27 November 2013

TERHOT ! SYARIKAT USAHASAMA MSC DITIPU PROTON???

Hasil projek MSC ke Mahkamah Rayuan melawan Proton


Sebuah syarikat Australia - Malaysia akan ke Mahkamah Rayuan hari ini untuk memaksa pengedar kepada pengeluar kereta nasional Proton Holding Bhd, Proton Edar Sdn Bhd mematuhi keputusan mahkamah sebelum ini bagi memberikan rekod jualan kereta secara talian yang merupakan sebahagian daripada pendapatan perkongsian bersama.

Pengasas Electric Angels MSC Sdn Bhd (EA), yang berasal dari Australia, Pete Meehan, tahun lalu berjaya mendapatkan perintah Mahkamah Rayuan supaya Proton menyediakan semua rekod jualan antara 2006 dan 2009, termasuk butir nama, alamat, alamat telefon dan alamat e-mel.

Tetapi sehingga kini, Proton tidak mematuhi perintah yang dibuat pada Oktober tahun lalu, kata Meehan kepada The Malaysian Insider di Kuala Lumpur.

"Sebaliknya mereka membuat satu penghinaan terhadap perintah itu dengan menyediakan sedikit sahaja dan cebisan maklumat yang tidak lengkap dalam tempoh 12 bulan lalu, dan jelas kami tidak mendapat maklumat yang diputuskan oleh mahkamah rayuan itu," katanya.

EA sepatutnya mendapat komisen jualan untuk pembeli yang membeli kereta Proton melalui program online yang dikenali sebagai ProtonLive.

Bagaimanapun, selepas Disember 2006, Proton tidak memberikan rekod jualan untuk EA, walaupun kedua-dua mempunyai kontrak perkongsian perniagaan yang menetapkan bahawa Proton perlu berbuat demikian.

Jika tiada maklumat ini, EA tidak tahu jika rakan mereka bertanggungjawab bagi jualan, dan seterusnya, tidak boleh menuntut komisen mereka.

Selepas keputusan Mahkamah Rayuan yang memerintahkan Proton menyerahkan rekod, pengedar kereta nasional itu hanya menghantar sekitar 200,000 rekod jualan sahaja, manakala maklumat daripada Persatuan Automobil Malaysia mendedahkan bahawa 461,000 kereta dijual oleh Proton dari pertengahan 2006 hingga pertengahan 2009.

Berikutan ketidakpatuhan itu, Meehan memohon kebenaran di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur untuk mendakwa Proton menghina perjanjian itu tetapi permohonan itu tetapi ditolak pada Julai lalu.

"Jika prosiding menghina mahkamah diteruskan, ia akan bermakna pengarah syarikat boleh dihukum penjara dan denda kerana tidak mematuhi perintah mahkamah, tetapi ini bukan masalah kita, " katanya.
Kini, Meehan akan kembali kepada Mahkamah Rayuan untuk mendapatkan arahan agar kesnya itu didengar di Mahkamah Tinggi.

Tetapi Meehan masih ragu-ragu, dan berkata, sebagai pelabur asing di sektor berteknologi tinggi di Malaysia, adakah dia boleh bergantung kepada sistem undang-undang untuk membetulkan kesalahan.

Beliau berkata, EA adalah salah satu syarikat pertama yang melabur di Program MSC Malaysia, apabila mereka membuka perniagaan di sini pada 1998 dan bekerja keras untuk mengeluarkan produk pemasaran baru dalam talian.

Bagaimanapun, katanya, dengan semua "kepentingan khas" yang ada, terutama apabila seseorang itu berhadapan dengan "organisasi yang besar", Malaysia bukan tempat yang betul untuk "datang melabur dan tidur nyenyak".


"Malangnya, inilah pengalaman kami. Ini masalah yang dihadapi dalam usaha kerajaan untuk membawa usahawan dan bakat ke dalam negara," katanya.

Meehan berkata, usaha terakhir beliau dalam menghadapi semua ini adalah berkempen dan berharap pembeli akan tampil dengan pengesahan bahawa mereka membeli kereta dan "layak untuk bercuti".

Beliau berkata, jika ini berlaku, Proton terpaksa membayar jumlah yang besar.

"Sekiranya 20% daripada pembeli respons kepada kempen ini, kita akan dapat melihat Proton terpaksa membayar sehingga RM400 juta," katanya

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...