, lapor Bloomberg hari ini.
Ia berkata, China mengesa Malaysia supaya lebih telus dengan “tindakan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak menjadikan sepupunya, Pemangku Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Hishammuddin Hussein, individu bertanggungjawab terhadap siasatan” mengapa pesawat milik Malaysia Airlines (MAS) hilang pada 8 Mac.
Pesawat Boeing 777- 200ER dalam perjalanan ke Beijing dengan 239 orang penumpang apabila ia hilang. Penyiasat dari sekurang-kurangnya sembilan negara masih berusaha mencarinya.
"Mereka mengendalikan isu global yang besar seolah-olah ia adalah politik domestik," kata Prof Emeritus Clive Kessler, ahli Sosiologi dan Antropologi di University of New South Wales di Sydney, yang menganalisis politik negara selama setengah abad .
“Dengan punca kehilangan masih tidak diketahui anda boleh memahami keperluan mengekalkan budi bicara dan sikap berhati-hati tetapi ia dilihat sebagai usaha menyembunyikan kebenaran sama ada di Malaysia dan tempat lain di rantau."
"Pentadbiran Najib sedang menghantar mesej rakyat harus membiarkan ‘kerajaan memberitahu mereka apa yang mereka perlu tahu, bila mereka perlu tahu, dan bukan sebelum itu’,” kata Kessler ~ The Malaysian Insider..

Tiada ulasan:
Catat Ulasan