12 Mac 2014

Barak Obama Pun Kagum dengan Bomoh Sedonia VIP???


Hatta Presiden Amerika Syarikat @BarackObama sendiri pun terpegun dengan kebodohan tahap gaban di Malaysia!

Bomoh guna ‘permaidani ajaib’, air zam-zam, kelapa cari pesawat hilang


Bomoh Ibrahim Mat Zin menggunakan kelapa ketika mengadakan sesi ritual mencari pesawat MH370 di KLIA, Sepang. – Gambar The Malaysian Insider 

Sekali lagi, bomoh, Ibrahim Mat Zin mengadakan upacara ritual di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) dalam usaha membantu mengesan pesawat Malaysia Airlines MH370 yang masih gagal ditemui sejak hilang awal pagi Sabtu lalu.


Mstar Online melaporkan, Ibrahim yang menggelar dirinya sebagai Raja Bomoh Sedunia Nujum VIP dengan gelaran Datuk Mahaguru mengadakan sesi ritual buat kali kedua itu semalam.

Beliau diiringi beberapa pembantu dan menggunakan air zam-zam, dua kelapa, tongkat serta permaidani yang dikatakan ajaib.


Portal itu turut melaporkan sesi yang diadakan di Anjung Tinjau KLIA menarik perhatian ramai dan video sesi kedua ritual Ibrahim berdurasi 25 saat tersebar.

"Tujuan ritual adalah untuk melemahkan semangat buruk supaya penyelamat boleh mencari pesawat jika memang ia terhempas," katanya kepada pemberita, dipetik daripada Mstar Online.

Ibrahim berkata, ritual simbolik digunakan untuk banyak generasi.

Katanya, apa yang dilakukan adalah kehendaknya sendiri walaupun terdapat laporan bahawa pemimpin negara mengundangnya.

Pada Isnin, Ibrahim dilaporkan mengguna teropong diperbuat daripada buluh dan mata kail semasa sesi pertama ritual di KLIA untuk membantu mengesan pesawat yang hilang.

Bernama melaporkan Ibrahim, yang mempunyai 50 tahun pengalaman sebagai bomoh menjadi popular selepas menawarkan perkhidmatan untuk mencari mangsa dalam beberapa kes besar seperti tragedi Highland Towers dan kes Mona Fen
dy. 

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...