22 Februari 2014

Peningkatan kadar jenayah, sebuah keluarga ‘lari’ dari rumah setelah enam kali dirompak...

Kalau di kampung buah kelapa,pisang semuanya sudah tidak selamat lagi habis dikebas, paling dahsyat hinggakan gulai dalam periuk pun hilang.....apa nak jadi dengan jenayah.

Paling mengecewakan air ketum dan jualan sabu dijual secara terbuka.....mungkin ketagihanan punca kadar jenayah yang tinggi........

Peningkatan kadar jenayah, sebuah keluarga ‘lari’ dari rumah


Pembahagian tugas polis yang tidak difokus kepada masalah jenayah telah mengundang kritikan ramai pihak. -

Enam kejadian rompakan dan beberapa cubaan rompakan kereta akhirnya memaksa sebuah keluarga tekad meninggalkan rumah yang menjadi tempat tinggal mereka selama 12 tahun di Jalan Klang Lama, Kuala Lumpur.

Menceritakan pengalamannya kepada The Malaysian Insider, pelajar Yeo Kee Jun berkata keluarganya yang mengambil keputusan untuk pindah rumah disebabkan tidak lagi berasa selamat untuk menetap di kawasan itu.

Yeo berkata dalam tempoh 12 tahun, rumah mereka dirompak enam kali, tiga daripadanya berlaku empat bulan lepas.

“Di situlah rumah tempat kami membesar dan berasa selamat sehinggalah rumah kami dipecah masuk. Tidak selamat lagi tinggal di Jalan Klang Lama.”

Yeo melahirkan kekesalannya berhubung masalah itu dan mempersoalkan kerajaan sama ada ia memandang serius masalah jenayah yang dihadapi sebahagian besar rakyat Malaysia.

“Soalan saya kepada kerajaan adalah, apakah yang akan mereka lakukan untuk menyelesaikan masalah ini?

“Kita menghantar tentera apabila askar bersenjata Sulu menceroboh negara. Kita kawal sempadan bagi menghalang abu mayat memasuki negara. Semua ini dilakukan atas nama mempertahankan kedaulatan negara.

"Apa pula yang kita lakukan apabila perompak bersenjata menceroboh rumah dan merampas harta kesayangan kita? Apa yang boleh kerajaan lakukan untuk memperbetulkan keadaan ini demi rakyat Malaysia? " tanyanya dalam surat kepada pengarang The Malaysian Insider.

Statistik polis menunjukkan 4,436 kes keganasan berlaku 9 bulan pertama tahun lalu berbanding 6,624 kes pada 2012.

Sebanyak 15,375 kes rompakan berkumpulan menggunakan senjata dalam tempoh sama pada 2013 dan sebanyak 478 kes bunuh dilaporkan tahun lalu, berbanding 602 kes pada tahun sebelumnya.

Insiden jenayah semakin kerap walaupun statistik polis menunjukkan kadar jenayah telah turun.

Majalah New York Times baru-baru ini melaporkan percambahan syarikat keselamatan berdaftar, iaitu peningkatan tiga kali ganda daripada 200 kepada 712 syarikat, menunjukkan peningkatan kadar jenayah di Malaysia.

Bimbang dengan tahap keselamatan, penduduk di kawasan perumahan kelas pertengahan kini bertindak memagari perumahan.

Ahli politik pembangkang bertegas menolak polis dan Kementerian Dalam Negeri yang menafikan keseriusan perkara itu.

"Apabila rakyat Malaysia menderita masalah jenayah, kerajaan dan polis tidak boleh berterusan mengatakan kadar jenayah berlaku penurunan bagi mengubah persepsi rakyat," kata ahli parlimen DAP Tony Pua.

"Kami menegaskan kadar jenayah di Malaysia sangat tinggi dan adalah jelas statistik polis disyaki dimanipulasi bagi menggambarkan jenayah berada pada paras sederhana," katanya.

Hanya 18% daripada 112,583 anggota polis bertugas di Cawangan Siasatan Jenayah berbanding 50% yang dikerahkan untuk kerja pentadbiran, manakala 34% lagi ditugaskan menjaga keselamatan dalam negeri dan ketenteraman awam.

Sementara itu, Yeo dalam suratnya memberi amaran tidak mustahil akan berlaku pemberontakan sekiranya masalah jenayah diabaikan.

"Saya percaya saya bercakap untuk rakyat hari ini. Rumah kami diceroboh dan kamu ahli politik terus bertengkar.

"Kami tak mahu tahu apa yang kamu mahu apabila hidup kami dalam bahaya. Atasi masalah ini atau saya jamin dalam masa empat tahun, kamu akan kalah dalam pilihan raya," katanya
.

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...