14 Mac 2014

BOMOH 1 MALAYSIA HANYA UNTUK ALIH ISU #MH370 & KEMALUAN?

Pautan kekal imej terbenam





MH370: ‘Bomoh’ jadi trending seluruh dunia dengan 200,000 tweet, kata BBC



Tindakan kumpulan bomoh mengadakan upacara di KLIA memalukan Malaysia. Gambar fail.Perkataan ‘bomoh’ menjadi trending seluruh dunia dan menerima retweet 200,000 kali dengan kebanyakannya mendakwa ia perbuatan yang memalukan, lapor BBC.
“Ia sangat memalukan ‘Malaysia’ dan ‘bomoh’ berada dalam satu ayat,” kata satu tweet.
“Bodoh, memalukan dan takbur,” kata tweet lain di BBC Trending.

Tweet berkenaan dihantar berikutan sekumpulan bomoh datang ke Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) sebanyak dua kali mendakwa dijemput pemimpin kerajaan untuk membantu menyelesaikan misteri kehilangan pesawat MH370.

Tetapi, mereka kemudian mengakui tindakan itu dilakukan atas inisiatif sendiri.
Dengan menggunakan kelapa, teropong buluh, pancing terbang dan tikar mengkuang, bomoh Ibrahim Mat Zin dilaporkan melakukan ritual dan membaca mentera yang kononnnya akan melemahkan roh jahat.

Pautan kekal imej terbenam

2 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Antara bomoh ngan pompuan tun sape? Jin ke? Kah kah kah kah kah...

Tanpa Nama berkata...

Do Re Mi tiga ekor kat bakang tu macam tongong je....! Kih kih kih kih...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...